Friday, December 26, 2008

AnGaN-AnGaNKu

Seorang rakan selalu cakap, "ala, berangan tu kan free..so, berangan la puas-puas!". Tiada yang benar melainkan benar belaka prinsip itu. Berangan memang best, lagi best kalau angan-angan tadi menjadi realiti kan?kan..?kan??

Aku mula berangan seawal aku faham apa itu berangan dalam erti kata berangan yang sebenarnya. Kalau tak salah, waktu sekolah rendah lagi aku start berangan. Angan budak-budak, apalah sangat. Pernah berangan hendak ke disco sebab selalu tengok adegan drama melayu waktu itu. Berkata-kata pada diri sendiri, "mesti best kalau pergi..". Bila ditanya teman sedarjah, "apa ciri-ciri lelaki yang awak suka?" (ye, sudah ada yang bertanya seawal usia 12 tahun)..jawapan aku sangat mudah, "hensem, kaya & kereta besar!!" (budak-budak..jawapan pun kebudak-budakkan la). Itu antara angan-angan yang pernah aku idamkan. Hingga ke detik ini, tiada satu pun angan-angan tadi menjadi kenyataan..baik ke disco mahupun lelaki idaman (ciri-ciri lelaki yang disukai lebih realistik dari jawapan 14 tahun yang lalu..haha). Sungguhpun begitu, aku belum lagi berhenti dari berangan. Yang membezakan angan-angan aku dulu dan kini, aku mengharapkan angan-angan hari ini, menjadi kenyataan pada hari esok..kalau tak esok, lusa..pendek kata selagi hayat dikandung badan!

Dalam banyak angan-angan yang pernah aku angankan, ada satu yang memang aku impikan untuk menjadi kenyataan..I started to have this dream, eversince I started working. So, it has been about 4 years now. I have so many things to dream about, but this one is really personal for me, so I have to make it happen..no matter what! It is not a big dream but still, the dream is mine..do feel free to laugh if you feel like it, no heart feeling what so ever..!

Angan terbesar yang aku harap sangat jadi real is..going for a "sweet escape" alone..does it sound pathetic? I don't care if you think it is..kadang-kadang aku pun rasa sedikit pathetic la..ahahaha. Few location has been selected, within Malaysia..can't afford to go oversea..yet..muahahaha..negara sendiri pun banyak tempat best (sekadar menyedapkan hati sendiri yang kepingin membawa diri ke switzerland semata-mata nak tengok bunga tulip & beautiful mountains..ahahaha). Sudah pasti akan terdapat halangan dan mungkin tentangan kerana ini merupakan acara solo yang tak pernah dibuat orang dalam keluarga aku. Kiranya, aku sekadar hendak memecah tradisi..ahahahaha..Ya, ada ciri-ciri rebel di situ! Adik beradik yang lain, dah puas berjalan masa sekolah plus study kat uni dulu. Aku yang paling payah nak kemana-mana. Since dah semakin tua ni, takkanlah parents aku tak izin ye tak?

Apa pun, itu semua baru plan. Belum tahu angan yang satu ini boleh tercapai ke tidak. Apa pun aku berdoa dan berharap angan-angan ini akan menjadi satu realiti -amin-

cuba bayangkan aku yang duduk kat situ..waaahh..nikmatnya hidup :)

Wednesday, December 24, 2008

Me & mY EmOtiONs

Kalau ikut jam handphone, lagi tiga minit pukul 11.00 malam. Sesungguhnya tika dan saat ini, aku dalam mood yang bosan, sangat bosan..bosan..bosan dan ya, bosan!! T.V semuanya tunjuk filem pasal krismas..ye la, esokkan 25 Disember...mungkin kerana itu aku..hmm..bosan lagi..

So, here I am, sitting in front of this pc, updating my blog while listening to my current favorite song, "Terima Kasih Cinta - Afgan". Just now, my two nephews nabil and najmi came into this room. Ninja yang dua itu memang lambat tidur. Lambat macam mana pun, budak-budak tu sure tidur lena setiap malam..tak macam ucu diorang..waaaaaaa...

Still listening to the song while typing this. Hari ini aku diserang pelbagai emosi. Benci, marah, happy, sedih dan tak lupa..ya bosan! Lately so many thoughts intruded my head and my heart. Mungkin kerana itu semua emosi bergabung..sekadar ingin memeriahkan ataupun menyemakkan suasana. That is life nurulhuda elias..hmm..ya, tau..

Benci mengingatkan segolongan manusia yang..hmm..unfortunately blood related dengan aku. Sangat benci hinggakan muka pun aku tak nak tengok..bak kata arwah nenek aku, "cemuih aih..". Aku bersyukur kerana selama ini, aku belum pernah meminta mahupun mengharap apa-apa pertolongan daripada golongan-golongan manusia tersebut. Benci dan marah kerana aku ada kaitan dengan manusia-manusia itu..manusia-manusia yang tahap hipokritnya memang menjengkelkan serta memualkan. Konon-kononnya mereka itu orang yang beradab, berbudi bahasa, murah hati. Carilah dalam kamus peradaban manusia, perkara yang baik-baik itu adalah mereka dan mereka adalah orang yang baik-baik belaka. Dalam kamus hidup aku mereka adalah manusia lidah bercabang, talam dua muka, mata duitan, busuk hati dan yang sinonim dengannya!!. Bersyukurlah sekiranya manusia-manusia spesis ini tiada dalam susur galur keluarga korang. Yes, I am very much serious hating those people. Aku tidak memutuskan silaturrahim, cuma aku menganggap manusia-manusia ini tidak wujud sama sekali dalam hidup aku.

Masih melayan suara Afgan. Next week will be my last day at the office. Am I happy to leave? Rasa gembira itu mestilah ada tapi sedikit sedih sebab meninggalkan teman-teman yang gila-gila, teman-teman gosip..I am happy because despite my complaint about my work, I did learn a lot from it. I have gained some experience that I've been searching for. Tak banyak, tetapi cukup untuk aku adaptasikan. Sekurangnya, aku tau, "don't ever accept any job that requires you to do personal things...ever!!!"..baik!! Today, me and my colleagues, including "si be.." had lunch at t.g.i friday's. They told me it was for my farewell..thank you so much. Siapalah aku yang nak dirai di tempat sebegitu. I knew they had planned something for me tapi aku ingat makan biasa-biasa. Alhamdulillah, semoga murah rezeki korang dan soon to be ex boss -amin-. Terharu sebab like I said, siapalah aku? Mark my words, I will never ever forget all of you (excluding my bosses), especially you my twin. Mengenangkan hari-hari terakhir di situ, aku tolong diorang chop drawing. Sempatlah bersembang mesra dengan staf baru. Ada yang keluarkan statement,"eh..awak tak balik lagi?".. Kagum ke perli tu?Hmm...

Rasa bosan beransur hilang. Mungkin kerana jam di pc menunjukkan pukul 12.13 a.m. Listening to "Terima Kasih Cinta" for the last time, before I save and publish this post. Inilah rentetan hidup aku semalam. Hope to have a peaceful day today, starting with a good night sleep...zzzzzzzzz

Friday, December 12, 2008

JuALan MeGa

It is the end of 2008. What is the best thing during this time around?? Sale, sale and more sale..

Aku bolehlah dikategorikan dalam golongan perempuan yang suka shopping..hehe..tapi taklah sampai semua shopping mall kat kl ini aku redah :p.. To some people, shopping is a form of therapy. Hanya dengan membeli sepasang kasut, segala stress dan problemo lenyap. Bagi segelintir orang, shopping merupakan penawar duka lara. Pengertian shopping itu sangat berbeza antara lelaki dan perempuan. Pada kaum Adam, shopping mungkin satu aktiviti yang menjurus kepada pembaziran. Aku sebagai Hawa merasakan shopping itu hanyalah sekadar untuk kepuasan diri semata. Sedia maklum, kami orang perempuan nafsunya berangka dua digit, lelaki hanyalah berangka tunggal..Kepakaran bershopping, belum ada dilatih di mana-mana institusi pun di dunia ini. This is something that we learn or develop along the way. Kebijaksanaannya juga bergantung kepada tahap kesabaran mental seseorang. Bijak mengawal emosi dan ringgit ketika berbelanja, barulah boleh bergelar "pembeli berhemah". Pembaziran wajib dielakkan. Membazir itukan sahabat syaitan..eeeee...

Menyingkap sejarah aku mula berjinak-jinak dengan aktiviti bershopping, segalanya berlaku bila pinjaman ptptn aku lulus..ahahaha..Setiap kali tiba musim sale, aku mesti beli sekurang-kurangnya sehelai baju. Masa inilah aku belajar memakai pakaian yang ada brand kononnya..sehelai sahaja sudah cukup memuaskan hati biarpun harga baju itu sekadar RM29.90! Sekarang, since aku makan gaji, kalau shopping tu, taklah rasa bersalah sangat sebab beli guna duit sendiri..kuikuikui..

Normally I will go shopping with my mother or my girlfriends. Sometimes I just go by myself. Kalau pergi berteman, at least I can get some opinion about this dress or that shoes. Berteman ataupun tidak, dapat shopping memang best sangat-sangat!!! Another thing that I like about going shopping, I get to observe people. Who says going shopping is a wasteful activity??

Normally, pemerhatian aku tumpukan pada orang lelaki. Sekadar mencuci mata dan pada waktu yang sama melihat eksperisi mereka sementara menunggu girlfriend / tunang / isteri membuat pilihan. Kelakar ada, kesian pun ada. Ada yang sampai menguap tak tahulah kali keberapa, si perempuan masih belum buat keputusan ataupun masih belum keluar dari fitting room. Ada lelaki yang kelihatan sangat bosan, seperti dia dipaksa keluar rumah pada hari sabtu itu. Ada juga lelaki yang tunggu di luar kedai. Tak kuasa nak bersesak-sesak. Macam mana nak masuk, kalau anak kecil sedang dipangku. Suami yang sporting la ni agaknya, "takpe ayang, abang jaga baby, ayang pegi la masuk.."ahaha..Ada pula lelaki yang ke hulu ke hilir membawa beg tangan menuruti si perempuan dari department handbag, ke department kasut dan ke setiap department yang ada di shopping complex itu. Hati aku pun berbisik jahat, "eleh, tengah sayang, sanggup la bawakan handbag, ikut je..bila dah kahwin anak satu, takde camtu de...."enough said...hehe..

Melihat telatah manusia bershopping memang best! Macam-macam kerenah yang aku dapat tengok. Kalaupun tangan kosong, tapi otak aku tak. Selagi bujang, shopping adalah satu perkara wajib bagi aku. Siapa pun tak boleh bising sebab aku guna duit sendiri. Kerja penat-penat, at least, nak jugalah nampak hasil depan mata, ya tak?? Manalah tahu, suami aku nanti, banyak pantang larang bila tiba bab-bab shopping ni kan..

I really love this time around..can't wait to get my cheque for this month..can't wait to go shopping..again..!!!!!! ;)

Saturday, November 22, 2008

Si "Be.." YanG PoYo!

I had a day trip to Gerik for my best friend's wedding. I feel sleepy and a bit tired from the journey but somehow I have to let things out before I go to bed tonight.

Question: How do you feel, when someone who has no idea about who you really are, accused you being a quitter?

I would be very angry and upset! Not to forget feeling so damn annoying..kalaulah boleh dicekik atau paling tidak pun menarik rambut si penuduh ala-ala adegan bergaduh dalam filem hitam putih..hmm..alangkah seronoknya!

I was being accused by my second boss (f.y.i aku ada 3 bos). Dia kata aku cepat give-up setelah aku tender resignation letter semalam..kalau pun betul aku give-up, kenapa tak cakap pada aku face to face? Kenapa mesti keluar statement pada orang yang tak berkaitan?? Kenapa tak tanya sebab musabab kalau memang aku give-up??

Aku dituduh sebagai quitter sebab resign dikala firm tempat aku kerja sekarang kekurangan staff. Aku dituduh begitu sebab dianggap tak dapat bertahan untuk membantu firm. I have my own reasons for quitting my current job. I could have explained to her what are the reasons. Tapi, apalah motifnya, nak explain something yang so simple to someone yang belajar tinggi tapi akal tak berapa nak cerdik a.k.a bengong!

Kalaulah dia kenal, siapa aku, mungkin statement, "eee..cepatnya give-up.." takkan keluar dari mulut dia. Kalaulah betul aku seorang quitter, aku dah lama cabut dari situ..mungkin selang sehari selepas kak izan. Kalaulah aku cepat give-up, satu kerja pun aku tak tau buat. Kalau aku cepat give-up, lintang pukang hidup orang!

After kak izan left, I took over her job. She was the secretary for architect & interior design deparment. Kerja dia sangat banyak. Aku kagum sebab dia antara staff super senior yang bertahan lama. Bila aku tahu dia nak resign, aku sangat takut sebab, somehow I knew, I would be her replacement. Mana nak buat kerja aku as my boss secretary cum personal assistant, rutin admin plus kerja-kerja kak izan..mampu ke? Ya, aku tak mampu..sangat banyak..I have to start from scratch! Sedar tak sedar, 6 bulan dah aku tingtong dengan kerja-kerja aku sekarang..and on 13.11.08, genap 8 bulan aku kat firm bos aku.

When my boss told me, she didn't want to hire any new admin staff, yes..I almost gave up. Aku sanggup kerja kat Mc'd. Tak kisahlah gaji sikit, janji hati tak sakit. Somehow, I withdrawn my err..childish decision..and I chose to stay. I took it as a challenge walaupun ianya sangat menyakitkan hati. Kerana mungkin ini doa yang ALLAH makbulkan untuk aku. Kalau sebelum ini, peluang kerja sebagai setiausaha amat payah aku dapat, this is the time for me to prove myself. Walaupun hampir setiap hari aku membebel pada diri sendiri, pada mak dan teman rapat, aku buat juga kerja-kerja seperti biasa kerana bekerja juga satu ibadah.

Accusing me, for giving-up that easily merupakan perkara bodoh yang kedua pernah orang cakap pasal aku. Pertama, sorang mamat yang baru aku kenal tuduh aku ego sebab tak mahu naik motor dengan dia. Both of them are equally stupid!!!!!

Aku memang tak boleh nak halang kalau orang nak tuduh aku apa sekalipun. Aku lebih rela dengar dia tuduh aku pemalas dari dia tuduh aku give-up. Malas tu selalu tapi give up, never ok!!

Bila marah aku belum beransur reda, perempuan itu interkom aku semata-mata...

Perempuan: "Huda, i can't found my calculator..i think pn. nafisah took it and forgot to give back to me..can u help me find it, please?

Aku: "Hah?"(sambil membebel di dalam hati, calculator pun, nak suruh aku cari ke? bangangggggggggg...)

She may have all the degrees but sometimes, she doesn't make any sense or in my humble word..mangkokkk! This is not an accusation, but it is the truth! :)

Monday, October 6, 2008

My LiFe iN PaSt, PreSenT..FuTUrE?

I was thinking about my life today..my journey..looking back, i never thought i would still be here..Alhamdulillah..

26 tahun, satu jangka masa yang boleh dikira panjang. Bertuah kerana masih diberi umur selama ini oleh ALLAH swt. Masih diberi ruang dan peluang untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan diri. Sesungguhnya, aku sangat bersyukur.

Being an adult, is not always fun. Its getting harder..at least that is how I see it nowadays. More responsibilities. More work. More debts...more problems? Life is too short for me to complaint right? Live it while i still can..selagi hidup segala-galanya bertambah. Selagi hidup, banyak lagi benda yang akan berlaku. Selagi hidup, jangan banyak merungut. Selagi hidup, jangan putus asa. Selagi hidup, selagi itu harapan masih ada..

When I was a teenager, I was not thinking much about my future. I have my own ambition..and that was it. I never thought I would graduate from a university. In fact, I never thought that I would enter any higher learning institutes. Yes, I was being negative about my own life. I had no confidence in myself. Always thought that I would never make it to the future. I would never have a future. Kalau ada pun, masa depan aku pasti malap..bukan bermakna aku mendoakan keburukan buat diri sendiri tetapi, sejujurnya aku memang takut akan masa hadapan!

Dulu ayah aku selalu ugut aku, kalau tak lulus exam, kahwin..kahwin..kahwin!! Siapa sangka, anak yang selalu diugut satu ketika dulu, boleh dianggap berjaya dalam hidup. Tidak menyusahkan sesiapa. Boleh berdikari. Mampu menilai yang baik dan buruk dalam hidup. Boleh buat keputusan walaupun kadang-kadang keputusan yang aku buat, ada yang salah. I learned from my own mistakes. I learned from my own bad choices. I learned a lot..I will keep on learning and that is certain!

26 tahun..Alhamdulillah, aku bekerja, boleh memberi sedikit huluran buat mak, masih bisa melangsaikan hutang piutang, boleh membuat simpanan dan memiliki harta walaupun tidak semahal dan sebesar mana..it is enough for me..for what its worth..its mine..all mine! Setiap hari, aku seakan tidak percaya yang aku sudah dewasa. Bukan menolak hakikat yang usia semakin meningkat tetapi tanpa aku sedari, aku telah menjadi manusia. Manusia yang punya tanggungjawab pada diri dan keluarga. Manusia yang ingin memperbaiki keburukan dan kelemahan diri. Manusia yang tidak lagi memandang rendah pada keupayaan dan kekuatan diri sendiri..

Insya-ALLAH, lebih banyak pengalaman dan pengajaran bakal menanti. Kenangan pahit dan manis untuk aku kongsikan di ruangan ini, mungkin juga boleh dijadikan satu ceritera buat satu lagi generasi keluarga Tok Lias & Tok Nab..Kehidupan yang aku lalui sekarang, jauh lebih baik daripada apa yang sering aku bayangkan. Kehidupan dikelilingi insan-insan yang aku sayang, matang walaupun masih ada sedikit kebudak-budakan, kehidupan yang serba sederhana namun sudah cukup memadai buat aku meneruskan hidup. It's ok..if I don't have whatever you and they are having because, you or probably they may not have, what I have..get it?

Seandainya, kehidupan hari ini, tidak seperti yang kita impikan..teruskanlah bersyukur NurulHuda kerana setidak-tidaknya, kita masih bernyawa. Seandainya, hidup kita tidak semewah orang lain, bersyukurlah NurulHuda, kerana tanpa pengetahuan kita, ada yang lebih sengsara kehidupannya. Seandainya perjalanan hidup kita terlalu sukar, jangan berhenti bersyukur kerana itu tandanya ALLAH swt sedang menguji kita..dan itu tandanya kita di bawah lindunganNYA..

We've been through a lot in life and we survived, betul tak NurulHuda? We sure do, and we sure will keep on surviving..insya-ALLAH..




Sunday, September 14, 2008

HiS worDS vS MinE !

I got this from my friendster's bulletin board. For the record, i'm doing this entry due to my difficulty in sleeping tonight..

21 things girls don't realize....


1) Guys may be flirting around all day, but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about..

(this guy either he is a fool, haven't really make up his mind or simply a womaniser..)


2) Guys are more emotional than you think, if they loved you at one point, it'll take them a lot longer than you think to let you go, and it hurts every second that they try.

(oh really? maybe you should just stop trying..it works for me :) )


3) Guys go crazy over a girl's smile!

(no matter what we do, you guys will easily go crazy over it..!)


4) A guy who likes you wants to be the only guy you talk to.

(we like to maintain our friendship..we are just talking, no big deal ok!)


5) Giving a guy a hanging message like "you know what?..uh..nevermind.." would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking, and he'll assume he did something wrong and he'll obsess about it trying to figure it out.

(just to see how much you really care...)


6) If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't have to give advice.

(but giving a piece of advice, is one way to show you that we care..)


7) A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you.

(so, he did like me..hahaha)


8) Guy love you more than you love them!

(objection..this is soooooooooo not true!!)


9) Guys use words like hot or cute to describe girls. They rarely use beautiful or gorgeous. If a guy uses that, he loves you or likes you a whole heck of a lot.

(or maybe he just learned the meaning of those words..)


10) If the guy does something stupid in front of the girl, he will think about if for the next couple days or until the next time he spends time the girl.

(after that stupid act of yours, there will be no next time..if there is, consider yourself as lucky!)


11) If a guy looks unusually calm and laid back, he's probably faking it and he is really thinking about something.

(or maybe he just bored..or thinking about other girls..??)


12) When a guy says he going crazy about the girl, he really is! Guys rarely say that..

(i guess this is true..i have a friend. He is extremely crazy for her!)


13) When a guy asks you to leave him alone, he's just actually saying, "Please come and listen to me.."

(then just say it..!)


14) If a guy starts to talk seriously, listen to him. It doesn't happen that often, so when it does, you know something's up.

(does this mean, most of the time, guys just fooling around..??)

15) When a guy looks at you for longer than a second, he's definitely thinking something.

(something good, healthy and positive i hope..)


16) Guys really think that girls are strange and have unpredictable decisions and are mad confusing but somehow are drawn even more to them.

(only straight guys would say this..)


17) A guy would give the world to be able to read a girl's mind for a day..

(keep on dreaming guys!)


18) No guy can handle all his problems on his own. He's just too stubborn to admit it!

(you forgot the 'e' word..)


19) Not all guys are rude!! Just because one is rude, doesn't mean he represents all of them.

(i'll try to keep that in mind!)


20) When a guy sacrifies his sleep and health just to talk to you, he really likes you and want to be with you as much as possible..

(again, my friend is a good example..ahaha)


21) Even if you dump a guy months ago and he loved you, he probably still does and if he had one wish it would be you to come back into his life..

(guys, sometimes, something are just not meant to be..move on. Like we do :) )

Friday, September 5, 2008

DaWai KokOD

Dalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja yang semakin menyemakkan otak, aku terpandang sekotak dawai kokod di atas meja. Lantas, aku teringat seorang bekas teman sepejabat yang baru sahaja resign. Dia yang menghidupkan semula perkataan dawai kokod. Idea pun tringgggg...

Boleh tak, kalau aku samakan pencarian someone special dengan dawai kokod?? Dawai kokod tersusun rapi, each of it seems to be perfect. Kita tak boleh detect di mana cacat celanya. Sampailah kita mula menggunakannya. Sekali ketip, ok. Dua kali ketip, masih berfungsi. Kali ketiga dan seterusnya..dawai kokod stuck, tak mengetip kertas, patah mungkin...sedar tak sedar, dawai kokod pun habis digunakan. What do we do next? Kita gantikan dawai kokod yang baru la...Gantian dawai kokod yang baru pun, belum menjamin ketipan yang sempurna. Katalah ada 10 deretan dawai kokod, takkanlah semuanya rosak. Mungkin satu atau dua sahaja yang tak boleh digunakan.

Ibaratkanlah, seorang lelaki mahupun perempuan seperti dawai kokod. Luaran nampak semuanya sempurna. Tak ternampak dan tidak terperasan kalaupun ada ketidaksempurnaan. The law is simple, it is becaue we like what we see! Sehinggalah kita mula menggunakan dawai kokod itu tadi, baru kita tahu ianya berfungsi atau tak. Begitulah juga, bila kita mula mengenali si dia barulah kita tahu sifat dan ragam sebenar. Sekali dawai kokod tersangkut, kita masih boleh bersabar. Dua kali sangkut, "mungkin tebal sangat"..tiga kali, "arghhh..bosannya, asyik sangkut, sangkut, sangkut...!!!".

Sekali si dia buat hal, tidak mengapa, masih dalam proses mengenali hati budi kononnya. Dua kali, "Ooo..boleh tahan minah / mamat ni..". Kali ketiga, " eee..masalah betul la mamat / minah ni..". Kali keempat.., "kau ingat kau sorang je ke, ada lagi yang lebih baik dari kau la...!". Seperti yang aku sering ucapkan pada kak salmi, "setiap manusia ada tahap kesabarannya kak..."..hahaha. Ada kalanya, sesuatu itu tidak berhasil, kerana kurangnya sifat sabar dan mahu memahami. We rather blame others instead of looking for our own mistakes or weakness. Siapa mahu mengaku kekurangan dan kelemahan diri sendiri,kan??

Andainya dawai kokod tidak mengetip dengan sempurna, lihat di mana puncanya. Mungkin kertas terlalu tebal. Kalau tebal sangat, kurangkanlah..Kalau dawai kokod stuck, check dulu..mungkin ada dawai kokod lama masih tersangkut di dalam stapler. Keluarkan dulu yang lama, barulah dawai kokod yang baru boleh berfungsi tanpa sebarang masalah. Jangan terus-terusan menekan dawai kokod. Mungkin stapler ataupun kertas yang ada problem!

Sebelum mencari kelemahan orang, belek-belek kelemahan diri sendiri. Mencari cacat cela luaran mahupun dalaman orang lain, merupakan salah satu sijil tanpa tauliah. Menuding jari pada orang lain, lebih senang dari menuding ke batang hidung sendiri. Mana mungkin menerima orang baru, seandainya dalam hati masih ada nama ataupun bayangan yang lama. Mana mungkin, usaha si dia berhasil, sekiranya yang terzahir hanya kekurangan dan kelemahan. Mana mungkin semuanya berhasil, kalau mengharapkan kesempurnaan..We have our own criterias when it comes to our special someone. Sebenarnya, itu semua alasan. Kita suka beralasan dalam semua hal. I'm definitely one of those people. Alasan itulah yang menyempitkan jalan, mengelirukan keadaan dan pencarian yang tiada noktah..! How can you expect something that is so perfect, while you have so many flaws? Do not expect others to understand you, if you don't even bother to try to do the same thing. Do not put your expectations way up high, because you never know, what people would expect from you..!

Jadi, aku akan mengadaptasikan hukum dawai kokod. Cuba mengenali sebelum membuat keputusan. First impression is important but do not easily fall for it. Maybe the person was nervous, so he might be acting a bit stupid or didn't know much to say. Kadang-kadang perlu juga lihat second or third impression. Sekiranya, impression pertama dan seterusnya sama, tanyalah hati sendiri, kalau tak boleh terima, just walkaway..itu lebih bijak dari terus memaksa hati!. Cuba memahami kemahuan, kelemahan dan kekuatan diri sendiri. But the most important part is, to at least give myself and who ever he might be a chance. Tapi tunggulah aku jumpa calon dawai kokod aku dulu ya..