Tuesday, January 5, 2010

TeNTaNG

Mungkin kerana masih berada di awal tahun yang baru, aku rasa sangat bersemangat untuk hidup. Walaupun tiada sebarang resolusi tahun ini, aku ingin memulakan hidup dengan aura yang positif s.a.h.a.j.a...haha..What is happening to you this time NurulHuda??Entah la..mungkin kerana aku sudah habis nonton "Boys Over Flowers", atau kerana irama rancak dari "The Wondergirls"..jadi aku rasa hidup ini sangat best!haha..

I am thinking about wearing a mascara. Lin cakap, "dah besar dah yong.."..hahaha..When I told my mak about this, she just looked at me without saying a word, I guess the translation is, "buang tebiat pe budak ni..."hahaha..Aku nak pakai yang macam dalam iklan Maybelline ada harimau tu..macam cun,kan? Mata macam mata harimau..mungkin harimau tu lagi cun..hahaha

Aku ingin mendaki Bukit Broga di Semenyih..to watch the sun rise. I don't mind getting up as early as 4 a.m..! I know the climb will be so worth it. I am so full of life, am I?haha..

Aku bukanlah orang yang mampu mengamalkan konsep, happy-go-lucky. I know I can never be that type of person. I can be all bubly, chirpy, happy at one time but not all the time. If I'm upset or pissed off, it is clear for everyone to see. I'm quite good at keeping everything to myself, but to hide my emotions, I haven't master it yet. Rasanya, tak perlu nak sorok kalau aku marah ke, sedih ke, jiwa kacau ke..after all, I'm only human.

Benar, aku ingin optimistik tentang hidup. Benar, aku ingin hidup dengan baik-baik sahaja tahun ini. Benar, aku ingin sedikit perubahan untuk tahun ini. Apa yang aku nyatakan di atas juga, maskara, Bukit Broga dan tentang aku tidak akan menjadi insan yang happy-go-lucky semuanya adalah benar..dan tentang aku sangat bersemangat untuk hidup di tahun baru, juga benar.

Berapa lama semangat ini akan hidup? Aku tidak pasti. Adakah aku akan mula memakai maskara? Tidak pasti. Adakah aku akan menyaksikan matahari terbit dari puncak Bukit Broga? Tidak pasti. Adakah segalanya akan elok-elok sahaja untuk aku tahun ini? Tidak pasti.

Konklusi entry kali ini....we'll just wait and see :)

Monday, January 4, 2010

SwEEt SiLvEr LiNiNg

I'm going home downhearted and hoping
I'm close to some new beginning
I know there's a reason for everything that comes and goes

But so many people are looking to me
To be strong and to fight but I'm just surviving
I maybe weak but I'm never defeated
And I'll keep believing in clouds with that sweet silver lining

Most days I try my best to put on a brave face
But inside my bones are cold and my heart breaks
But all the while, something's keeping me safe and alive

..and I won't give up like this, I will be given strength
..now that I've found it nothing can take that away
..and I'll keep believing in clouds with that sweet silver lining...

~Kate Voegele a.k.a MiA, One Tree Hill~

Thursday, December 31, 2009

tHe LaST cHaPtEr

Today is the last day of 2009. Today NurulHuda is saying goodbye plus deleting everything that happened to her this year. Today she gets to choose whether to smile, laugh or even cry for what had happened..until now, she can't really decide to choose which one..

Alhamdulillah, 2009 bukanlah satu tahun yang sukar bagi NurulHuda. Sudah dia ceritakan serba sedikit perihal dirinya pada tahun ini dalam coretan terdahulu. Walaupun tak banyak anjakan paradigma (her favourite word for this year :) ) yang berlaku, dia tetap bersyukur.

Satu lagi bab kehidupan NurulHuda bakal tamat kira-kira lima jam dari sekarang. Dia akan menoktahkan diari hidupnya untuk tahun ini. Dia tidak akan membuat sebarang azam baru. Dia tidak tahu apa yang hendak diazamkan..mesti ada, tapi dia malas nak fikir!

She is smiling because she thought to herself, "i'm glad i came to work today...". She is glad because..

Dia dapat melalui lorong-lorong itu buat kali yang terakhir dalam tahun ini. Dia tahu lorong-lorong itu tetap akan ada pada 2010, tetapi tahun depan, pemandangan dari lorong-lorong itu sudah tidak sama lagi. Tapi itu bukanlah alasan untuk dia berhenti menggunakan lorong-lorong itu..kerana dia tahu, dia turut akan berubah.

She is hoping for rain tonight..but by the looks of it, that is not going to happen. Still, she is hoping for it. She chose to cry. She smiled and laughed all day. She's tired of doing those two. She thinks, she deserves to cry for the last time this year. F.y.i. she didn't do much crying this year..this is why she hopes it will rain tonight..so she won't be crying alone.

~the eNd~

Thursday, December 17, 2009

SenANg TaPi SuSaH

Bercakap memang senang tetapi...menyusun kata-kata itu yang susah

Menipu memang senang tetapi...mempercayai penipuan itu yang susah

Berdendam memang senang tetapi...memadam dendam itu yang susah

Merindu memang senang tetapi...menidakkan rindu itu yang susah

Bercinta memang senang tetapi...melepaskan cinta itu yang susah

Menyesal memang senang tetapi...memikirkan rasional sesal itu yang susah

Bersabar memang senang tetapi...mencari sumber sabar itu yang susah

Menangis memang senang tetapi...menghentikan tangis itu yang susah

Berkawan memang senang tetapi...menghargai kawan itu yang susah

Membenci memang senang tetapi...menghapuskan benci itu yang susah

Berjanji memang senang tetapi...memegang janji itu yang susah

Memaafkan memang senang tetapi...mengucapkan maaf itu yang susah

Berkasih memang senang tetapi...mengekalkan kasih itu yang susah

Menamatkan memang senang tetapi...melepasi garisan tamat itu yang susah

Berundur memang senang tetapi...melangkah undur itu yang susah

am i right?

Tuesday, December 15, 2009

S.E.m.a.N.G.A.t

Sememangnya aku rindukan, kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu, dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala..mengatasi segala yang dijuang

Sebenarnya hidup di sini, arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba, entah bilakan masanya
Selagi nafas terlekat di rongga..selagi langkah terus diperjalanan

Manusia punya hakikat, punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri..untuk apa dipersembahkan kepada..

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul, berkata ego menepuk dada..

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa meronta-ronta..

* ada semangat yang sudah mati, tetapi aku sedang mengumpul segala semangat yang masih ada kerana ALLAH masih memberi nyawa untuk diteruskan*

Monday, December 7, 2009

TaTa 2009

Disember berbaki 24 hari saja lagi. Rasanya macam baru buat azam 2009, dah nak kena renew balik..hahaha..So NurulHuda, what's been happening to you this year? Mai sini nak ceghita bagi muahahaa...

I have a new job. Alhamdulillah, doa dari last year mungkin, termakbul jua. Suasana bekerja yang sangat berlainan dari tempat terdahulu, namun bebanan dan rasa stress bekerja tetap ada. Adat bekerja, mana-mana pun sama. Buat pertama kalinya, aku jarang cuti, walaupun cuti aku banyak. Probation sampai enam bulan, jadinya aku cuba untuk tidak mengambil sebarang cuti selagi tak habis duration itu. Buat pertama kali jugalah, aku terpaksa menanggung backlog yang agak banyak..aku rasa risau sebab banyak sangat perlu diselesaikan. I need to learn fast and at the same time, I need to settle the backlog as much as possible. Selama berada di alam kerjaya, tak pernah aku masuk meeting. Sekarang, pantang ada problem, meeting, nak update, meeting..hmm..on the positive side, I got to learn, right? Alhamdulillah, berjaya jadi permanent staff, berjaya belajar memahami selok belok buat kerja sekaligus bercuti buat kali pertama..hahaha..Kesimpulannya, aku masih ada lima hari cuti yang perlu dihabiskan. Ya, masih mencongak-congak bila hendak menghabiskan cuti-cutiku itu.

Aku dapat kenalan baru, yang pelbagai ragam dan personaliti. Kadang-kadang, kita tak sangka orang macam itu, macam ini, wujud..tapi hakikatnya memang ada. Ya, di sini, aku terpaksa berhadapan beberapa orang yang perasan bagus dan tiada budi bahasa. Ini bukanlah kali pertama berjumpa manusia begitu, tetapi rasa meluat yang teramat bila ternampak muka-muka golongan sedemikian. Syukur, bukan semua warga kerja di sini buruk perangai. Ada yang ok. Jadi sudah tentulah aku berkawan dengan yang ok-0k sahaja, betul tak? Aku kembali aktif bersukan since kerja sini (aktif la sangat..hahahaha). Kiranya, ada saja aktiviti yang aku boleh join..so, my life is not so boring (hey, my life is never boring la..dush2). I'm having fun here..memang kerja banyak, letih tapi bila dapat buat aktiviti riadah dengan member-member after the office hours, hilang jugalah penat / stress kerja..hahaha

Jadi sekianlah sudah cerita aku untuk 2009. Hmm..tak banyak rupanya ya..hahaha..maybe, just maybe my life is boring after all..hahahahahaha..Sewaktu singgah di blog seorang teman, dia mengharapkan sinar cerah di bulan Disember..aku mendoakan dia dapat melalui hari-hari di bulan Disember dengan tenang (amin). Aku pula mengharapkan 2010 lebih baik dari tahun ini..dan aku berdoa agar aku masih mendapat keberkatan, lindungan & petunjuk dariNYA (amin).

~~ tHe EnD~~

p/s: i had a crush this year..sampai bila nak live in denial kan?hahahaha

Wednesday, December 2, 2009

NoTe

5 minutes note:
"If you choose to leave, then please don't be a stranger.."