Thursday, February 24, 2011

Monday, February 7, 2011

MoOd

Aku insomnia lagi. Salah sendiri..siapa suruh membuta siang!!!..natijahnya, aku bangun pukul 1 pagi, makan nasi impit campur kuah kacang campur rendang ayam yang sangat lazat!!!!!!!

4 hari cuti, lepak rumah..otak sebu serabut semak..

Semalam mood tak best. Tak tahu nak kategorikan apa..merajuk ke, marah ke, menyampah ke..ok la..mungkin semuanya! Ya, semua itu punca aku tidur siang dan punca aku tak boleh tidur malam!

Sekarang pun, mood aku belum 100% ok..

Alangkah bestnya kalau aku ada punching bag, memang sesuai betul dengan mood aku..sangat best kalau dapat tumbuk,tendang,tumbuk..tumbukkkkkkk sekuat hati..aku boleh bayangkan aku tumbuk kau, kau, kau...(should I buy one?..nak gantung kat mana?takkan bawah pokok mangga depan rumah..walawey...)

This is sucks big time!!!!!!!!!!!!!!

*SigH*

Robocoppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp.......................................................................

Monday, January 31, 2011

BosAn

Last day of January..sebenarnya aku dah draft satu entry special for 2011..tetapi dek kerana malas nak update blog ni, terpaksalah aku tangguhkan dulu..tengoklah bila-bila rajin aku post entry tu...

Hari ini, aku rasa sangat kosong. Serba tak lengkap. Serba tak seronok. Serba-serbi kurang. Alasan cliche, yes..it's Monday and because of that I am having all these feelings. Tapi aku rasa, bukan sebab Isnin aku berperasaan begini. Mungkin sebab ofis agak lengang. Mungkin sebab dua orang adik intern aku sudah usai dengan program mereka di sini. Mungkin sebab kerja yang banyak. Ya, mungkin kesemua di atas..

Aku cuba mencari topik untuk berYM, tapi tiada modal untuk bercerita. Sudahnya, aku hanya browse Internet sambil membina ayat untuk surat ke Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang. Selesai buat surat, ada kebarangkalian aku perlu hantar by hand surat ke sana. Memanglah 10minit nak ke sana, isunya, aku tak nak keluar dari ofis hatta tahap kebosanan aku dah maksimum sekarang......

Robocop....etteohke????

Monday, December 27, 2010

TaRiK TiRai

Aku mahu menutup entri bagi 2010 4 hari awal berbanding tahun sudah. Jika tahun lalu, entrinya agak dramatik tetapi tidak kali ini, ianya lebih tersusun dan straight forward..sort of..hehe..

Januari
- Walaupun aku sangat bersemangat untuk memulakan lembaran baru di tahun baru, ada sedikit konflik dalaman..tetapi tidak serius dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Setahun di GOC ini, macam-macam pengalaman kerja dan hidup aku dapat. Yang elok aku guna pakai, yang tak, campak je ke longkang..huh! Mendapat jemputan ke dinner subsidiary di Penang..sangat seronok tapi poket kosong sebab gaji belum masuk time tu..huhuhu..and yes, I bought my first ever mascara..hahaha..sempat la pakai 5 kali (kot) before aku bagi Kak Ainil..no use to me la..haha

Februari
- Alhamdulillah, berjaya menyudahkan entri ke 100..(syabas NurulHuda..well done!!). My 2 bffs got enganged selang sehari and a dear friend of mine kahwin..congrates to all of them. Kerja-kerja office semakin banyak dan rumours on new boss semakin hangat..in the end, dapatlah bos aku yang sekarang ni, yang tak sudah-sudah mendapat komen negatif sana sini..aku..er no komen!

Mac
- Aku nekad "keluar" dari team badminton..hahaha..tak sanggup la main under pressure. Besides, badminton is not my strength, main untuk suka-suka dan pecah peluh..bukan nak dapat piala segala..hahaha..Bermula Mac, aku semakin rancak buat o.t..semakin terasa bebanan kerja but still under control..huhu..dan ya, bermulalah ujian part 01.

April
- Officially shifted to the new office. Malasnya mahu keluar dari sana..keamanan itu sudah hilang..apatah lagi ujian part 02 mula mengasak..haish! First outing dengan the ladies and for the first time, I made a meal whereby everyone can actually eat!hahahaha...it was a success and the gathering was great. April sinonim dengan insan ini..4 tahun arwah Abang Mie pergi.........

May
- Desperately need to get awayyyyyyyyyy from the office kerana rasa lama sangat terperap depan pc menyiapkan kerja yang selamanya tak habis! My baby niece Aqilah was born a day after her mother's birthday..sweet, kan? and my bff's wedding..considered that as our 2nd gathering for this year.

Jun
- Minor accident before I went back to Kedah. Nasib baby ku tak cedera. First office outing, bowling di Alamanda, berjaya mendapat tempat ke-5 dan award kumpulan paling havoc..yiehaaaaa!!..5 years and I still miss my arwah nenek...

Julai
- My 28th birthday. Got few presents..bought one for myself..hehe..First ever try main pingpong for inter department (double)..yeay..dapat no 2..haha..and I felt slightly frustrated over something and someone..

Ogos
- Ramadhan datang lagi..sekadar memenuhi undangan majlis berbuka puasa sana sini.

September
- Ujian part 03.. quite tough but got through it as always..Alhamdulillah..Outing with the ladies sempena my bff punya big day.

Oktober
- My bff's wedding..another gathering for us all. Ujian part 04..haha..Bulan yang paling busy sebab every weekend ada aktiviti. One of it was Sports Carnival..aku terpaksa masuk futsal..but in the end, dalam terpaksa main, dapat juga no 2..lalalala...

November
- My baby telah dicederakan oleh manusia keparat!!! Kasut sukan kesayangan dicurinya..kau tak senang dunia akhirat tau!!!!!!! and volleyball inter department began...

Disember
- Got 3rd place for volleyball..impressive kan..haha..mula menggilai lagu-lagu Kpop yang dah dikenali orang bertahun lamanya..hahahahah..sampai ada yang bersuara, "mana peginye nurulhuda yang layan lagu search, awie..."hahaha..sesekali kita kena layan something yang fresh..lantaklah irama itu dah lama didengar orang, pada aku, ianya something yang baru and paling penting, ianya penghibur dikala lara..hahaha..and I just got back from a family vacation. Back to work, back to my daily routines. Back to life..i guess!

Alhamdulillah...dipenghujung 2010, aku masih waras dalam setiap perlakuan, percakapan dan yang penting pemikiran. Aku bersyukur atas apa yang telah dan bakal berlaku dalam sisa-sisa 2010..kerana perjalanan hidup aku telah ditentukan olehNYA..dan aku hanya menjalaninya dengan bimbingan dan lindungan dariNYA, insyaAllah.........

Wednesday, December 8, 2010

eYe CatCheR foR tOdaY

Kamu sangat comel ok..sangat comel..comel sangat-sangat-sangat comel..!!!