Saturday, November 14, 2009

KiSAh akU & PeRiGi BuTA

Minggu ini tentang aku dan perigi buta. "Jatuh dalam perigi bute..", "percubaan keluar dari perigi bute..". Itulah status aku di YM minggu ini. Ada yang bertanya tentang status aku itu tapi aku jawab, itu hanyalah kiasan..biarlah aku & ALLAH sahaja yang tahu kisah perigi buta. Perigi buta aku tak sama macam Ajis dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Ajis disuruh Pendekar Mustar masuk ke dalam perigi buta..dipesan setiap yang datang itu, "cobaannn...". Aku tak pernah disuruh tapi accidentally, terjatuh dalam perigi buta. Ketika berada di dalam perigi buta, aku tahu, setiap yang datang adalah dugaan. Mula-mula, aku dapat melalui setiap "cobaannn.." tapi lama kelamaan, dugaan itu semakin sukar dan memenatkan. So, percubaan keluar dari situ, harus dilakukan...

Ya, sepanjang tempoh berada di dalam perigi buta, aku berasa aman tanpa gangguan dari sesiapa. Aku bebas melakukan apa sahaja, walaupun ruang di dalamnya, sangat terhad..tapi di dalamnya hanya ada aku. Namun, sampai bila,kan? Aku harus juga keluar dari situ. Keluar dari tempat persembunyian yang memberikan aku sedikit ketenangan. I can't hide anymore..well, actually, I can but I choose not to..

Jadi, sekarang, aku sudah pun berdiri di luar perigi buta. Sesekali aku menjengah ke dalam..mengenangkan all the good times that I used to have while I was in there. Sekarang, perigi buta aku harus ditutup..kerana terlalu banyak perkara yang aku tinggalkan di dalam. Aku rasa, seeloknya ia ditutup buat selamanya kerana perigi buta itu, sudah tiada gunanya pada aku. Masih banyak perkara yang menanti aku di luar perigi buta. Banyak lagi kenangan yang boleh dicipta walaupun tidak berada di dalam perigi buta itu..insyaAllah..

Korang sure tak faham, kan? Hmm..tapi inilah kisah aku untuk minggu ini..kisah aku & perigi buta.. ~the end~

Thursday, November 5, 2009

A KiND rEMinDEr

Semalam aku diingatkan untuk, "get your feet on the ground...". Terima kasih sahabat, kerana sentiasa mengingatkan. Sesungguhnya aku perlukan peringatan seperti itu. Aku selalu remind diri sendiri tentang itu..tentang berpijak di bumi nyata..hidup di alam nyata. Kerana kadang kala, aku memilih untuk berada di dalam dunia aku sendiri..kerana di situ aku happy dan bahagia...

InsyaAllah, selagi terdaya dan bernyawa..aku akan terus hidup berhadapan dengan kenyataan yang hakiki..bukan dengan kenyataan rekaan sendiri..

Monday, November 2, 2009

SmS

"I'm happy o.n.l.y if you happy la dear...."

This means a lot to me, thanks my dear :)