Wednesday, November 16, 2011

DuniA kiTA bErBeza

Oho..no no no..ni bukan lagu rozita izlyn (ya, aku still ingat nama & penyanyi lagu tajuk di atas ok..~~) tapi lagu too phat ft ct. Rasanya lagu ni kisah cinta celebrity la kot..aku bayangkan lagu ni untuk mamat-mamat dari golongan kebanyakan yang nak usha ct tu..yela, suatu ketika dahulu, ct tu lambang wanita idaman lelaki..sekarang ni siapa ye? neelofa, lisa surihani mungkin..haha (aku pun xtau motif aku include nama-nama celebrity kat blog aku ni ha..aduinye pun..). Aku sangat suka lirik lagu ni..no doubt too phat is the best hip hop group in Malaysia y'all -peace-

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Duka di kala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabarlah menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza...

Perjuangan seni kita tidak bepenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Kesabaran menikam Kau tak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Kata apa sahaja...iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi tapi kesudah indah
Harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang.....

HujAn LeBat

Tajuk tiada kaitan langsung dengan isi perut entri kali ini. Time aku update blog ni, hujan tengah lebat..aku yakin, di penghujung entri ni, sure aku tak tahu nak letak title apa..so, untuk save kan masa, aku letak title siap-siap. Padahal, aku tak tau apa yang nak diblogkan pun.

Ok, so..mungkin aku tau..tapi erm..that can wait~~

Thanks to my bff, aku dapat satu blog yang sangat brilliant, sempoi dan lawak! Walaupun ayat dalam entrinya hanya 3 baris, aku boleh gelak sama macam aku gelak tengok Edisi Khas aduinye pun~~

Tiba-tiba aku jealous..cemburu pada bakat dia. Kalau pun penulis tu cantik setaraf dengan lisa surihani sekalipun, aku peduli apa..coz ramai lagi perempuan lawa atas muka bumi ni..aku salah sorang..bwahahaha(selepas beberapa sesi diskusi bersama dongsaeng ku, aku yakin..penulis blog best tu seorang Hawa).

Aku belum tentu dapat buat entri macam dia (kau belum cuba kan?..ya, tapi cam yakin memang xdapat la nak buat cam dia tu~~). Idea dia sangat banyak. Susunan ayat dia simple tapi sarat unsur jenaka. Sesuai la buat bacaan kalau sedang tension, mengantuk..sesuai untuk orang macam aku yang tak boleh nak tengok ulangan Edisi Khas di Youtube kat ofis..(Youtube kena block sebab squidword [camni ke eja nama watak yang anti kat spongebob tu hah?] report kat bos no 2 besar).

Cik blogger, aku suka karya kamu. Aku akan cuba mengikuti tulisan kamu ya :)

p/s: kalau kamu nak jadi Faizal Hussein, aku boleh kenalkan dengan ex-bos aku yang aku gelarkan Kuzi (bf Roy dalam Gila-gila remaja)..sebab ex-bos aku ni rendah & gelap orangnya..sejibik cam Kuzi..hehe

Tuesday, November 15, 2011

HaRi Ke-15

Seawal pagi 15 November 2011 dimulakan dengan perasaan jengkel. Emo dek kerana permintaan semalam. Persoalannya, kenapa mesti aku annoyed hari ini dan bukan semalam? "Kenapa kamu selalu macam ni NurulHuda??".."ntah la, memang aku sengal sket kadang2"~~

As i told you people in my last entry, i haven't update my blog for quite sometime. Kontang idea mungkin. Pernah terfikir nak kuburkan saja alam maya tempat aku meluah rasa ini, tapi aku suka menulis, suka merapu di sini. Mungkin ajal kamu belum sampai wahai blog ku sayang :)

After reading one of friend's blog, dengan tak sengaja..aku dapat ilham. Lancarnya dia meluahkan rasa. Kata-katanya menyedihkan, tapi bahasa yang digunakan sangat indah. Dia tidak berselindung kerana mungkin dia mahu individu itu tahu emosi sebenar yang dialaminya.

Ada waktu dan ketikanya, aku melempiaskan emosi terpendam di sini..tapi tidak sepenuhnya. Aku mahu mengosongkan hati dan fikiran dengan berbuat demikian tapi sebahagian dari diri aku belum mahu berkongsi kisah dengan kalian. Malu mungkin...~~

Sudah lama aku amalkan konsep masalah sendiri, selagi boleh digalas, tak perlu dibahagi-bahagi kepada orang. Sudah itu bahagian aku..mungkin bahagian orang lain lagi besar..so, kenapa mesti dikongsi bersama yang lain? Selagi airmata yang keluar bukannya airmata darah, tak perlulah ajak yang lain menangis sama kot, kan?hahaha~~

Jujur aku cemburu membaca / mendengar luahan orang. Kenapa begitu senang mereka bercerita? Kenapa aku tidak begitu? Tanyalah teman-teman rapat, cerita aku seringkali tergantung..ada pembuka, pertengahan tetapi penutupnya hanya aku yang tahu..bukan mereka tidak layak untuk tahu kesudahan cerita itu tetapi kalau boleh aku hanya mahu berkongsi cerita-cerita gembira sahaja bersama mereka..kalau kesudahan cerita itu sebaliknya, cukuplah aku yang tahu.

Entri di sini bukannya fiksyen. Ianya cerita benar. Cuma tak semua watak aku dedahkan. Siapa orangnya, tak perlulah aku disclose..tak elok buka aib orang (ye, ada entri aku yang sangat emosi..maaflah, aku hanya manusia~). Kisah-kisah aku di sini mungkin biasa saja..tapi ketahuilah, bukan senang untuk berkongsi cerita. Niat hanyalah untuk memberi sedikit ruang kepada hati dan otak..supaya mereka tidak sakit, kerana kalau mereka sakit, aku mungkin tidak boleh berfungsi sepenuhnya.

Kalau ada yang boleh dimanfaatkan, Alhamdulillah..kalau tiada, anggaplah sebagai bacaan senggang di waktu bosan. Mungkin akan ada entri seterusnya selepas entri ini..kerana objektif blog ini ialah untuk aku berkarya kreatif mengikut hati. Kalau ada entri yang konon-konon "misteri", anggaplah ianya special edition buat korang semua ;)

Friday, November 11, 2011

I'm BaCk :)

Annyeong!!!!!!!!!!!!!!! Aku rindu kamu wahai blog!!!!!!!!

Kenapa aku lama tak update blog? Alasannya adalah seperti berikut:-

1) busy la..kerja banyak~~
2) tiada topik hangat lagi sensasi nak dikongsi~~
3) tak berapa rajin..ye dalam bahasa pasarnya kita kata..malas!hahaha

But seriously, i miss updating my blog. I miss telling / sharing my stories with all you beautiful readers..cewah..haha~~ Not only here, I don't really "talk" with my diary as often as i used to..my blog and my diary, they are my companion..and yes, my bestfriends as well..but for those who don't know, i'm not really good at telling my stories face to face..hehehe..sebab tu kadang-kadang aku suka update blog & tulis kat diari.

Or is it maybe aku kembali menjadi aku di usia belasan tahun..di waktu itu, aku amat privasi dan suka menyendiri. Mungkin..dengan perangai dan sikap aku, segalanya mungkin..hahaha..fear not, i will update you with the real story next time, insyaAllah..till then, take care~~

Wednesday, August 3, 2011

My DeaR JuLy

Oleh kerana telah lama tidak menjengah masuk..."Assalammualaikum..."

Today is the 3rd day of Ramadhan, happy fasting everyone!! Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan penuh rahmat berbanding tahun-tahun sebelumnya..insyaAllah :)

Aku bukan nak blog pasal puasa. Masing-masing dah tau apa yang patut dan tak patut buat sepanjang bulan puasa ni..so, fikir-fikirkan dan selamat beramal~~~

I'm going to talk about July. Yup, July was supposed to be my month, my happy month..unfortunately..

I had an accident a day before my 29th birthday. Alhamdulillah, I did not suffer any injuries, well maybe my heart were bleeding a bit..haha..poor my baby (forgive me, I am so attached to my car~~). 4 biji kereta dan aku tak ingat punca accident. Siapa brek mengejut, siapa langgar siapa dulu..yang aku ingat aku menjerit.."aaaaaaa..". Kemalangan malang itu berlaku seawal pagi, while I was on my way to work. Bila dah accident tu, lambat je aku nak keluar kereta. Bukan sebab menggigil, takut ke apa tapi sebab hujan, aku takde payung!..hahaha..lepas dah tengok kondisi kereta masing-masing dan bertukar-tukar info, mangsa-mangsa meninggalkan tempat kejadian..aku tak pergi jauh pun, menyusur ke kiri jalan ke arah bus stop..sebab kereta memang dah tak boleh nak drive jauh. 30 minit selepas kejadian, baru aku tengok keadaan sebenar kereta aku. "Oho!!..teruk gak ni...sure mak ayah bising satgi niii.." (f.y.i, mak ayah aku tak bebel pun..fuhhh~~ :) ) Somehow, I was lucky gak la..pakcik polis tak saman aku, kalau tak..RM300..perhh..mekaseh inspektor shahab!! Dalam pukul 1130 a.m, semua settle..buat repot, kereta kena tow then straight to workshop..yang poyonya, mamat-mamat tow truck tu, sengal la dok sms-sms aku nak berkenalan..palelutut la wey!!!..hati tengah sakit, jangan ngengada nak tambah ye~ p/s: aku bolayan je sume. Ok, itu bukan highlight of the whole story ya..isunya, aku accident sehari sebelum birthday..so, there was no celebration (yes, my mak bought me a cake..maybe to cheer me up~~). Aku mandom je hari birthday aku (er..ni bukan cubaan meraih simpati ye..haha)..Ketiadaan kelisa biru di hadapan rumah menambahkan lagi kemandoman aku hari tu...waaaaaaaaaa~~~~~~

Satu lagi insiden di bulan Julai..my-so-called-friend, hurt my feeling. It's not the first time la benda camni jadi..I thought I can get over it, tapi susah la..cause aku appreciate kawan-kawan aku. Aku tak cari kawan-kawan aku bila aku susah sahaja, bila aku happy, sedih, susah ke senang, aku share dengan kawan-kawan (walaupun tak semua)..tapi manusia ni, cari aku bila susah..bila sedih..time-time camtu terhegeh-hegeh la cari aku nak mengadu, nak mintak pendapat bla bla bla. Bila senang / happy, lupa la kat kawan yang sorang ni. So, jangan nak blame aku, kalau aku buat-buat lupa akan kewujudan kau even kau tecongok depan aku sekalipun! Aku benci kawan yang camni! Tak kira lelaki / perempuan. Aku pun bukan la kawan yang tip top but at least I was there when you needed me. I make time for you. Can't you at least appreciate that?! Eeeeeee..aku benci la kat kauuuuuuuuuuu!!!!!!!! Sekarang kau pada aku hanyalah seorang insan asing. Aku anggap aku tak pernah kenal kau. Ya, perangai aku ni mungkin tak semengah tapi perangai kau tu lagi busukkkkkkkkk!!!! Aku rasa aku pun tak rugi apa-apa kalau tak kenal kau. We were strangers then, and I want it to remain that way~~

Julai..you left me with scars. Some of it will dissapear but some may not. Aku yakin sepenuh hati, ada hikmah Allah untuk aku. Looking on the bright side, my baby will look brandly new (hopefully~~) and that so-called-friend, is no longer a friend.. which means I don't have to give a **** about. Thanks July..you may gave me bad memories / experience but ironically you have made my life easier :)

Monday, May 16, 2011

16.05.2011

My thought as at 9:17 a.m.

...I may have broke your heart, but fear not...someone else already broke mine..r u happy now?

Wednesday, May 11, 2011

11.05.2011

My thought as at 11.15 a.m.

I realized once again that..I will do much better and feeling a lot lighter if I just be happy over someone elses happiness..

note to myself: dear heart, chill ok..it's not worth it
pun.. :)

Monday, May 9, 2011

MaY The 9th

my thought as at 16:05 p.m.:-

good things doesn't always happen to a good person..makes me wonder, should i be the opposite then?..but wait a minute!..am i a good person to begin with?hahahahahahaha..

Tuesday, May 3, 2011

For YouR iNfo..

Just so you know..your words have wounded me..I can't quite erase them 'till now..hope someday I will, cause I really don't want to hate you..

Monday, April 4, 2011

BaD DaY

It's not easy to be a good child..but I'll never stop trying..the least I can do is to please my parents even if my heart screaming for help.

Last Saturday, I went to my ayah's brother's birthday. When I knew about the event, I didn't want to go. My mak knew I will never ever go. Unfortunately, I had too since my mom was going to Kelantan. So, being a nice daughter as always, I just went along.


Bila aku ternampak nama dan tempat majlis..terus hati jadi jahat.."bluekkkk!!..perlu ke buat setinggi-tinggi tingkat..eeishhh!!". Sampai ke tingkat majlis, siap daftar nama lagi.."amboi..poyo giler!!"..nama aku tiada dalam senarai, hanya nama alias (eja nama ayah aku pun salah..bongok!!)dan nab (nama mak aku zainab..bongok bongok bongok!). Si perempuan terus suruh kami ke meja 2. As I entered the room, I was..("what the!!!)..Apparently, there was a dress code. Ladies pakai baju ala-ala jubah yang kembang-kembang, yang memang in trend la sekarang and gentlemen pakai formal attire. Aku siap nampak cousin aku pakai coat lagi! Me? I wore my jean and my favourite blue dress. Nampak sangat la, orang yang tak dapat proper invitation kan..nevertheless, I looked beautiful as always..muahahaa..Sampai di meja..("siyesly, perlu ke aku duduk sini..mengadap muka-muka niii..arrrghhhh!!!). Dengan hipokritnya aku senyum sambil salam dan bertanya khabar..(sure huduh giler muke aku time tu..wahaha).

Ya, manusia yang paling aku tak nak tengok, akhirnya sampai..("argh..aku tak suka tengok muka ko!")..mata aku tak tentu arah..mana pun aku tengok, semuanya mendatangkan kebencian, semua pun aku benci..akhirnya, aku keluar ke toilet. Tak pernah aku lepak lama dalam toilet..hampir 20 minit aku menikmati kebersihan toilet. Bila aku masuk dewan, orang dah start makan. Lama aku melangut kat meja. I stared blankly at the table cloth, the silverware..("kalau la malaysia kene gempa, memang confirm aku masuk berita tengah malam ni..")..how I hated to be there. Selera mati..tapi disebabkan makcik aku sibuk la suruh aku makan, aku ambil juga la sepinggan kueteow. Bila MC keluar je, aku..("omjey..siyes ar dorang ni..arghhh!!)..First performance dari selected people i.e makcik a.k.a adik/adik ipar orang kaya, anak saudara orang kaya, cucu saudara orang kaya, bakal menantu makcik yang adik kepada orang kaya itu..bla bla bla..betapa aku bersyukur, aku belum habis makan time tu, so I was focusing on my plate rather than on the performance. Aku dengar je suara sorang-sorang nyanyi..ergh, I rather put on my iPod right there and then! Tangan ni dah gatal nak plugged in, tapi mak ayah aku tak ajar aku jadi sebiadap itu (they never taught me all the bad stuffs..) So, I took my time, enjoying my food..("ee..baik pasang je lagu dari korang menyanyi la wey!!"). Second trip to the ladies..another 20 minute in there..aku tak pernah rasa seronok duduk dalam toilet, tapi malam tu..seronok sungguh..hahaha..bila aku masuk balik, Nasir Wahab dah habis nyanyi dah ("mak aih..ada artis ke..duhhh~~")..second artist, adakah Rohana Jalil!! ("oo ni ke minah liplapliplap dalam toilet tadi..")..dia pun nyanyi la..("kalau aku dengar iPod, org perasan tak agak2?..tensen nyeeeeeee!!!!)..For the first time in my life, I didn't clap after each performances. Benci sungguh nurulhuda ye?.."ye sangatttttttttttt!!!"

Later I realized my ayah was absent..("mane plak org tue ni..aku dah la bosan, die leh blah plak!haish!!")..I must be bored to death, sampai bini orang kaya kajang tegur aku, "boring je muka Nurul?"..haha..senyum adalah jawapan yang paling senang..ngeeeeee ("ye. sangat2 bosan.nyampah.meluat!!!)...about 3 hours later, my ayah came to me and said, "jom"..("baru nak ajak balik skang!ergghhhh!!!")..another round of salam-salam..and when I turned to my right, I saw those faces..and they saw me too..my ayah went to salam with them but not me, I just walked away..

We sat quietly while heading back home. Betapa aku benci malam itu. Aku benci berada disekeliling manusia-manusia itu. Kalau tak kerana ayah, aku tak ingin ke sana. Selama ini, aku memang sedar, kedudukan kami memang tak setaraf dengan mereka. Keluarga aku seolah-olah terpinggir dari sebarang keraian sebelum ini. Tapi kami tak rugi apa-apa. Kami tak kisah pun. Aku tak malu walaupun kami tak "sekaya" mereka. Aku tahu, sekaya mana pun manusia-manusia itu, akhirnya, dimamah ulat juga. Betapa aku benci melihat gelagat mereka. Malang bagi aku, mereka wali aku yang sah! Bilalah kebencian ini akan berakhir..mahukah aku menoktahkannya?

Friday, April 1, 2011

SomEdAy

I hope this tears will stop running someday
Someday after this darkness clear up
I hope the warm sunshine dries these tears
When I feel that I’m getting tired of looking me exhausted,
I want to give all my dreams I’ve kept hard
Every time I feel that I’m lacking in many things more than I have
I lost strength in my legs and drop down
I hope this tears will stop running someday


Someday after this darkness clear up
I hope the warm sunshine dries these tears
Everyday I hold out comforting myself “it’ll be alright”
But it makes me afraid little by little
I tell myself to believe in myself, but I don’t
Now I don’t know how longer I can hold out
But wait it’ll come
Although the night is long, the sun comes up

Someday my painful heart will get well
I hope it helps me now.
I hope God will help me
I don’t have enough confidence more and more to overcome myself
I hope this tears will stop running someday

Someday after this darkness clear up
I hope the warm sunshine dries these tears
But wait it’ll come
Although the night is long, the sun comes up

Someday my painful heart will get well

Someday… Someday…


a song by IU

Thursday, March 31, 2011

y.o.u..LisTen (part 04)

I don't need you to mess with my life..don't you think I'm actually good at doing it myself? I am starting to live a happy life..what rights do you have to ruin it? Why can't you just leave or better yet, dissapear!

Honestly, what do you want from me? What have I done to you? Lets clear things out so I don't have to hate you.

I am happy now. Trully happy. Please don't take that away from me. You too..be happy. Just stay away from me..

Friday, February 25, 2011

conversation

1: "wei..ko pasan tak?"
2: "pasan mendenyer..??"
1: "die tu..dah lain r skang.."
2: "lain, meaning what"
1: "lain cam..xcam dulu la.."
2: "wey dol!..ko mencarut ape ni?"
1: "aku tengok die dah xbyk ckp..senyaaaaaap je. risau r aku tgk die."
2: "ekeleh..kalau die xckp pape tu, ok la tu..pe nye nak risau."
1: "xde r, slalu die sound gak kite kalau ade pape, skang ni xde pun.."
2: "tu pun ko susah ati ke.."
1: "ye r, die kan kawan kiter..eee ko ni"
2: "aku rase, xde pape tu..kalau ade sure die citer"
1: "ye ke?"
2: "ko tanye aku, aku ye kan je la..hahaha"
1: "eee..ko ni.."
2: "abeh, ko nak aku buat ape..ko ingat kalau aku tanye, die nak cakap ke? lagi die suh aku diam ade la!"
1: "ha'ah ek. siot gak die tu kadang2..haha..so, yang die cakap aritu ko rase betul2 ke?"
2: "yang mane 1?"
1: "ala, yang aritu tu..cam real je.."
2: "oooooo yang tu..ntah. cam ye je."
1: "giler ke pe?"
2: "ye kot..haha"
1: "ape lagi die ckp eh?"
2: "ler, ko kan ade skali..pekak ke!"
1: "memang la aku ade, tapi aku rase die banyak citer ngan ko.."
2: "ala, pe yang die citer kat aku, die citer kat kau gak la.."
1: "eish..siyes ke die tu..tadi2, ko nampak die buat pe?"
2: "haaaa..nampak2..cantik gak pakai camtu kan!"
1: "tu bukan isu die la! isu nye skang, ko ingat tak mase ko suh die pakai, tapi die kate xnak..arini tup2 die pakai..siap senyum2 lagi.."
2: "ala, biaq pi kat dia la..asai dia hepi.."
1: "xde la.dulu die kate nak tunggu..tup2..."
2: "die ade la bagitau aku..watpe nak buat camtu, cam bengong je..tu aku ckp kat die, hah! tau pun ko.."
1: "so, aku rase konklusinye..memang die siyes r kali ni!"
2: "kurecheo!!"
1: "hah..stat la tu mencarut korea ko tu kan!"
2: "hahaha..tu bukan mencarut la dol! tu maksud die..ye betol!!"
1: "ko rase, patut ke kite sokong die?"
2: "kalau bukan kite sape lagi?..kalau lain tau, sure kene basuhnye die tu!"
1: "tapi aku rase die rush sangat la..ilek r dulu, ye dak?"
2: "mane ade rush, lame dah die pk..eleh ko, cam xtau..tolong jangan purak2 bangang ye..haha!"
1: "xde ar..kang die nyesal kang..ngan ko gak die bising."
2: "memang silap besar ar bising kat aku..dah die nak sangat kan.."
1: "tu pasal aku ckp die dah laaaain skang..tp betul la ko ckp, die nampak hepi skang"
2: "aku pun memule pelik gak tengok die, tapi bile die xplain kat aku, baru aku paham. weyh, ko pasan tak, skang ni die buat slamber je.."
1: "ehhhh..ofkos ar..drastik siot! motif ar..tp aku paham.ko paham?"
2: "haha..bodoh la kalau aku tak paham. brani btl eh die skang.."
1: "hah..tu la. sape suh ngengade ngan die..ala, xdtg kesan kot kat mike2 itew.."
2: "ye, aku sokong!!"
1: "aku harap die hepi..tu je yang aku nak.."
2: "same here..kesian ar aku tgk die..."
1: "ko jgn cakap camtu kat die..mau kene backhand.."
2: "haha..tau ler.."
1: "die kiut kan?"
2: "lately..agak la..hahaha"
1: "mebi betul la die hepi & bahagia.."
2: "Alhamdulillah..ape pun die decide, kite jgn argue nape die buat itu, buat ini..die tau..hidop die kan. kite just support & respect keputusan die.."
1: "ye2..paham s long s die hepi, kite hepi kan?"
2: "kurecheo!"
1: "eeeeeee aku lempang gak budak ni kan.."
2: "hahahha..ilek r..saranghae xoxo!!"
1: "arghhhhhhhhhhhhhhhhhh.."
2: "hahahahahahhahahahahahahaha........................)

Thursday, February 24, 2011

Monday, February 7, 2011

MoOd

Aku insomnia lagi. Salah sendiri..siapa suruh membuta siang!!!..natijahnya, aku bangun pukul 1 pagi, makan nasi impit campur kuah kacang campur rendang ayam yang sangat lazat!!!!!!!

4 hari cuti, lepak rumah..otak sebu serabut semak..

Semalam mood tak best. Tak tahu nak kategorikan apa..merajuk ke, marah ke, menyampah ke..ok la..mungkin semuanya! Ya, semua itu punca aku tidur siang dan punca aku tak boleh tidur malam!

Sekarang pun, mood aku belum 100% ok..

Alangkah bestnya kalau aku ada punching bag, memang sesuai betul dengan mood aku..sangat best kalau dapat tumbuk,tendang,tumbuk..tumbukkkkkkk sekuat hati..aku boleh bayangkan aku tumbuk kau, kau, kau...(should I buy one?..nak gantung kat mana?takkan bawah pokok mangga depan rumah..walawey...)

This is sucks big time!!!!!!!!!!!!!!

*SigH*

Robocoppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp.......................................................................

Monday, January 31, 2011

BosAn

Last day of January..sebenarnya aku dah draft satu entry special for 2011..tetapi dek kerana malas nak update blog ni, terpaksalah aku tangguhkan dulu..tengoklah bila-bila rajin aku post entry tu...

Hari ini, aku rasa sangat kosong. Serba tak lengkap. Serba tak seronok. Serba-serbi kurang. Alasan cliche, yes..it's Monday and because of that I am having all these feelings. Tapi aku rasa, bukan sebab Isnin aku berperasaan begini. Mungkin sebab ofis agak lengang. Mungkin sebab dua orang adik intern aku sudah usai dengan program mereka di sini. Mungkin sebab kerja yang banyak. Ya, mungkin kesemua di atas..

Aku cuba mencari topik untuk berYM, tapi tiada modal untuk bercerita. Sudahnya, aku hanya browse Internet sambil membina ayat untuk surat ke Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang. Selesai buat surat, ada kebarangkalian aku perlu hantar by hand surat ke sana. Memanglah 10minit nak ke sana, isunya, aku tak nak keluar dari ofis hatta tahap kebosanan aku dah maksimum sekarang......

Robocop....etteohke????