Monday, March 30, 2009

YuMmY :)







If only I can have all of these now..I will feel so much better!



















































































Friday, March 27, 2009

KL-PD = 50.7km (sumber dr Plus Bhd)

Esok merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh 3 sekawan. Mereka akan ke Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Mereka memang sangat teruja bila memikirkan perjalanan & saat-saat bersama di sana.
Kawan pertama: tak sabar sebab terlalu stress dengan jadualnya yang semakin menyesakkan otak.
Kawan kedua: baru-baru nak belajar cuti-cuti Malaysia. Kebetulan jiwa kacau, jadi dia pun tak sabar-sabar juga.
Kawan ketiga: sekadar merealisasikan azam & niat beliau untuk live life to the fullest this year.
Jadi, siapa aku?

Thursday, March 19, 2009

FrOm My P.o.V

Hari ini, aku nak jadi burung.
Hari ini, aku jealous tengok burung terbang.
Kesimpulan: hai la burung-burung sekalian, kita switch place for few days, mau ngak??
-the end-

Thursday, March 5, 2009

BaJu KurUnG WaRna BiRu

Aku seorang tomboy dot dot dot..huh??

Oh, sila abaikan ayat di atas. Ayat sebenar ialah, "aku dulu berperangai ala-ala tomboy". Haha..sekitar umur 8-10 tahun lebih kurang, aku memang macam budak lelaki. Berkawan pun dengan anak jiran,lelaki! Dulu aku selalu main kejar-kejar dengan diorang. Tak cukup main lari-lari, aku join sekali diorang main dalam longkang..sampai mak aku jerit la suruh balik..hmm..zaman kanak-kanak yang penuh dengan freedom dan sangat tidak tahu malu :) .

Dressing, hmm..pakai gaun?Ohh..tidakkkkk..aku suka pakai jeans and t-shirt. Senang aku nak berlari sana sini, keluar masuk longkang..hahaha..aku rimas kalau pakai gaun, baju kurung. Melambatkan pergerakan dan buat aku nampak macam budak perempuan..when the fact is I am a girl..hmm..


Di tempat kerja yang baru, rata-rata orang yang aku nampak berpakaian bercirikan imej korporat. Berseluar slack dan berkemeja. Jarang aku nampak yang berbaju kurung. Mungkin once during our five working days. Me? Aku akan pakai baju kurung empat hari except for Friday. Sebab every Fridays all staffs are required to wear Company's t-shirt. Kadang-kadang aku berseluar slack berkemeja but most of the time I will wear baju kurung. Lebih senang aku padankan tudung kalau berbaju kurung.



For those who know me, aku selalu dapat baju "free" from my sister. Bila dia rasa, dia dah sedikit "berisi", maka akulah pewaris tunggal yang mendapat habuan berbentuk baju kurung, kebaya serta kurung moden. Jadi, dapatkah korang bayangkan berapa banyak koleksi baju kurung/kebaya/kurung moden yang aku ada...ya, sangat banyak..kadang-kadang aku tak tempah baju raya sebab baju yang aku dapat pun still baru lagi!

Kalau dulu aku sedikit canggung berbaju kurung kerana perangai aku yang macam budak lelaki tapi sekarang sebaliknya..aku rasa sedikit kekok sebab aku rasa aku saja yang rajin berbaju kurung datang kerja. Kadang-kadang aku rasa macam taman bunga bergerak siap dengan rama-rama sekali..hahaha..ya, aku sangat berimaginasi,kan? Kadang-kadang ada juga rasa seperti outdated bila dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang nampak smart berseluar slack dan berkemeja. Padahal, my taste in fashion is not always dull or no taste at all. Tapi mungkin kerana persekitaran, membuat aku rasa, aku takde taste langsung..haha


Fortunately, I'm just being myself. Why must I change the way I dress just to fit in? I never feel misplaced. So, why should i bother,kan? What I wear, doesn't matter, as long as it is appropriate for office wear. Kalau orang nak kata aku bercita-cita nak kerja dengan gomen sebab suka sangat pakai baju kurung, lantaklah. You can't stop people from saying stupid things, am I right? Like I said, at the end of the day, it's just me being me :)

p/s: 2 hari lepas aku dapat lagi 4 pasang baju kurung..hoyeah..hoyeah..!!