Friday, December 26, 2008

AnGaN-AnGaNKu

Seorang rakan selalu cakap, "ala, berangan tu kan free..so, berangan la puas-puas!". Tiada yang benar melainkan benar belaka prinsip itu. Berangan memang best, lagi best kalau angan-angan tadi menjadi realiti kan?kan..?kan??

Aku mula berangan seawal aku faham apa itu berangan dalam erti kata berangan yang sebenarnya. Kalau tak salah, waktu sekolah rendah lagi aku start berangan. Angan budak-budak, apalah sangat. Pernah berangan hendak ke disco sebab selalu tengok adegan drama melayu waktu itu. Berkata-kata pada diri sendiri, "mesti best kalau pergi..". Bila ditanya teman sedarjah, "apa ciri-ciri lelaki yang awak suka?" (ye, sudah ada yang bertanya seawal usia 12 tahun)..jawapan aku sangat mudah, "hensem, kaya & kereta besar!!" (budak-budak..jawapan pun kebudak-budakkan la). Itu antara angan-angan yang pernah aku idamkan. Hingga ke detik ini, tiada satu pun angan-angan tadi menjadi kenyataan..baik ke disco mahupun lelaki idaman (ciri-ciri lelaki yang disukai lebih realistik dari jawapan 14 tahun yang lalu..haha). Sungguhpun begitu, aku belum lagi berhenti dari berangan. Yang membezakan angan-angan aku dulu dan kini, aku mengharapkan angan-angan hari ini, menjadi kenyataan pada hari esok..kalau tak esok, lusa..pendek kata selagi hayat dikandung badan!

Dalam banyak angan-angan yang pernah aku angankan, ada satu yang memang aku impikan untuk menjadi kenyataan..I started to have this dream, eversince I started working. So, it has been about 4 years now. I have so many things to dream about, but this one is really personal for me, so I have to make it happen..no matter what! It is not a big dream but still, the dream is mine..do feel free to laugh if you feel like it, no heart feeling what so ever..!

Angan terbesar yang aku harap sangat jadi real is..going for a "sweet escape" alone..does it sound pathetic? I don't care if you think it is..kadang-kadang aku pun rasa sedikit pathetic la..ahahaha. Few location has been selected, within Malaysia..can't afford to go oversea..yet..muahahaha..negara sendiri pun banyak tempat best (sekadar menyedapkan hati sendiri yang kepingin membawa diri ke switzerland semata-mata nak tengok bunga tulip & beautiful mountains..ahahaha). Sudah pasti akan terdapat halangan dan mungkin tentangan kerana ini merupakan acara solo yang tak pernah dibuat orang dalam keluarga aku. Kiranya, aku sekadar hendak memecah tradisi..ahahahaha..Ya, ada ciri-ciri rebel di situ! Adik beradik yang lain, dah puas berjalan masa sekolah plus study kat uni dulu. Aku yang paling payah nak kemana-mana. Since dah semakin tua ni, takkanlah parents aku tak izin ye tak?

Apa pun, itu semua baru plan. Belum tahu angan yang satu ini boleh tercapai ke tidak. Apa pun aku berdoa dan berharap angan-angan ini akan menjadi satu realiti -amin-

cuba bayangkan aku yang duduk kat situ..waaahh..nikmatnya hidup :)

Wednesday, December 24, 2008

Me & mY EmOtiONs

Kalau ikut jam handphone, lagi tiga minit pukul 11.00 malam. Sesungguhnya tika dan saat ini, aku dalam mood yang bosan, sangat bosan..bosan..bosan dan ya, bosan!! T.V semuanya tunjuk filem pasal krismas..ye la, esokkan 25 Disember...mungkin kerana itu aku..hmm..bosan lagi..

So, here I am, sitting in front of this pc, updating my blog while listening to my current favorite song, "Terima Kasih Cinta - Afgan". Just now, my two nephews nabil and najmi came into this room. Ninja yang dua itu memang lambat tidur. Lambat macam mana pun, budak-budak tu sure tidur lena setiap malam..tak macam ucu diorang..waaaaaaa...

Still listening to the song while typing this. Hari ini aku diserang pelbagai emosi. Benci, marah, happy, sedih dan tak lupa..ya bosan! Lately so many thoughts intruded my head and my heart. Mungkin kerana itu semua emosi bergabung..sekadar ingin memeriahkan ataupun menyemakkan suasana. That is life nurulhuda elias..hmm..ya, tau..

Benci mengingatkan segolongan manusia yang..hmm..unfortunately blood related dengan aku. Sangat benci hinggakan muka pun aku tak nak tengok..bak kata arwah nenek aku, "cemuih aih..". Aku bersyukur kerana selama ini, aku belum pernah meminta mahupun mengharap apa-apa pertolongan daripada golongan-golongan manusia tersebut. Benci dan marah kerana aku ada kaitan dengan manusia-manusia itu..manusia-manusia yang tahap hipokritnya memang menjengkelkan serta memualkan. Konon-kononnya mereka itu orang yang beradab, berbudi bahasa, murah hati. Carilah dalam kamus peradaban manusia, perkara yang baik-baik itu adalah mereka dan mereka adalah orang yang baik-baik belaka. Dalam kamus hidup aku mereka adalah manusia lidah bercabang, talam dua muka, mata duitan, busuk hati dan yang sinonim dengannya!!. Bersyukurlah sekiranya manusia-manusia spesis ini tiada dalam susur galur keluarga korang. Yes, I am very much serious hating those people. Aku tidak memutuskan silaturrahim, cuma aku menganggap manusia-manusia ini tidak wujud sama sekali dalam hidup aku.

Masih melayan suara Afgan. Next week will be my last day at the office. Am I happy to leave? Rasa gembira itu mestilah ada tapi sedikit sedih sebab meninggalkan teman-teman yang gila-gila, teman-teman gosip..I am happy because despite my complaint about my work, I did learn a lot from it. I have gained some experience that I've been searching for. Tak banyak, tetapi cukup untuk aku adaptasikan. Sekurangnya, aku tau, "don't ever accept any job that requires you to do personal things...ever!!!"..baik!! Today, me and my colleagues, including "si be.." had lunch at t.g.i friday's. They told me it was for my farewell..thank you so much. Siapalah aku yang nak dirai di tempat sebegitu. I knew they had planned something for me tapi aku ingat makan biasa-biasa. Alhamdulillah, semoga murah rezeki korang dan soon to be ex boss -amin-. Terharu sebab like I said, siapalah aku? Mark my words, I will never ever forget all of you (excluding my bosses), especially you my twin. Mengenangkan hari-hari terakhir di situ, aku tolong diorang chop drawing. Sempatlah bersembang mesra dengan staf baru. Ada yang keluarkan statement,"eh..awak tak balik lagi?".. Kagum ke perli tu?Hmm...

Rasa bosan beransur hilang. Mungkin kerana jam di pc menunjukkan pukul 12.13 a.m. Listening to "Terima Kasih Cinta" for the last time, before I save and publish this post. Inilah rentetan hidup aku semalam. Hope to have a peaceful day today, starting with a good night sleep...zzzzzzzzz

Friday, December 12, 2008

JuALan MeGa

It is the end of 2008. What is the best thing during this time around?? Sale, sale and more sale..

Aku bolehlah dikategorikan dalam golongan perempuan yang suka shopping..hehe..tapi taklah sampai semua shopping mall kat kl ini aku redah :p.. To some people, shopping is a form of therapy. Hanya dengan membeli sepasang kasut, segala stress dan problemo lenyap. Bagi segelintir orang, shopping merupakan penawar duka lara. Pengertian shopping itu sangat berbeza antara lelaki dan perempuan. Pada kaum Adam, shopping mungkin satu aktiviti yang menjurus kepada pembaziran. Aku sebagai Hawa merasakan shopping itu hanyalah sekadar untuk kepuasan diri semata. Sedia maklum, kami orang perempuan nafsunya berangka dua digit, lelaki hanyalah berangka tunggal..Kepakaran bershopping, belum ada dilatih di mana-mana institusi pun di dunia ini. This is something that we learn or develop along the way. Kebijaksanaannya juga bergantung kepada tahap kesabaran mental seseorang. Bijak mengawal emosi dan ringgit ketika berbelanja, barulah boleh bergelar "pembeli berhemah". Pembaziran wajib dielakkan. Membazir itukan sahabat syaitan..eeeee...

Menyingkap sejarah aku mula berjinak-jinak dengan aktiviti bershopping, segalanya berlaku bila pinjaman ptptn aku lulus..ahahaha..Setiap kali tiba musim sale, aku mesti beli sekurang-kurangnya sehelai baju. Masa inilah aku belajar memakai pakaian yang ada brand kononnya..sehelai sahaja sudah cukup memuaskan hati biarpun harga baju itu sekadar RM29.90! Sekarang, since aku makan gaji, kalau shopping tu, taklah rasa bersalah sangat sebab beli guna duit sendiri..kuikuikui..

Normally I will go shopping with my mother or my girlfriends. Sometimes I just go by myself. Kalau pergi berteman, at least I can get some opinion about this dress or that shoes. Berteman ataupun tidak, dapat shopping memang best sangat-sangat!!! Another thing that I like about going shopping, I get to observe people. Who says going shopping is a wasteful activity??

Normally, pemerhatian aku tumpukan pada orang lelaki. Sekadar mencuci mata dan pada waktu yang sama melihat eksperisi mereka sementara menunggu girlfriend / tunang / isteri membuat pilihan. Kelakar ada, kesian pun ada. Ada yang sampai menguap tak tahulah kali keberapa, si perempuan masih belum buat keputusan ataupun masih belum keluar dari fitting room. Ada lelaki yang kelihatan sangat bosan, seperti dia dipaksa keluar rumah pada hari sabtu itu. Ada juga lelaki yang tunggu di luar kedai. Tak kuasa nak bersesak-sesak. Macam mana nak masuk, kalau anak kecil sedang dipangku. Suami yang sporting la ni agaknya, "takpe ayang, abang jaga baby, ayang pegi la masuk.."ahaha..Ada pula lelaki yang ke hulu ke hilir membawa beg tangan menuruti si perempuan dari department handbag, ke department kasut dan ke setiap department yang ada di shopping complex itu. Hati aku pun berbisik jahat, "eleh, tengah sayang, sanggup la bawakan handbag, ikut je..bila dah kahwin anak satu, takde camtu de...."enough said...hehe..

Melihat telatah manusia bershopping memang best! Macam-macam kerenah yang aku dapat tengok. Kalaupun tangan kosong, tapi otak aku tak. Selagi bujang, shopping adalah satu perkara wajib bagi aku. Siapa pun tak boleh bising sebab aku guna duit sendiri. Kerja penat-penat, at least, nak jugalah nampak hasil depan mata, ya tak?? Manalah tahu, suami aku nanti, banyak pantang larang bila tiba bab-bab shopping ni kan..

I really love this time around..can't wait to get my cheque for this month..can't wait to go shopping..again..!!!!!! ;)