Saturday, November 14, 2009

KiSAh akU & PeRiGi BuTA

Minggu ini tentang aku dan perigi buta. "Jatuh dalam perigi bute..", "percubaan keluar dari perigi bute..". Itulah status aku di YM minggu ini. Ada yang bertanya tentang status aku itu tapi aku jawab, itu hanyalah kiasan..biarlah aku & ALLAH sahaja yang tahu kisah perigi buta. Perigi buta aku tak sama macam Ajis dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Ajis disuruh Pendekar Mustar masuk ke dalam perigi buta..dipesan setiap yang datang itu, "cobaannn...". Aku tak pernah disuruh tapi accidentally, terjatuh dalam perigi buta. Ketika berada di dalam perigi buta, aku tahu, setiap yang datang adalah dugaan. Mula-mula, aku dapat melalui setiap "cobaannn.." tapi lama kelamaan, dugaan itu semakin sukar dan memenatkan. So, percubaan keluar dari situ, harus dilakukan...

Ya, sepanjang tempoh berada di dalam perigi buta, aku berasa aman tanpa gangguan dari sesiapa. Aku bebas melakukan apa sahaja, walaupun ruang di dalamnya, sangat terhad..tapi di dalamnya hanya ada aku. Namun, sampai bila,kan? Aku harus juga keluar dari situ. Keluar dari tempat persembunyian yang memberikan aku sedikit ketenangan. I can't hide anymore..well, actually, I can but I choose not to..

Jadi, sekarang, aku sudah pun berdiri di luar perigi buta. Sesekali aku menjengah ke dalam..mengenangkan all the good times that I used to have while I was in there. Sekarang, perigi buta aku harus ditutup..kerana terlalu banyak perkara yang aku tinggalkan di dalam. Aku rasa, seeloknya ia ditutup buat selamanya kerana perigi buta itu, sudah tiada gunanya pada aku. Masih banyak perkara yang menanti aku di luar perigi buta. Banyak lagi kenangan yang boleh dicipta walaupun tidak berada di dalam perigi buta itu..insyaAllah..

Korang sure tak faham, kan? Hmm..tapi inilah kisah aku untuk minggu ini..kisah aku & perigi buta.. ~the end~

9 comments:

Anonymous said...

salam,
well, hebat cubaan yang datang melanda....whatever pun just forget the past. live must go on event it was so cruel...ewah..betul ker dee cakap ni? ha...ha...

MiSzEniGmA said...

ye, dee si anonymous..mekaseh!

Juezura said...

semoga kita semua terus tabah menghadapi dugaan.

kak ainil said...

owh...patut la...

Aeryn mummy aiyris zarra said...

simboliknyerrrr...

MiSzEniGmA said...

min, jom bt perigi bute nak?hahaha
kak ainil, skang sy dah blh joget tp perut xgoyang..haha

kin-takahiro said...

persoalan dia ialah, siapa yg menolak anda masuk ke perigi bute?dengan sendirinya masuk atau secara accidentally atau seseorang menolak masuk dalamya?cam mane pulak berjaya keluar dari perigi bute itu?sudah tentu perlukan semangat yang besar bukan? jangan kita idup dalam kenangan lampau sbb kenangan lampau hanyala untuk di ingati dan bukannya untuk dibawa ke masa depan dan bukan untuk tinggal bersamanya..
sekian,
شمسول

MiSzEniGmA said...

en.shamsul jawapannye bebunyik begini:-

1)sendiri jatuh, xde sape2 tolak..kate pun accident..ish2~~

2)bejaye keluar atas usaha & pertolongan dari ALLAH swt, Alhamdulillah~~

3)baeklah!!!!

Aeryn mummy aiyris zarra said...

jom3...nak buat kat mana eh?dah ada design blom