Wednesday, March 31, 2010

NoTe

5 minutes note:-
"tonight will be the night, that I would fall for you, over again.."

Wednesday, March 24, 2010

DeCLaRAtiON

Statement berbunyi, "kite rase, lelaki yang nak ngorat nurul, sure susah.."I couldn't agree more..hahaha


Entri kali ini adalah cubaan untuk merungkai, setakat mana kesahihan kenyataan di atas..


Aku terdiam sesaat dua, bila dengar ayat itu terpacul dari mulut seorang rakan. Selama ini, memang aku sendiri berasa begitu, tetapi tak sangka pula ada orang yang notice tentang perkara yang satu ini. Mungkin kerana aku pernah bercerita serba sedikit tentang itu dan ini, jadi si rakan tadi, telah membuat kesimpulan sendiri. Aku tidak marah jauh sekali berkecil hati, kerana kesimpulan kami sebenarnya sama.


Pernah seorang hamba ALLAH, mengatakan aku cerewet bila masuk bab yang satu ini..walhal hamba ini tadi, tidak langsung berada dalam senarai teman rapat. Aku tidak melenting kerana mereka yang tidak kenal, tidak tahu dan tidak faham akan diri ini, pasti akan menyatakan perkara yang serupa. Hendak disalahkan siapa kalau orang tak memahami kita, ye tak?


Mungkin kerana cara aku yang nampak terlalu reserved, serius, high maintenance ataupun ego, membuatkan aku kelihatan seperti seorang yang sukar didekati. First impression orang pada aku..sombong. I do get that a lot. Once again, I cannot and I will not blame anyone for that...tapi so far, orang-orang yang pernah ingat aku sombong, cakap aku ni peramah plus friendly..so, salah siapa sekarang?hahahaha...


Ya aku pernah frust. Barangkali, bertitik tolak dari situ dan juga beberapa episod dalam hidup aku, membuatkan aku lebih reserved..lebih protective. You can fix a broken glass, but the reflection will never look the same. I have fixed mine but I can still see the crack. Ini antara alasan terbaik yang boleh aku hujahkan tentang persoalan ini. Tapi sampai bila aku nak gunakan alasan ini? It seems like I am still not over it kan..? Jujurnya, hati aku sudah kosong. Tiada dia mahupun sesiapa.

So, seandainya akan ada "orang baru", dia mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran. Aku tidak akan menggunakan ayat cliche, "lelaki semuanya sama..", kerana hakikatnya tidak. "Orang baru" itu, mungkin perlu lebih bersabar kalau dia betul-betul ikhlas. Mungkin "orang baru" itu akan merasakan aku seorang yang senang dibuat kawan tetapi to be more than just friends, he might be having second thoughts. Once again, if he has issue with that, I am not going to blame him because few of my friends (female) think I am that kind of person. What is so wrong with that anyway? Well, it is up to that "orang baru" to decide la kot kan..

To that note, yes I am declaring..sesiapa yang ada niat/interested to usha me, mungkin sedikit susah. As to defend myself, aku bukanlah seorang yang high maintenance seperti sangkaan seorang kawan (lelaki). Kalau setiap kali gaji aku shopping dikategorikan sebagai high maintenance, aku guna duit ringgit sendiri..tak pernah aku shopping guna duit lelaki bukan muhrim. Everyone has their egos, me too..tapi aku rasa, ego aku belum sampai tinggi ke langit. Let say, "orang baru" nanti kata aku ego, I really need him to explain in details, cause I seriously don't understand this part. Maybe you will think that I am being jual mahal..but to me, all I am doing is protecting my own heart.

Friday, March 19, 2010

My TuNeS

Feeling good
My theme song. whenever I feel slightly down, this song will definitely cheer me up! Tak kiralah apa pun yang berlaku dalam hidup aku, aku tahu..aku tak menyusahkan hidup sesiapa, aku hidup berlandaskan landasan yang betul..I love myself. I love me, me and more me.. :)

Yang Terindah Hanya Sementara
Lagu jiwang aku suatu ketika dahulu. Memang menjiwai lagu ini sewaktu aku admire sorang mamat masa sekolah. Masa tu, bisa menitik airmata ku..menghayati la konon..hahahaha

Lelaki Ini
Pangkor '08. Everytime I listen to this song, memang teringat detik-detik itu...walawey..haha..however, do take note that, the real Lelaki Ini, has yet to arrive :)

Bayangan Gurauan
Bila dengar lagu ni, automatik aku akan ingat waktu aku darjah 5. I remember the fun, the madness I used to have. If I'm not mistaken, min buat gosip, saying that our classmate had a crush on me..ke aku yang berhalusinasi?hahahaha

Baby One More Time
Waktu lagu ni famous, aku form 4 kalau tak salah. Masa itu, memang suka sangat lagu ni. This song used to remind me of a boy, who had a crush on me. He annoyed me so much. I offended him in some ways, and I felt terrible. He dissapeared and I tried to track him down to ask for his forgiveness. Alhamdulillah, we met. Unfortunately, he got the wrong idea. "Saya nak mintak maaf, bukan mintak awak ngorat saya sekali lagi.."..(I would hurt his feeling again, if I said this out loud..hehe).

Rindu Padanya
He was so cute..short, but cute! First and the only guy yang aku admire sepanjang aku di UiTM. First time aku nampak dia, the only word that I could think of was, "kiutnye mamat ni..!!". Aku usha dia for the whole semester, sampaikan aku rasa at one point, dia & geng-geng dia perasan aku dok usha dia. He was a lucky guy! Why?..ingat senang aku nak usha orang sampai macam tu?hahaha

Two Steps Behind
I quoted this song for my first ever break-up letter..enough said..hahaha

Stuck
Aku selalu nyanyi lagu ni masa masak bubur & bungkus nasi time kerja part-time Mcd. Time lagu ni popular, episod jiwakhachau aku baru start. Lama jugalah stuck nya kan..hmmm

Over You
This is my closure. It came out when I needed the most. Every words from this song resembled what I was going through. "picking up the pieces..", "putting my heart back together.."..Sometimes, it feels like I still do..

Through The Rain
Another theme song of mine. I love this song cause it motivates me to be positive in life. No matter how hard my life may be, I know..I'll get through it..insyaAllah

I'd Come For U
Still have this song in my phone. Lagu ini mengingatkan aku on that particular moment...unfortunately, that will never ever happen again.

Well, maybe you have your own version for each of these songs..I'm just sharing mine :)

Wednesday, March 10, 2010

NoTe

5 minutes note:
Setiap helaian muka surat itu, masih bisa membuat aku lemah dan pasrah..
persoalannya, kenapa?

Tuesday, March 9, 2010

AkU KeRjA..kErJa AkU

Adakah aku terlalu berdikari a.k.a ikut kepala sendiri, tak reti bekerja dalam kumpulan ataupun tak tahu memberi arahan bila perlu?


Mungkin, kesemua di atas..


Pada aku, selagi aku tak menyusahkan kerja orang, orang jangan susahkan kerja aku. Buat baik, balasannya baik, buat jahat..sendiri mau ingat la kan..


Sekadar berkongsi info, ini adalah pekerjaan aku yang ke-4. Job scope tak sama langsung dengan tugasan-tugasan terdahulu. Kali ini, cabaran kerjanya agak berbeza. I'm being assigned in "Legal & Government Liaison", previously known as "Legal & Corporate Secretarial". I'm being in-charged with the tenancy agreement. Aku, yang hanya ada Diploma in Office Management & Technology a.k.a Secretarial Science, buat kerja-kerja yang berkaitan dengan law..at first, I didn't bother much tapi sekarang...


Selagi hidup, kerja semakin menimbun. Situasi yang sama tak kiralah dalam mana-mana organisasi. Pandai-pandai sendirilah macam mana nak survive. Sana sini orang canang, "team work", "working as a team", "my team"..team, team, team tapi aku tak rasa pun macam tu. Yang aku nampak sikap lepas tangan, sikap mengarah yang tak kena tempat..kalau orang-orang itu, ahli lembaga pengarah, aku kisah la juga..tapi kalau setakat tinggi sikit dari aku, buat menyampah je..


Sedia maklum, aku tiada background legal. Setakat ambil subject "Business Law" masa part 6. Bab-bab law, mana boleh buat main, ye tak? Silap fakta, silap angka, silap cakap.."saya saman court dalam...". Jadi, orang berpendapat, segala isu, boleh settle kalau unit legal masuk campur. Kebiasaannya, penyelesaian melalui undang-undang adalah proses terakhir. Bukannya senang-senang kita boleh ambil tindakan, ye tak? Mungkin juga, kerana sudah lama tidak bekerjasama dengan unit-unit lain, aku rasa sedikit janggal. Sekarang, aku kena co-ordinate dengan department lain. Unit lain, kena bagi aku instruction, baru aku boleh proceed. Tapi kadang-kadang, bila satu-satu kerja itu pending kerana orang lain, secara langsung, kerja aku pun kadang-kadang sangkut juga..Aku yang memang tersohor bab-bab tak reti nak sound orang ni, akan sangat emo bila situasi begini berlaku. Bertambah emo, bila mana orang yang buat kerja aku pending tu, datang balik pada aku dan tanya, "nurul, ape citer eh.....?", "nurul, kenapa surat tak kuar lagi?", "kenapa unit ni tak open lagi?".."Kenapa kau tak check dulu status from your side, before tanya aku macam-macam?" (bestnya kalau aku boleh cakap camni).

To me, it is all about attitude..attitude towards your work, your co-worker. Kalau semua orang nak jadi bos yang tahu mengarah sahaja, so, siapa yang nak buat kerja? Jangan jadikan seniority sebagai alasan korang nak besar kepala, cakap tak guna akal..Seorang senior, patut tunjukkan contoh yang elok, bijak..dah nama pun senior. Selama mana nak bangga dengan pangkat?

Mungkin, aku akan lama di sini. Kerja-kerja yang sedia ada, mungkin akan menjadi rumit, kalau aku tak pandai nak co-operate dengan orang lain. So NurulHuda, pandai-pandailah nak hidup ye..