Friday, April 16, 2010

NoTe

5 minutes note:
"If this is it, I'll accept it..but if it's not, then what is??"

Monday, April 12, 2010

PadaMU Aku Bersujud (Afghan)

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMU ya ALLAH
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
KAU tempat ku meminta
KAU beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMU yang bertaubat
Ampuniku ya ALLAH
Yang sering melupakanMU
Saat KAU limpahkan kurniaanMU
Dalam sunyi aku bersujud
Ya ALLAH, hanya padaMU aku berlindung dan hanya padaMU aku bermohon..
Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi segalanya..
Ya ALLAH, KAU Maha mendengar segala rayuanku..
Ya ALLAH, aku limpahkan segala syukurku hanya padaMU..
Ya ALLAH, berkatilah segala amalanku..
Ya ALLAH, bukakanlah pintu hatiku untuk sentiasa beriman hanya padaMU..
Ya ALLAH, aku merayu petunjuk hanya dariMU..
Sesungguhnya ya ALLAH, hanya padaMU tempat aku mengadu..
Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik mahupun sebaliknya buat hambaMU yang hina ini..
~amin ya rabbal alamin~

NoTe

5 minutes note:

"i don't wanna know, if u're playin' me..keep it on the low
coz my heart can't take it anymore..and if u creepin', please don't let it show
...i don't wanna know..."

Thursday, April 8, 2010

1st QuArTeR

Genap seminggu berhijrah ke pejabat baru. Aku berat hati meninggalkan office lama..kerana di situ aku memulakan pengalaman baru di sini dan kerana aku sangat-sangat selesa di situ.

Keterbukaan office baru agak menduga kesabaran kerana, aku terpaksa rela terima ragam teman-teman di sini. Semua orang suka layan lagu time buat kerja, tapi tak perlulah volume sekuat alam, macam sebelah telinga anda dah rosak! Tolonglah profesional. Terimalah hakikat, ini bukan pejabat yang diwarisi turun temurun dari generasi ke generasi keluarga anda dan anda bukanlah salah seorang shareholder syarikat ini. Hormatlah jiran sebelah menyebelah, kerana jiran anda yang seorang ini sedaya mungkin cuba menghormati anda. Anda mungkin rasa suara anda lunak merdu tapi ketahuilah, jiran anda tidak berpendapat begitu. Tolonglah pergi ke pusat-pusat karaoke yang halal di sisi undang-undang untuk melontarkan vokal anda.

Mendapat rakan kerja baru yang aku kira telah banyak membantu (setakat catitan ini dibuat). New boss to be exact. Sekarang unit aku sudah ada dua lawyer yang berpengalaman. Alhamdulillah, aku sudah boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang kerja-kerja yang aku buat sekarang. Mereka sudah sedia maklum tentang aku yang "kosong" tentang perundangan namun mereka tidak meminggirkan aku dalam sebarang keputusan ataupun update when it comes to my work. Mereka cuba untuk memahami situasi aku. Syukur sangat..

This new office is not all bad...I am closer to my favourite spot..I can see the greatest view from here :)