Thursday, April 8, 2010

1st QuArTeR

Genap seminggu berhijrah ke pejabat baru. Aku berat hati meninggalkan office lama..kerana di situ aku memulakan pengalaman baru di sini dan kerana aku sangat-sangat selesa di situ.

Keterbukaan office baru agak menduga kesabaran kerana, aku terpaksa rela terima ragam teman-teman di sini. Semua orang suka layan lagu time buat kerja, tapi tak perlulah volume sekuat alam, macam sebelah telinga anda dah rosak! Tolonglah profesional. Terimalah hakikat, ini bukan pejabat yang diwarisi turun temurun dari generasi ke generasi keluarga anda dan anda bukanlah salah seorang shareholder syarikat ini. Hormatlah jiran sebelah menyebelah, kerana jiran anda yang seorang ini sedaya mungkin cuba menghormati anda. Anda mungkin rasa suara anda lunak merdu tapi ketahuilah, jiran anda tidak berpendapat begitu. Tolonglah pergi ke pusat-pusat karaoke yang halal di sisi undang-undang untuk melontarkan vokal anda.

Mendapat rakan kerja baru yang aku kira telah banyak membantu (setakat catitan ini dibuat). New boss to be exact. Sekarang unit aku sudah ada dua lawyer yang berpengalaman. Alhamdulillah, aku sudah boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang kerja-kerja yang aku buat sekarang. Mereka sudah sedia maklum tentang aku yang "kosong" tentang perundangan namun mereka tidak meminggirkan aku dalam sebarang keputusan ataupun update when it comes to my work. Mereka cuba untuk memahami situasi aku. Syukur sangat..

This new office is not all bad...I am closer to my favourite spot..I can see the greatest view from here :)

2 comments:

Kak ainil said...

kat sane ade spot yang boleh dikategorikan sbg "favorite" ke? macam takde ape pun. lain la kt sini..anda boleh dptkn burger ayam,daging,ns campur,coke,bubur kacang...etc :)

MiSzEniGmA said...

haish kak ainilku sayang..favorite itu tidak tertakluk kepada makanan semata ye, harap maklum.mekaseh.