Thursday, October 28, 2010

y.o.U LisTeN..!!(part 03)

Did you know that..I hate to be in this situation?

Did you know that..you are not making any sense at all?

Did you know that..you never try to understand me?

Did you know that..you took me for granted?

Did you know that..I care for you?

Did you know that..you make me smile?

Did you know that..I never give up on you?

Did you know that..you are impossible?

Did you know that..I can be happy just by thinking of you?

Did you know that..you have changed my life?

Did you know that..my heart belongs to you and only you..

..but I guess, you will never know that.

Friday, October 22, 2010

tHe eNd

Aku ingin melupakan insiden itu. Aku ingin mengeluarkannya dari kotak fikiran. Aku ingin terus move on.

Ianya terjadi pada tarikh yang mungkin significant pada segelintir orang tetapi tidak aku. Peristiwa yang berlaku secara kebetulan dan semestinya terjadi kerana ketentuan ALLAH swt.

Entah dari mana datangnya kata-kata itu. Lancar dan penuh kesungguhan pada setiap baris ayat. Yang pasti, bukan aku yang memulakan bicara. Aku sudah mahu melangkah pergi, bila....

Aku renung sambil mendengar. Aku memberi pandangan walaupun mungkin tidak diterima. Aku turut berkongsi cerita kerana aku tidak mahu canggung di situ..tetapi dia menguasai situasi itu.

Penghujung cerita, aku masih tidak percaya, itu semua sudah berlaku. Kesemuanya. Aku. Dia. Kisah-kisahnya. Setiap langkah, hati tidak pernah mahu berhenti bertanya, "kenapa tiba-tiba? kenapa aku?"..setiap langkah juga, aku gagal mencari rasionalnya.

Mungkin lebih elok kalau aku tidak tahu apa sebabnya. Mungkin lebih senang begitu. Mungkin ianya ujian dan mungkin juga, aku lulus kali ini. Alhamdulillah.

Yang pasti, kisah ini sudah berakhir. It was not a perfect ending but I am grateful, that finally I can really close this chapter and keep moving on.

Wednesday, October 20, 2010

RinDu

Hari ini, sudah masuk hari ke-empat aku tidak bertemu kamu. Kamu di mana?

Setiap kali aku mengintai dari tingkap, kelibat kamu tidak kelihatan. Puas aku mencari, tapi kamu tiada di situ.

Kamu tidak tahu, selama ini, aku sering memerhatikan kamu. Untuk mendekati kamu, mungkin aku tidak layak. Cukuplah aku lihat kamu dari kejauhan.

Melihat kamu, aku bisa tersenyum. Kehadiran kamu, menggembirakan aku. Hanya kamu yang paling hampir di hati aku. Ada yang cuba mencuri perhatian, tapi kamu kekal teratas.

Mungkin esok, kamu masih tiada. Tiadalah juga senyum aku tatkala menuruni tangga-tangga itu. Semoga semuanya selamat..wahai si Cooper berwarna merah yang comel :)

Tuesday, October 19, 2010

"Jemput datang ya.."

Seawal pagi semalam, aku telah mendapat satu lagi undangan walimatul urus seorang teman lama secara tidak rasmi. Alhamdulillah seorang lagi teman bakal bergelar isteri. Semoga dia bahagia insyaAllah.

Aku sekadar ingin berkongsi perihal jemputan ke majlis-majlis, tidak kiralah majlis apa sekalipun. Aku bukan nak bercerita tentang majlis kahwin aku..haha..Sejujurnya, aku kurang berminat menghadiri sebarang majlis, apatah lagi kenduri kahwin. Ada yang bertanya kenapa. Belum sempat aku menjawab, si polan pantas berkata, "hah..ni mesti sebab akak belum kawen kan..". Er, kenapalah ke situ pula wahai si polan oiii..Untuk pengetahuan, aku memang tak suka ke majlis kahwin semenjak kanak-kanak lagi. Pada aku, tiada apa yang seronok dan majlis itu sangat membosankan. Aku dipaksa memakai baju kurung dan terpaksa menunggu orang tua habis bersembang baru boleh pulang. Itu belum kira hendak tunggu pengantin diarak..aduhai..bosan sungguh rasanya!

Menginjak usia, aku masih kurang gemar ke majlis-majlis. Mungkin kerana aku kurang gemar menghadiri majlis-majlis ini sendirian. Bila diingat-ingatkan, aku lebih banyak menemani emak ke majlis-majlis daripada memenuhi undangan untuk diri sendiri. Dulu emak tak komen apa-apa bila tengok aku menolak undangan..tapi sekarang, "awak ni..orang dah jemput, tak nak pegi pulak..bila orang dah jemput, kita wajib pegi tau..kalau tak tu dah kire dosa.."..Nah, straight to the point kan? Bukanlah aku tak pernah langsung ke majlis yang dijemput. Alhamdulillah, setakat ini, undangan kahwin teman-teman banyak juga yang aku pergi. Memang ramai teman yang mengundang, tapi aku lebih senang ke majlis teman-teman rapat sahaja.

Situasi ini masih berlanjutan hingga ke hari ini. Emak masih setia mengucapkan kata-kata keramatnya setiap kali lihat aku acuh tak acuh menerima undangan. Kadang-kadang mood ceria aku boleh hilang hanya dengan sebaris ayat, "nanti kita pergi kenduri.....". Emak sedia maklum yang aku memang tak suka, tapi dia juga tahu, akhirannya, aku tetap akan pergi.

Kesimpulannya, sebelum 2010 berakhir, aku yakin banyak jemputan yang harus dipenuhi. Setiap kali itu jugalah, aku akan berkira-kira mahu pergi atau tidak. Apa jua alasan, aku pasti tidak dapat mengelak lagi dek kerana statement sentap emak tersayang..waaa..