Seawal pagi semalam, aku telah mendapat satu lagi undangan walimatul urus seorang teman lama secara tidak rasmi. Alhamdulillah seorang lagi teman bakal bergelar isteri. Semoga dia bahagia insyaAllah.
Aku sekadar ingin berkongsi perihal jemputan ke majlis-majlis, tidak kiralah majlis apa sekalipun. Aku bukan nak bercerita tentang majlis kahwin aku..haha..Sejujurnya, aku kurang berminat menghadiri sebarang majlis, apatah lagi kenduri kahwin. Ada yang bertanya kenapa. Belum sempat aku menjawab, si polan pantas berkata, "hah..ni mesti sebab akak belum kawen kan..". Er, kenapalah ke situ pula wahai si polan oiii..Untuk pengetahuan, aku memang tak suka ke majlis kahwin semenjak kanak-kanak lagi. Pada aku, tiada apa yang seronok dan majlis itu sangat membosankan. Aku dipaksa memakai baju kurung dan terpaksa menunggu orang tua habis bersembang baru boleh pulang. Itu belum kira hendak tunggu pengantin diarak..aduhai..bosan sungguh rasanya!
Menginjak usia, aku masih kurang gemar ke majlis-majlis. Mungkin kerana aku kurang gemar menghadiri majlis-majlis ini sendirian. Bila diingat-ingatkan, aku lebih banyak menemani emak ke majlis-majlis daripada memenuhi undangan untuk diri sendiri. Dulu emak tak komen apa-apa bila tengok aku menolak undangan..tapi sekarang, "awak ni..orang dah jemput, tak nak pegi pulak..bila orang dah jemput, kita wajib pegi tau..kalau tak tu dah kire dosa.."..Nah, straight to the point kan? Bukanlah aku tak pernah langsung ke majlis yang dijemput. Alhamdulillah, setakat ini, undangan kahwin teman-teman banyak juga yang aku pergi. Memang ramai teman yang mengundang, tapi aku lebih senang ke majlis teman-teman rapat sahaja.
Situasi ini masih berlanjutan hingga ke hari ini. Emak masih setia mengucapkan kata-kata keramatnya setiap kali lihat aku acuh tak acuh menerima undangan. Kadang-kadang mood ceria aku boleh hilang hanya dengan sebaris ayat, "nanti kita pergi kenduri.....". Emak sedia maklum yang aku memang tak suka, tapi dia juga tahu, akhirannya, aku tetap akan pergi.
Kesimpulannya, sebelum 2010 berakhir, aku yakin banyak jemputan yang harus dipenuhi. Setiap kali itu jugalah, aku akan berkira-kira mahu pergi atau tidak. Apa jua alasan, aku pasti tidak dapat mengelak lagi dek kerana statement sentap emak tersayang..waaa..
No comments:
Post a Comment