Dear heart..
Sesungguhnya, aku sering memohon
agar kau semakin tabah dan cekal
menghadapi setiap ujian dan dugaan dari ALLAH swt
semoga kau semakin kuat menghadapi hari-hari mendatang
Dear heart..
Maafkan aku kerana sering memungkiri janji
bukanlah aku sengaja berbuat demikian
tetapi ada saat dan ketikanya, aku terpaksa
percayalah, janji yang aku pateri seawal tahun ini
takkan aku mungkiri
Dear heart..
Batalkan reservation yang aku buat dulu
kerana dia memilih hati yang lain
mungkin kerana kau terlalu istimewa
mungkin kerana itu, dia tidak layak untuk
kau dan aku
Dear heart..
Bersabarlah dengan ragam manusia di sekelilingku
jangan lekas berkecil hati
kerana mereka adalah keluarga dan juga teman-temanku
aku akan selalu menjagamu dari kata-kata serta tingkah laku mereka
akan aku pastikan, kau imun dengan segala perlakuan dan perkataan
Dear heart..
Jangan kau terlalu menyimpan dendam
maafkan segala kesilapan mereka yang pernah menyakitimu
usah kau bawa bersama hingga kita mati
kerana aku jua kerap kali mengharapkan kemaafan
dari mereka yang pernah aku sakiti
Dear heart..
Waktu dan usia membuatkan aku semakin dewasa
semoga kau semakin matang dalam menerima sebarang keputusan
sesekali, dengarlah kata si akal
kerana dia lebih dulu menganalisa situasi
bantulah aku dalam mencari jalan penyelesaian
emosi mu yang terlampau, hanya mengusutkan keadaan
Dear heart..
Tidak pernah aku meminta
kau menjadi sekeras batu
kalau ianya terjadi
maka aku bukanlah umat Nabi Muhamammad saw
cukuplah sekadar kau bertahan dan bersabar
dalam menemani aku menempuhi sisa hidup yang masih berbaki
Dear heart..
Ruangan kosong di dalam mu
insya-ALLAH, suatu hari akan terisi
berikan aku masa dan ruang
untuk mencari dan menilai
aku tidak sanggup melukai mu lagi
kau akan bahagia, seperti hati mereka yang lain
Dear heart..
Sentiasalah kau dan aku bersyukur
di atas segala nikmat dan rahmat ALLAH swt
bergembiralah bersama mereka yang membahagiakan mu
bersedihlah bersama mereka yang memahami kedukaan mu
aku akan sentiasa menghiasi mu dengan kalimah ALLAH
semoga kau dan aku akan selalu berada di bawah lindunganNYA
semoga kau dan aku akan menjadi khalifah yang setia terhadapNYA
kerana di dalam mu, ada aku
kerana kau adalah aku!
No comments:
Post a Comment