Friday, March 28, 2008

My KoREan hERoeS!

Korang suka tengok korean series tak? Hehehe..dulu aku tak suka sangat, tapi sekarang..err..aku salah seorang dari jutaan perempuan (lelaki ada ke suka tengok korean series?) yang minat sesangat dengan drama korea!! Tapi, aku bukan la peminat fanatik..suku mungkin..er..ahaha..Ingat lagi zaman "winter sonata", ramai betul orang tangkap leleh tengok cerita tu, tapi aku tak layan sebab masa tu, aku belum minat lagi. Lagipun story tu, panjang sangat la..

Don't get me wrong people! Aku bukan nak promote drama korea tapi nak share dengan korang watak-watak drama korea yang aku suka. Well in my words, bestnya kalau dapat pakwe a.k.a husband macam watak diorang ni..ahahahahaha...ok, here it goes....


"All About Eve" was my first korean series. Story dia, tak la susah nak faham..hero Jang Dong Gun a.k.a Pengarah Yun. Ye, dia saaaaaaaaaaaaaaangat hensem dan sangaaaaat tinggi..hehe..tapi watak mamat ni, memang best. Makes me wonder, is there a guy yang sabar sangat macam watak ni? Dia dah tau Sun Mi (er the heroin) syok orang lain tapi dia insist nak tunggu juga. Sebab deep down inside, dia tau Sun Mi was destiny to be with him..uhuhu. He is a real gentleman (ye, dalam cerita ok!). He's very loving and caring...*sigh*..memang bertuah kalau dapat pakwe a.k.a husband macam ni,kan?



"Full House"..ntah berapa kali aku tengok cd..hehehe..i was so addicted! First because of the story and secondly because of the songs! Soundtrack cerita ni, semuanya best. Story agak lawak but at the same time very romantic. In the real world, ada ke orang kahwin kontrak? Memang la tak wujud kan..tapi everything is possible in the movie! Hero Bi Rain a.k.a Lee Young Jae, err..agak ego..mungkin sebab dia movie star. Lepas dia kahwin kontrak dengan Han Ji -Eun, slowly he adjust himself. When he realized he had fallen madly in love with his contract wife, haaa..baru la dia faham tentang hati & perasaan..hehehe..baru la tau nak jaga hati wife dia, respect dia and most importantly, sayang & cinta wife dia saja. Now tell me, who doesn't want a husband like that?



"My Girl" my third korean series in my list! Satu lagi cerita yang tak mungkin berlaku dalam realiti. Dua personaliti yang totally different. Hero si Lee Dong-wook a.k.a Seol Gong Chan someone yang workaholic. Biasa la, cerita orang kaya..kat malaysia ni bersepah story pasal orang kaya yang gila kerja..uwek! Anyway, dek kerana amanah, dia jumpa dengan a happy go lucky Yu Rin! Life started to have a different meaning. Yu Rin is such a beautiful and warm person. Both of them came from opposite background..tapi dek kerana hati dah sangkut, none of that important. Watak hero ni, ala-ala pemalu sebab kadang-kadang, dia tak tahu nak express feelings dia..soooo sweet..sometimes a shy guy could be very cute! So, lelaki yang tak tau malu tu, tak cute la hor..??!



"Coffee Prince". Aku baru habis tengok cerita ni..sanggup tak keluar malam semata-mata tak nak miss satu episod pun! Gong Yoo hero cerita ni a.k.a Choi Han Kyul, pada aku dia jatuh dalam kategori lelaki comel..This time, the story line a bit different. At first he thought Go Eun Chan tu lelaki tapi rupanya perempuan. Dek kerana perwatakan fizikal dan personalitinya, si hero ingat minah tu mamat..ish..ish..Mungkin sebab jarak umur yang agak banyak, tauke Han Kyul (nickname si hero..) sangat caring, loving and very protective..*sigh*..every time they are together, the things they done together made me soooooooooo jealous! Waaa..best la kalau dapat pakwe a.k.a husband yang boleh buat orang lain jealous...(err..ok tak?..ihihi)

So, what can you summarize from my post? No, no, no..aku bukan nak cari calon dari korea untuk di bawa berjumpa ayahanda dan bonda..tapi mungkin serpihan-serpihan karakter hero-hero di atas. Ooo..i forgot to mention, all the heroes are actually tall...hahahahaha..ketinggian bukan la ukuran tetapi kalau boleh, seperti yang aku sering war-warkan, aku nak juga la guy yang tinggi..uhuhu..mungkin orang seperti aku, tidak sesuai menonton cerita-cerita percintaan begini. Why? Simply because somehow i wish i can have it in my life..mujurlah aku sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Sentiasa berpegang pada janji ALLAH swt dan percaya penuh yakin akan ketentuan qada dan qadarNYA..tapi tak salah kalau aku menyimpan doa agar pakwe a.k.a husband aku ada ciri-ciri hero korea aku,kan?? -peAce-

2 comments:

aeryn said...

main tarik2 tali ye yong??ngeeeee..insyaAllah..the batton will be yours after this..hehehe

MiSzEniGmA said...

ni ape kes main tarik tali plak? ade acara sukan tahunan ke siap pas2 batton..??ngeeee...