Seingat aku, dulu aku tidak pernah menghitung hari dan waktu. Sekarang, kedatangan jumaat amatlah dinanti walaupun tiada sebarang agenda pada hari itu!
Jumaat adalah penghulu segala hari. Penamat kepada hari-hari bekerja yang lain. Hari yang boleh menceriakan aku berbanding hari ahad. Pendek kata, setiap kali tiba hari jumaat, korang boleh ibaratkan aku umpama budak sekolah darjah satu yang nak cuti penggal..hahaha. Betapa besarnya makna hari jumaat pada aku sekarang. Mungkin kerana aku sudah mulai mual dengan pemanduan di bandaraya Kuala Lumpur. Letih bermain brek dan gear sambil di dalam hati.."arghh habis la brek pad & gear baby aku..!".
I noticed that i am more interested to do my work on friday. I will at least try to finish my tasks before 6pm. Hari jumaat seolah-olah mempunyai aura yang sangat kuat ke atas aku berbanding hari-hari biasa. I find myself to be slightly happy, energetic and confident throughout the whole day. Power kan hari jumaat..?Hahaha..hari jumaat, hari di mana aku mengumpulkan segala kudrat yang masih berbaki. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari kerja, ungkapan "esok hari sabtu.." bernada riang di dalam hati! Hahaha... I don't really care about how bad the traffic is. All i know, i have 2 days off to recover myself!
Korang mungkin beranggapan aku bersikap negatif kerana tak sabar-sabar menunggu hari jumaat. Mungkin apa jua andaian korang itu benar. Korang berhak dan aku tidak akan menghalang minda korang dari membuat sebarang spekulasi. Cukuplah sekiranya korang tau yang aku amat-amat menyukai dan menanti ketibaan hari jumaat.. ;)
2 comments:
ye la..hari jumaat mmg best, bole tgk tv until midnight.Org lain mgkin bole tgk tv until midnight hari2,tp akak tak bole..huhuhuhu!!
hihihi..tul la kak..hari jumaat, memang hari yang paling nikmat dalam dunia..!!
Post a Comment