Listening to the radio while i am driving, is a must! Muzik membuat aku leka dengan keadaan kereta mahupun lori di kiri, kanan, depan dan belakang. Patutlah dalam Islam pun, tidak semua muzik sesuai untuk dijadikan halwa telinga, kerana ianya mampu melalaikan kita. Minggu ini, aku memilih cd "Search the greatest hits", sebagai alternatif sekiranya stesen radio asyik berceloteh ataupun lagu yang diputarkan, bukan taste aku..hehe..Semalam, aku meneliti lagu yang satu ini. Kalau tak salah, lagu ini originally by M. Nasir or Kembara..title of the song is"Malam"
Adei..time aku dengar lagu ini, belum malam lagi tapi bait-baik lirik, mencucuk terus ke hatiku..uhuhu. Sesungguhnya setiap ciptaan ALLAH swt itu, membawa maksud yang tersendiri. Kala matahari memancarkan sinarnya, umat manusia sibuk dengan urusan duniawi sama ada di pejabat, rumah, sekolah mahupun di pasar-pasar. Waktu malam yang sunyi, memudahkan kita untuk berehat setelah penat dengan urusan seharian. Mungkin kerana itu, aku adakalanya melayan hati dan perasaan sendiri di kala malam. Thinking about my life in the future. Feeling so scared cause i have no idea what awaits me tomorrow and the day after.
Mungkin itulah kelebihan diciptakan malam. Ianya diciptakan ALLAH agar kita dapat memuhasabah diri. Bukankah kita disarankan supaya bangun di sepertiga malam bagi mendirikan sembahyang sunat, bagi mendapatkan kredit tambahan di akhirat kelak? Malam bukanlah hanya untuk kita melayan perasaan semata, tetapi juga adalah saat kita paling hampir dengan ALLAH swt sekiranya kita menunaikan suruhanNYA. This reminder is kindly brought to remind you and myself. Insya-ALLAH, sama-samalah kita berusaha demi kebaikan diri kita sendiri.