Dalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja yang semakin menyemakkan otak, aku terpandang sekotak dawai kokod di atas meja. Lantas, aku teringat seorang bekas teman sepejabat yang baru sahaja resign. Dia yang menghidupkan semula perkataan dawai kokod. Idea pun tringgggg...
Boleh tak, kalau aku samakan pencarian someone special dengan dawai kokod?? Dawai kokod tersusun rapi, each of it seems to be perfect. Kita tak boleh detect di mana cacat celanya. Sampailah kita mula menggunakannya. Sekali ketip, ok. Dua kali ketip, masih berfungsi. Kali ketiga dan seterusnya..dawai kokod stuck, tak mengetip kertas, patah mungkin...sedar tak sedar, dawai kokod pun habis digunakan. What do we do next? Kita gantikan dawai kokod yang baru la...Gantian dawai kokod yang baru pun, belum menjamin ketipan yang sempurna. Katalah ada 10 deretan dawai kokod, takkanlah semuanya rosak. Mungkin satu atau dua sahaja yang tak boleh digunakan.
Ibaratkanlah, seorang lelaki mahupun perempuan seperti dawai kokod. Luaran nampak semuanya sempurna. Tak ternampak dan tidak terperasan kalaupun ada ketidaksempurnaan. The law is simple, it is becaue we like what we see! Sehinggalah kita mula menggunakan dawai kokod itu tadi, baru kita tahu ianya berfungsi atau tak. Begitulah juga, bila kita mula mengenali si dia barulah kita tahu sifat dan ragam sebenar. Sekali dawai kokod tersangkut, kita masih boleh bersabar. Dua kali sangkut, "mungkin tebal sangat"..tiga kali, "arghhh..bosannya, asyik sangkut, sangkut, sangkut...!!!".
Sekali si dia buat hal, tidak mengapa, masih dalam proses mengenali hati budi kononnya. Dua kali, "Ooo..boleh tahan minah / mamat ni..". Kali ketiga, " eee..masalah betul la mamat / minah ni..". Kali keempat.., "kau ingat kau sorang je ke, ada lagi yang lebih baik dari kau la...!". Seperti yang aku sering ucapkan pada kak salmi, "setiap manusia ada tahap kesabarannya kak..."..hahaha. Ada kalanya, sesuatu itu tidak berhasil, kerana kurangnya sifat sabar dan mahu memahami. We rather blame others instead of looking for our own mistakes or weakness. Siapa mahu mengaku kekurangan dan kelemahan diri sendiri,kan??
Andainya dawai kokod tidak mengetip dengan sempurna, lihat di mana puncanya. Mungkin kertas terlalu tebal. Kalau tebal sangat, kurangkanlah..Kalau dawai kokod stuck, check dulu..mungkin ada dawai kokod lama masih tersangkut di dalam stapler. Keluarkan dulu yang lama, barulah dawai kokod yang baru boleh berfungsi tanpa sebarang masalah. Jangan terus-terusan menekan dawai kokod. Mungkin stapler ataupun kertas yang ada problem!
Sebelum mencari kelemahan orang, belek-belek kelemahan diri sendiri. Mencari cacat cela luaran mahupun dalaman orang lain, merupakan salah satu sijil tanpa tauliah. Menuding jari pada orang lain, lebih senang dari menuding ke batang hidung sendiri. Mana mungkin menerima orang baru, seandainya dalam hati masih ada nama ataupun bayangan yang lama. Mana mungkin, usaha si dia berhasil, sekiranya yang terzahir hanya kekurangan dan kelemahan. Mana mungkin semuanya berhasil, kalau mengharapkan kesempurnaan..We have our own criterias when it comes to our special someone. Sebenarnya, itu semua alasan. Kita suka beralasan dalam semua hal. I'm definitely one of those people. Alasan itulah yang menyempitkan jalan, mengelirukan keadaan dan pencarian yang tiada noktah..! How can you expect something that is so perfect, while you have so many flaws? Do not expect others to understand you, if you don't even bother to try to do the same thing. Do not put your expectations way up high, because you never know, what people would expect from you..!
Jadi, aku akan mengadaptasikan hukum dawai kokod. Cuba mengenali sebelum membuat keputusan. First impression is important but do not easily fall for it. Maybe the person was nervous, so he might be acting a bit stupid or didn't know much to say. Kadang-kadang perlu juga lihat second or third impression. Sekiranya, impression pertama dan seterusnya sama, tanyalah hati sendiri, kalau tak boleh terima, just walkaway..itu lebih bijak dari terus memaksa hati!. Cuba memahami kemahuan, kelemahan dan kekuatan diri sendiri. But the most important part is, to at least give myself and who ever he might be a chance. Tapi tunggulah aku jumpa calon dawai kokod aku dulu ya..
3 comments:
ooo..dawai kokod tu refill stapler eh..baru ku tau..
dawai kokod??! what a coincidence la..min baru je menjumpai makna dawai kokod itu setelah 26 tahun hidup di muka bumi ni
hahahaha
anyway, brand apa dawai kokod yang ehem2, best?huhuhu
kak ainil, adekah baru tau..?!org yg mempopularkan word tu agak comey tau kak ainil, tp die bukan dawai kokod dlm senarai saya..ahahahahaha
err min, i guess we just have to wait n c la hor.. :)
Post a Comment