Monday, October 6, 2008

My LiFe iN PaSt, PreSenT..FuTUrE?

I was thinking about my life today..my journey..looking back, i never thought i would still be here..Alhamdulillah..

26 tahun, satu jangka masa yang boleh dikira panjang. Bertuah kerana masih diberi umur selama ini oleh ALLAH swt. Masih diberi ruang dan peluang untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan diri. Sesungguhnya, aku sangat bersyukur.

Being an adult, is not always fun. Its getting harder..at least that is how I see it nowadays. More responsibilities. More work. More debts...more problems? Life is too short for me to complaint right? Live it while i still can..selagi hidup segala-galanya bertambah. Selagi hidup, banyak lagi benda yang akan berlaku. Selagi hidup, jangan banyak merungut. Selagi hidup, jangan putus asa. Selagi hidup, selagi itu harapan masih ada..

When I was a teenager, I was not thinking much about my future. I have my own ambition..and that was it. I never thought I would graduate from a university. In fact, I never thought that I would enter any higher learning institutes. Yes, I was being negative about my own life. I had no confidence in myself. Always thought that I would never make it to the future. I would never have a future. Kalau ada pun, masa depan aku pasti malap..bukan bermakna aku mendoakan keburukan buat diri sendiri tetapi, sejujurnya aku memang takut akan masa hadapan!

Dulu ayah aku selalu ugut aku, kalau tak lulus exam, kahwin..kahwin..kahwin!! Siapa sangka, anak yang selalu diugut satu ketika dulu, boleh dianggap berjaya dalam hidup. Tidak menyusahkan sesiapa. Boleh berdikari. Mampu menilai yang baik dan buruk dalam hidup. Boleh buat keputusan walaupun kadang-kadang keputusan yang aku buat, ada yang salah. I learned from my own mistakes. I learned from my own bad choices. I learned a lot..I will keep on learning and that is certain!

26 tahun..Alhamdulillah, aku bekerja, boleh memberi sedikit huluran buat mak, masih bisa melangsaikan hutang piutang, boleh membuat simpanan dan memiliki harta walaupun tidak semahal dan sebesar mana..it is enough for me..for what its worth..its mine..all mine! Setiap hari, aku seakan tidak percaya yang aku sudah dewasa. Bukan menolak hakikat yang usia semakin meningkat tetapi tanpa aku sedari, aku telah menjadi manusia. Manusia yang punya tanggungjawab pada diri dan keluarga. Manusia yang ingin memperbaiki keburukan dan kelemahan diri. Manusia yang tidak lagi memandang rendah pada keupayaan dan kekuatan diri sendiri..

Insya-ALLAH, lebih banyak pengalaman dan pengajaran bakal menanti. Kenangan pahit dan manis untuk aku kongsikan di ruangan ini, mungkin juga boleh dijadikan satu ceritera buat satu lagi generasi keluarga Tok Lias & Tok Nab..Kehidupan yang aku lalui sekarang, jauh lebih baik daripada apa yang sering aku bayangkan. Kehidupan dikelilingi insan-insan yang aku sayang, matang walaupun masih ada sedikit kebudak-budakan, kehidupan yang serba sederhana namun sudah cukup memadai buat aku meneruskan hidup. It's ok..if I don't have whatever you and they are having because, you or probably they may not have, what I have..get it?

Seandainya, kehidupan hari ini, tidak seperti yang kita impikan..teruskanlah bersyukur NurulHuda kerana setidak-tidaknya, kita masih bernyawa. Seandainya, hidup kita tidak semewah orang lain, bersyukurlah NurulHuda, kerana tanpa pengetahuan kita, ada yang lebih sengsara kehidupannya. Seandainya perjalanan hidup kita terlalu sukar, jangan berhenti bersyukur kerana itu tandanya ALLAH swt sedang menguji kita..dan itu tandanya kita di bawah lindunganNYA..

We've been through a lot in life and we survived, betul tak NurulHuda? We sure do, and we sure will keep on surviving..insya-ALLAH..




5 comments:

Aeryn mummy aiyris zarra said...

This girl will survive~ Mieyn.

MiSzEniGmA said...

insya-ALLAH..& so will you :)

Juezura said...

I can survive..you can survive!! InsyaAllah. Take care

MiSzEniGmA said...

thanks kak zue..

LYS said...

chapters of life? seperti ku kenal..siapa eak?