Aku mencuri ruang dan masa untuk post ini. Post ini harus diterbitkan hari ini kerana sudah lama benar ianya bersawang di dalam otak.
Aku letih. Aku bosan...dan aku merasakan urat kesabaran aku sudah hampir putus.
Mental dan fizikal aku sudah lama menjerit minta diberi perhatian..aku yang degil menutup telinga, mengeraskan hati kerana malas mahu melayan.
Aku letih dengan kerja. Aku letih memandu pergi dan pulang kerja. Aku letih melihat orang-orang di tempat kerja.
Sila gantikan perkataan "letih" pada perenggan di atas dengan bosan. Terima kasih.
I need to regain my energy and my patience. I need to get myself together. I need a break.
It is just a matter of where and when..
No comments:
Post a Comment