Aku ingin melupakan insiden itu. Aku ingin mengeluarkannya dari kotak fikiran. Aku ingin terus move on.
Ianya terjadi pada tarikh yang mungkin significant pada segelintir orang tetapi tidak aku. Peristiwa yang berlaku secara kebetulan dan semestinya terjadi kerana ketentuan ALLAH swt.
Entah dari mana datangnya kata-kata itu. Lancar dan penuh kesungguhan pada setiap baris ayat. Yang pasti, bukan aku yang memulakan bicara. Aku sudah mahu melangkah pergi, bila....
Aku renung sambil mendengar. Aku memberi pandangan walaupun mungkin tidak diterima. Aku turut berkongsi cerita kerana aku tidak mahu canggung di situ..tetapi dia menguasai situasi itu.
Penghujung cerita, aku masih tidak percaya, itu semua sudah berlaku. Kesemuanya. Aku. Dia. Kisah-kisahnya. Setiap langkah, hati tidak pernah mahu berhenti bertanya, "kenapa tiba-tiba? kenapa aku?"..setiap langkah juga, aku gagal mencari rasionalnya.
Mungkin lebih elok kalau aku tidak tahu apa sebabnya. Mungkin lebih senang begitu. Mungkin ianya ujian dan mungkin juga, aku lulus kali ini. Alhamdulillah.
Yang pasti, kisah ini sudah berakhir. It was not a perfect ending but I am grateful, that finally I can really close this chapter and keep moving on.
2 comments:
trauma yang melanda~
..menikam-nikam jiwa~~
Post a Comment