Monday, January 31, 2011

BosAn

Last day of January..sebenarnya aku dah draft satu entry special for 2011..tetapi dek kerana malas nak update blog ni, terpaksalah aku tangguhkan dulu..tengoklah bila-bila rajin aku post entry tu...

Hari ini, aku rasa sangat kosong. Serba tak lengkap. Serba tak seronok. Serba-serbi kurang. Alasan cliche, yes..it's Monday and because of that I am having all these feelings. Tapi aku rasa, bukan sebab Isnin aku berperasaan begini. Mungkin sebab ofis agak lengang. Mungkin sebab dua orang adik intern aku sudah usai dengan program mereka di sini. Mungkin sebab kerja yang banyak. Ya, mungkin kesemua di atas..

Aku cuba mencari topik untuk berYM, tapi tiada modal untuk bercerita. Sudahnya, aku hanya browse Internet sambil membina ayat untuk surat ke Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang. Selesai buat surat, ada kebarangkalian aku perlu hantar by hand surat ke sana. Memanglah 10minit nak ke sana, isunya, aku tak nak keluar dari ofis hatta tahap kebosanan aku dah maksimum sekarang......

Robocop....etteohke????

2 comments:

Benedict Bernard said...

makcuuuuuuuu.. long time no see..!

MiSzEniGmA said...

ai meyh? :p