Sunday, April 20, 2008

VeRdiCt

Left or right? Black or white? Coffee or tea? We are facing different choices in life. No matter what we choose, sometime what seems to be right for us, doesn't mean the same thing to others. We asked for opinions, but in the end the choice is ours to make!

Bila ada pilihan, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan. Persoalan inilah yang menyukarkan kita membuat keputusan muktamad. Kita cuba membuat pilihan dan keputusan yang tepat. Kita sedaya upaya cuba untuk tidak tersalah pilih dalam memberi kata putus. We try to satisfy ourselves with our decision and hoping that we made the right one. Ironically, we tend to doubt our own choice..well, at least i do!

Punca aku meragui keputusan pilihan sendiri, hasil daripada percanggahan suara hati dan kehendak minda. Kenapa "mereka" tak boleh sepakat dan sekata dalam membantu aku membuat keputusan? Kerana itulah keajaiban ALLAH..kerana ALLAH mahu aku berusaha mencari penyelesaian yang terbaik buat diri sendiri. Tapi, kenapa masih ada rasa ragu bila keputusan yang dibuat berdasarkan pemikiran akal dan hati yang penuh rasa tawakal?

When you start to have doubt with your own decision or choice, the worst thing that could happen is to feel regret! Rasa menyesal adalah satu perasaan yang sangat menyesakkan jiwa! Ada kalanya, aku menyesal atas segala keputusan pilihan yang aku buat. Buat seketika waktu, aku rasa aku amat cuai dan sedikit bengong ketika aku membuat keputusan pilihan itu. Sepatutnya, aku tidak perlu merasa menyesal kerana takdir ILAHI mempunyai maknanya yang tersendiri. Apabila rasa sesal itu datang, i really wish i could turn back the time..and hope i can undo my decision.

Yang buruk datangnya dari aku dan korang sendiri. Kita hanya mampu merencana namun ketentuan yang hakiki adalah hak mutlak ALLAH swt. Sebolehnya, berfikirlah secara tenang dan rasional sebelum membuat sebarang pilihan dalam apa jua persoalan yang korang hadapi. Teori membaling dadu dalam membuat pilihan A atau B, memang tidak boleh diterima akal. Hidup bukanlah bergantung kepada nasib semata-mata. We have to decide what is best for us. We have to think over and over again before we make a choice. Cubalah membuat keputusan pilihan yang matang. Setidaknya aku dan korang tak perlu dibelenggu rasa sangsi kerana tidak tahu apa yang terbaik buat diri kita dan hidup dalam kekesalan kerana langsung tidak membuat keputusan pilihan...

4 comments:

Ummi Damia said...

nurul, ini la warna warni kehidupan.Apa2 pun keputusan yg telah dibuat, kita kena hadapinye sama ada kita suka atau pun tak.kalu suka, Alhamdulillah, kalau tak suka, telan je la, apo buleh buek...berdoa dan bertawakkal je la ye, semoga jalan yang kita anggap berliku itu mampu kita tempuh dgn jayanye.

MiSzEniGmA said...

insya-ALLAH kak ainil! kadang2 keputusan yg kite anggap terbaik, berlaku sebaliknya..dari setiap kesilapan kite blajar,kan? hopefully, kite semakin tabah ye kak ainil.. :)

Juezura said...

Salam Nurul. Memang susah bila kita perlu membuat pilihan dan keputusan. Kita belajar dari kesilapan tapi kdg2 kita lupa kesilapan yg kita telah buat dan akan melakukannya sekali lagi. Mungkin sebab kadang2 kita terlalu mengikut emosi.

MiSzEniGmA said...

Thanks kak zu, ya, kadang2 kita lupe dgn kesilapan kita sendiri dan kadang2 keputusan kita dipengaruhi emosi. Apapun, jgn patah semangat bila kita tersalah memilih keputusan..hidup mesti diteruskan..:)