Friday, December 12, 2008

JuALan MeGa

It is the end of 2008. What is the best thing during this time around?? Sale, sale and more sale..

Aku bolehlah dikategorikan dalam golongan perempuan yang suka shopping..hehe..tapi taklah sampai semua shopping mall kat kl ini aku redah :p.. To some people, shopping is a form of therapy. Hanya dengan membeli sepasang kasut, segala stress dan problemo lenyap. Bagi segelintir orang, shopping merupakan penawar duka lara. Pengertian shopping itu sangat berbeza antara lelaki dan perempuan. Pada kaum Adam, shopping mungkin satu aktiviti yang menjurus kepada pembaziran. Aku sebagai Hawa merasakan shopping itu hanyalah sekadar untuk kepuasan diri semata. Sedia maklum, kami orang perempuan nafsunya berangka dua digit, lelaki hanyalah berangka tunggal..Kepakaran bershopping, belum ada dilatih di mana-mana institusi pun di dunia ini. This is something that we learn or develop along the way. Kebijaksanaannya juga bergantung kepada tahap kesabaran mental seseorang. Bijak mengawal emosi dan ringgit ketika berbelanja, barulah boleh bergelar "pembeli berhemah". Pembaziran wajib dielakkan. Membazir itukan sahabat syaitan..eeeee...

Menyingkap sejarah aku mula berjinak-jinak dengan aktiviti bershopping, segalanya berlaku bila pinjaman ptptn aku lulus..ahahaha..Setiap kali tiba musim sale, aku mesti beli sekurang-kurangnya sehelai baju. Masa inilah aku belajar memakai pakaian yang ada brand kononnya..sehelai sahaja sudah cukup memuaskan hati biarpun harga baju itu sekadar RM29.90! Sekarang, since aku makan gaji, kalau shopping tu, taklah rasa bersalah sangat sebab beli guna duit sendiri..kuikuikui..

Normally I will go shopping with my mother or my girlfriends. Sometimes I just go by myself. Kalau pergi berteman, at least I can get some opinion about this dress or that shoes. Berteman ataupun tidak, dapat shopping memang best sangat-sangat!!! Another thing that I like about going shopping, I get to observe people. Who says going shopping is a wasteful activity??

Normally, pemerhatian aku tumpukan pada orang lelaki. Sekadar mencuci mata dan pada waktu yang sama melihat eksperisi mereka sementara menunggu girlfriend / tunang / isteri membuat pilihan. Kelakar ada, kesian pun ada. Ada yang sampai menguap tak tahulah kali keberapa, si perempuan masih belum buat keputusan ataupun masih belum keluar dari fitting room. Ada lelaki yang kelihatan sangat bosan, seperti dia dipaksa keluar rumah pada hari sabtu itu. Ada juga lelaki yang tunggu di luar kedai. Tak kuasa nak bersesak-sesak. Macam mana nak masuk, kalau anak kecil sedang dipangku. Suami yang sporting la ni agaknya, "takpe ayang, abang jaga baby, ayang pegi la masuk.."ahaha..Ada pula lelaki yang ke hulu ke hilir membawa beg tangan menuruti si perempuan dari department handbag, ke department kasut dan ke setiap department yang ada di shopping complex itu. Hati aku pun berbisik jahat, "eleh, tengah sayang, sanggup la bawakan handbag, ikut je..bila dah kahwin anak satu, takde camtu de...."enough said...hehe..

Melihat telatah manusia bershopping memang best! Macam-macam kerenah yang aku dapat tengok. Kalaupun tangan kosong, tapi otak aku tak. Selagi bujang, shopping adalah satu perkara wajib bagi aku. Siapa pun tak boleh bising sebab aku guna duit sendiri. Kerja penat-penat, at least, nak jugalah nampak hasil depan mata, ya tak?? Manalah tahu, suami aku nanti, banyak pantang larang bila tiba bab-bab shopping ni kan..

I really love this time around..can't wait to get my cheque for this month..can't wait to go shopping..again..!!!!!! ;)

4 comments:

Aeryn mummy aiyris zarra said...

can i list my "need" in here for shopping?:
1) I really2 need a braun buffel wallet!
2) cute, comfy shoe from clarks?
3) Ermm, nak shopping baju kerja, leh?
4) Pensel box (really need it sebab dalam handbag dah berterabur pen)
5) er.. another pair of jeans?

ngeeeeee ;)
can i? can ar??

MiSzEniGmA said...

waaaaaaa..pensel box pun masuk senarai soping ye? cayalah min!!

nurul said...

pe lagik...g lah sambung shoppin lagi..huhuhuu

MiSzEniGmA said...

sopin ye? permulaan thn baruku bermula dgn kelembapan ekonomi utk befoye-foye..hihihi