Tuesday, September 8, 2009

F.i.O.N.a '94

Last week, while I was driving to work, I listened to Hot.fm. Nak ditakdirkan Tuhan, lagu "Fiona" sedang beralun jiwang di corong radio..lantas, aku teringatkan hamba ALLAH yang seorang ini..



Kepada: Yus Asmadi, bekas pelajar Sekolah Rendah Taman Tasik (SRKTT), Ampang, Selangor D.E.


Ucapan: Terima kasih kerana mendedikasikan lagu "Fiona" kepada saya pada Hari Kantin SRKTT tahun 1994. Ketahuilah, awak adalah lelaki pertama yang memberi saya sebuah lagu (walaupun bukan awak yang menciptanya & walaupun nama saya bukan Fiona ). Sungguhpun sewaktu saya mendengar nama saya disebut oleh d.j bertugas, saya lari pusing satu sekolah (sebab takut awak cari saya..), tetapi hari ini, saya mampu tersenyum mengingatkan hari itu (hari di mana secret admirer saya tujukan lagu & hari saya tawaf satu sekolah..). Saya sangat terharu kerana awak meminati saya walaupun saya tiada sekelumit perasaan pun pada awak (hilang akal ke darjah 6 nak jiwang karat bagai...). Awak masih meminati saya walaupun saya berambut pendek (saya gunting rambut ala tomboy, semata-mata nak buat awak berhenti meminati saya..). First time awak kacau saya, masa saya training lompat jauh. Sejak dari hari itu, awak memang budak lelaki yang amat saya benci. Meluatnya saya pada awak, hinggakan saya sanggup jalan jauh semata-mata tak nak berselisih dengan awak. Saya diejek teman lain kerana awak. Awak membuatkan hidup saya tak tenteram, bukan kerana saya juga meminati awak tetapi kerana awak tidak tahu berhenti menganggu saya. Saya pernah diberitahu seorang kawan, awak cuba menggantikan tempat saya naik ke pentas waktu perhimpunan, konon-konon menjadi wakil saya untuk menerima sijil kerana saya tak datang sekolah. Sampai macam itu sekali ya, awak suka saya?

Setelah 15 tahun insiden "Fiona", secara open saya ingin memberitahu, sungguhpun saya tidak pernah meminati apatah lagi membalas perasaan hati awak dulu, awak adalah lelaki pertama yang meminati saya. Awak adalah lelaki pertama yang tidak give-up untuk mencuri perhatian saya. Awak adalah lelaki pertama yang begitu daring mengurat saya. Awak lelaki pertama yang sangat cool kerana tujukan lagu kepada saya. Walaupun awak bukanlah lelaki pertama yang berjaya menawan hati saya, tetapi awak adalah yang pertama..

Ikhlas,
NurulHuda Elias 090909

19 comments:

Ainil said...

waahh..bole wat novel chenta! sib baik akak bkn penulis. Kalu tak, mau glamer gak awak..heheh..

MiSzEniGmA said...

glamer ke..?wawawawa..ok ar tu..

crack cracker said...

giler ar.. pengakuan berani mati nie.. pengakuan yang daring...kalau dak tu belom kawin, for sure akan terus masuk meminang kalau baca entry ini..

aeryn said...

yong, ada apa dengan chenta yong? huhu jiwang ar, tapi comel! entry yang best dan berbunga-bunga sekolah rendah.

at least ada gak org minat yong..min? huwaaa takde!

k lah, tu pengakuan berani mati gak tu

MiSzEniGmA said...

shamsul: so far, dak2 yg minat aku dah kawen dah sume..hahahaha

min: jiwang eh..haha..idea tgh semak kat pale ni..maybe ur admirer pemalu kot. xmcm yong pun, tidak tahu malu..huhuhu

aeryn said...

mana ada secret admirer pon kat sekolah rendah sampai menengah.?

tak ada lah..siyes. (adekah dulu tak laku?huwa)

min dah update blog (cewah, macam berlumba pulak dengan yong) ngeeee

smoochyn said...

yong..aku nk gelak la..adkeah ko masih ingt??.hikhik

MiSzEniGmA said...

hahaha..yan, anak che manaf penah bgtau, ingatan aku ni tahap dewa..hahaha..

MiSzEniGmA said...

hahaha..yan, anak che manaf penah bgtau, ingatan aku ni tahap dewa..hahaha..

yun said...

wah...bestnyer citer dia...me pun same lah ngan aeryn...xpenah ader crush mase sekolah rendah n menengah..huhuhuu...xmesra alam lah mase tuh..adoyaii...

Kak Zue said...

entri kenangan mengusik jiwa berkat 090909 ni...:-)

aeryn said...

yun: huwa, sedih la takde secret admirer, kan?takleh wat blog best cam entry kali ni.huhu

MiSzEniGmA said...

my twin + min: aiyo..citer silam ok. mari fokus pada masa hadapan..mariiiiiiiiii!!

kak zue: adui..xsangke plak mendapat sambutan entry ni..kihkih

yun said...

min, u amik khalid jd photographer u kan??...me pun amik dia sbb si yong nih yg citer mase u nk kawen aritu...lame tak dia nk siapkan gamba tuh...sbb me kawen bulan 6 aritu..masuk ni dah 3 bulan tu...u nyer experience camne?..siap tak gambonyer...mase jumpe khalid dulu pun i did mention name u n dia ingt lg...

yun said...

heheheee..twin jgn marah ek tanye min kt page u...peace!!!

aeryn said...

yun: dia memang lambat nak siapkan. kena push.extra push la sebab min punye albumm pun ada satu lagi tak siap. ini boleh mendatangkan angen,huhu

crack cracker said...



توان رومه اڤدات لا بلوڬ..كك..وات انتري بارو..

:P

MiSzEniGmA said...

shamsul: adekah ko nak test jawi aku nih? ko ni buat aku teringat kat cikgu zainal ms darjah 5..eeeeeee...cengir giler~~

p/s: tgu la bile aku ade rs nak update a.k.a jiwa xtenteram..hahahaha

MiSzEniGmA said...
This comment has been removed by the author.