Friday, September 18, 2009

SaLAm AiDiLFitRi

Today is the last day of working. Next week will be a long holiday for me..cis!! The company will be closed the whole week due to Hari Raya. Company "paksa" staff ambil extra cuti..b.s kan?! Ada yang happy sebab cuti lama, ada juga yang macam aku, tak puas hati dengan polisi mesra staff macam ini..erghhh! Ooo..aku bukanlah nak bercerita tentang cuti tahunan aku yang ditolak tanpa izin dan rela, tapi just want to share about Hari Raya. Walaupun aku macam tiada perasaan nak raya, tapi Aidilfitri adalah ganjaran ALLAH untuk kita setelah sebulan berpuasa. Please don't get me wrong, I am happy to celebrate raya, tapi perasaan happy itu taklah sama macam zaman budak-budak dulu...

Dulu masa mak dengan ayah still kerja, every raya, balik Johor. Seingat aku, balik Kedah betul-betul sekali. I was six and baju aku dengan kakak sama kain..haha..yelah, dulu-dulu mana nak tahu complaint kan..I had to admit, raya kat Kedah memang tak best..sebab sepupu-sepupu semua dah besar, tak ada yang sebaya aku. Tiada sebarang aktiviti collect duit raya dari rumah ke rumah kat sana. So, as a kid, memang bosan la kan..it was all different kalau balik Johor. Sepupu sebaya ramai. Selalunya sehari or dua hari sebelum raya, kitorang balik Johor. Pagi raya kitorang gathered kat rumah Atok, then lepas tu, semua ke rumah makcik aku, makan laksa johor. Itulah tradisi anak cucu arwah Hj. Mohd Ari satu masa dulu..sekarang, aku tak pasti sama ada tradisi ini masih wujud..well, not that I care anyway..

As time goes by, aku pun tak berapa nak balik Johor beraya. Aku lebih suka beraya di Ampang, rumah mak aku sendiri. Save me all the drama from all the drama kings and queens from my father's side. Family aku memang tak besar, tapi bila dapat berkumpul dengan famili sendiri on the first hari raya, it made me feel happy. Start 2004 onwards, aku beraya di Kedah. The feeling was totally different from the first time. Aku rasa seronok sangat dapat balik sana. Erti raya itu sendiri sangat bermakna sebab aku dapat beraya dengan saudara-saudara sebelah mak yang aku tak pernah kenal. Aku dapat melihat kemesraan dari diorang walaupun itulah pertama kali kami berjumpa. Mak is well known sebab siapalah tak kenal arwah nenek aku..kalau diorang tengok aku pun, diorang boleh teka aku anak siapa..ngeee..Seronok dapat tengok arwah nenek berborak dengan adik dia, Tok Njang. Kami diberi layanan yang superb..sebab yelah, kitorang kan jarang balik..sesekali balik, macam tulah treatment diorang pada kami sekeluarga, Alhamdulillah. Rasanya, 2004 was the best raya of all time..

Berbalik pada isu aku tiada perasaan tadi..bila arwah nenek meninggal, raya aku dah tak sama macam tahun sebelumnya. Selalunya, lepas sembahyang raya, kami terus balik rumah. Tapi, sekarang, dari masjid, kami terus ke kubur arwah nenek. Petang sehari sebelum raya, aku dengan arwah akan bungkus ketupat palas and she will made comment about how my ketupat looked like. Aku cakap, "ala, asal boleh makan dah ar..(aku memang suka cari pasal dengan arwah nenek..muahaha)". Pagi raya, aku yang layan nenek aku..siapkan dia, hidangkan makanan dia (1 mug air teh+ketupat palas+gulai daging). Bila turn cucu dia yang tiga orang ni minta maaf, "ya lah..nenek ampun dosa hangpa semua..(aku la yang banyak dosa tu ..ngeee..). Alhamdulillah, nenek sempat rasa duit raya dari aku. Tapi, pagi raya 2005..semuanya lain. The first year raya without her was so hard. Tak dengar dah suara kuat aku panggil arwah nenek suruh dia makan. Tak ada lagi usikan aku pada arwah minta duit raya. Sedih sangat bila first time ziarah kubur arwah nenek. Although it's getting easier going there, but the feeling remains the same..



The following year, beraya tanpa arwah abang mie (my brother in law). Pagi raya itu, sunyi sangat rasanya. Tiada lagi kelibat arwah dengan video cameranya. Tak dapat tengok dia berselera makan masakan mak dan akak. Tak dapat tengok dia berwarna sedondon dengan akak. Tak dapat rakamkan gambar dia dan famili. I still miss my brother in law, sebab dia antara manusia yang paling baik pernah aku kenal. Tapi aku tak dapat bayangkan kerinduan parents dan adik beradik arwah beraya tanpa dia. Anak-anak buah aku masih kecil waktu dia meninggal. Mungkin tak banyak kenangan raya bersama arwah yang diorang ingat..Nabil and Najwan mungkin akan recall memories that they had with arwah, tapi Najmi, he was only 8 months old then..Aidilfitri tanpa abang mie, tak pernah dan tak akan serupa sampai bila-bila pun..

Ketiadaan dua insan ini antara faktor aku tak rasa nak celebrate raya di samping faktor-faktor lain. This year, is the worst sebab mak aku tak nak balik Kedah plus aku dipaksa cuti! So, tak dapatlah aku nak beraya dengan Tok Njang (she reminds me a lot of arwah nenek..). Aku ingat, time raya ni, bolehlah aku keluar dari Kl for few days..away from everything and everyone..unfortunately, I'm stuck here..! Tidak tahu dan tidak boleh berfikir bagaimana mahu mengisi hari-hari cuti yang dipaksa itu..I hope, I wil figure something out..

Sebelum aku menoktahkan entry kali ini, I wish all of you..


No comments: