1) Resam manusia pelbagai
2) Tak semua manusia menyenangkan hati kita
3) Kadang-kadang ramai yang menyakitkan hati daripada yang menyenangkan
4) Itu adalah lumrah kehidupan, fitrah manusia
5) Seharusnya, kita menerima kelemahan serta keburukan sesama insan
6) Aku juga seorang manusia yang mungkin lebih banyak buruk dari yang baik
7) Yang adakala lebih mementingkan diri sendiri
8) Kerana yakin aku lebih mengenali siapa aku
9) Mungkin kerana ini, aku tidak layak menilai
10) Keburukan ataupun kebaikan manusia lain
11) Kerana aku juga sedang dan sering dinilai
12) Oleh manusia-manusia yang aku sedia maklum ataupun yang baru belajar mahu mengenali
13) Nilailah aku semahunya, hukumlah aku seadanya
14) Atas tiket sesama manusia
15) Kerana, siapalah aku untuk menghukum engkau..dan siapalah engkau untuk menilai aku
16) Penilai dan hakim hanyalah satu..DIA yang Maha Esa, Maha Mengetahui atas segala sesuatu
17) Seandainya penglihatan, pendengaran dan pemikiran manusia itu mampu menembusi manusia yang lain, mungkin hukuman dan penilaian sesama mereka lebih dahsyat dan tidak saksama
18) Subhanallah, sesungguhnya KAU Maha Adil atas segala-galanya -amin-
2 comments:
Terima kasih. sama2 kite ingt mengingatkn
ye2..together forever la kite ye kak ainil :)
Post a Comment