Tuesday, December 15, 2009

S.E.m.a.N.G.A.t

Sememangnya aku rindukan, kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu, dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala..mengatasi segala yang dijuang

Sebenarnya hidup di sini, arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba, entah bilakan masanya
Selagi nafas terlekat di rongga..selagi langkah terus diperjalanan

Manusia punya hakikat, punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri..untuk apa dipersembahkan kepada..

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul, berkata ego menepuk dada..

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa meronta-ronta..

* ada semangat yang sudah mati, tetapi aku sedang mengumpul segala semangat yang masih ada kerana ALLAH masih memberi nyawa untuk diteruskan*

4 comments:

Kak Zue said...

Teruskan usaha mengumpul semula semangat yang hilang. Semangat kak zu pun selalu mudah hilang...

jebatkaseh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aeryn said...

wah, ni yong punya nukilan kah? niceeeee

MiSzEniGmA said...

min, sejiwang-jiwang yong kan, masih blm mampu menulis nukilan seindah ini..huhuhuhu..lagu xpdc la..hahahaha

thanks kak zu :)