Monday, December 7, 2009

TaTa 2009

Disember berbaki 24 hari saja lagi. Rasanya macam baru buat azam 2009, dah nak kena renew balik..hahaha..So NurulHuda, what's been happening to you this year? Mai sini nak ceghita bagi muahahaa...

I have a new job. Alhamdulillah, doa dari last year mungkin, termakbul jua. Suasana bekerja yang sangat berlainan dari tempat terdahulu, namun bebanan dan rasa stress bekerja tetap ada. Adat bekerja, mana-mana pun sama. Buat pertama kalinya, aku jarang cuti, walaupun cuti aku banyak. Probation sampai enam bulan, jadinya aku cuba untuk tidak mengambil sebarang cuti selagi tak habis duration itu. Buat pertama kali jugalah, aku terpaksa menanggung backlog yang agak banyak..aku rasa risau sebab banyak sangat perlu diselesaikan. I need to learn fast and at the same time, I need to settle the backlog as much as possible. Selama berada di alam kerjaya, tak pernah aku masuk meeting. Sekarang, pantang ada problem, meeting, nak update, meeting..hmm..on the positive side, I got to learn, right? Alhamdulillah, berjaya jadi permanent staff, berjaya belajar memahami selok belok buat kerja sekaligus bercuti buat kali pertama..hahaha..Kesimpulannya, aku masih ada lima hari cuti yang perlu dihabiskan. Ya, masih mencongak-congak bila hendak menghabiskan cuti-cutiku itu.

Aku dapat kenalan baru, yang pelbagai ragam dan personaliti. Kadang-kadang, kita tak sangka orang macam itu, macam ini, wujud..tapi hakikatnya memang ada. Ya, di sini, aku terpaksa berhadapan beberapa orang yang perasan bagus dan tiada budi bahasa. Ini bukanlah kali pertama berjumpa manusia begitu, tetapi rasa meluat yang teramat bila ternampak muka-muka golongan sedemikian. Syukur, bukan semua warga kerja di sini buruk perangai. Ada yang ok. Jadi sudah tentulah aku berkawan dengan yang ok-0k sahaja, betul tak? Aku kembali aktif bersukan since kerja sini (aktif la sangat..hahahaha). Kiranya, ada saja aktiviti yang aku boleh join..so, my life is not so boring (hey, my life is never boring la..dush2). I'm having fun here..memang kerja banyak, letih tapi bila dapat buat aktiviti riadah dengan member-member after the office hours, hilang jugalah penat / stress kerja..hahaha

Jadi sekianlah sudah cerita aku untuk 2009. Hmm..tak banyak rupanya ya..hahaha..maybe, just maybe my life is boring after all..hahahahahaha..Sewaktu singgah di blog seorang teman, dia mengharapkan sinar cerah di bulan Disember..aku mendoakan dia dapat melalui hari-hari di bulan Disember dengan tenang (amin). Aku pula mengharapkan 2010 lebih baik dari tahun ini..dan aku berdoa agar aku masih mendapat keberkatan, lindungan & petunjuk dariNYA (amin).

~~ tHe EnD~~

p/s: i had a crush this year..sampai bila nak live in denial kan?hahahaha

4 comments:

yun said...

hopefully u n me dpt 2010 yg bright2...amin....ha..asik crush jer...bile nk betul2 nih...hheheheee...jgn marah ye..nanti kena jual...:p

MiSzEniGmA said...

twin..mule2 crush, pastu crash..erk?! cam lagi horror je..hahaha..insyaAllah..aminnnnn :)

Anonymous said...

terima kasih kerana turut mendoakan bulan yang cerah untuk aku, si qaseh hitam...motif???? ada crush... :P

MiSzEniGmA said...

welcome & it sucks ok :p