Tuesday, March 9, 2010

AkU KeRjA..kErJa AkU

Adakah aku terlalu berdikari a.k.a ikut kepala sendiri, tak reti bekerja dalam kumpulan ataupun tak tahu memberi arahan bila perlu?


Mungkin, kesemua di atas..


Pada aku, selagi aku tak menyusahkan kerja orang, orang jangan susahkan kerja aku. Buat baik, balasannya baik, buat jahat..sendiri mau ingat la kan..


Sekadar berkongsi info, ini adalah pekerjaan aku yang ke-4. Job scope tak sama langsung dengan tugasan-tugasan terdahulu. Kali ini, cabaran kerjanya agak berbeza. I'm being assigned in "Legal & Government Liaison", previously known as "Legal & Corporate Secretarial". I'm being in-charged with the tenancy agreement. Aku, yang hanya ada Diploma in Office Management & Technology a.k.a Secretarial Science, buat kerja-kerja yang berkaitan dengan law..at first, I didn't bother much tapi sekarang...


Selagi hidup, kerja semakin menimbun. Situasi yang sama tak kiralah dalam mana-mana organisasi. Pandai-pandai sendirilah macam mana nak survive. Sana sini orang canang, "team work", "working as a team", "my team"..team, team, team tapi aku tak rasa pun macam tu. Yang aku nampak sikap lepas tangan, sikap mengarah yang tak kena tempat..kalau orang-orang itu, ahli lembaga pengarah, aku kisah la juga..tapi kalau setakat tinggi sikit dari aku, buat menyampah je..


Sedia maklum, aku tiada background legal. Setakat ambil subject "Business Law" masa part 6. Bab-bab law, mana boleh buat main, ye tak? Silap fakta, silap angka, silap cakap.."saya saman court dalam...". Jadi, orang berpendapat, segala isu, boleh settle kalau unit legal masuk campur. Kebiasaannya, penyelesaian melalui undang-undang adalah proses terakhir. Bukannya senang-senang kita boleh ambil tindakan, ye tak? Mungkin juga, kerana sudah lama tidak bekerjasama dengan unit-unit lain, aku rasa sedikit janggal. Sekarang, aku kena co-ordinate dengan department lain. Unit lain, kena bagi aku instruction, baru aku boleh proceed. Tapi kadang-kadang, bila satu-satu kerja itu pending kerana orang lain, secara langsung, kerja aku pun kadang-kadang sangkut juga..Aku yang memang tersohor bab-bab tak reti nak sound orang ni, akan sangat emo bila situasi begini berlaku. Bertambah emo, bila mana orang yang buat kerja aku pending tu, datang balik pada aku dan tanya, "nurul, ape citer eh.....?", "nurul, kenapa surat tak kuar lagi?", "kenapa unit ni tak open lagi?".."Kenapa kau tak check dulu status from your side, before tanya aku macam-macam?" (bestnya kalau aku boleh cakap camni).

To me, it is all about attitude..attitude towards your work, your co-worker. Kalau semua orang nak jadi bos yang tahu mengarah sahaja, so, siapa yang nak buat kerja? Jangan jadikan seniority sebagai alasan korang nak besar kepala, cakap tak guna akal..Seorang senior, patut tunjukkan contoh yang elok, bijak..dah nama pun senior. Selama mana nak bangga dengan pangkat?

Mungkin, aku akan lama di sini. Kerja-kerja yang sedia ada, mungkin akan menjadi rumit, kalau aku tak pandai nak co-operate dengan orang lain. So NurulHuda, pandai-pandailah nak hidup ye..

5 comments:

kak zu said...

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...( sedapkan hati sendiri gak ni...ihiks)

MiSzEniGmA said...

ye benar kak zue..kalau nak tu, sure ade je cara nye kan :)

Kak Ainil said...

kdg2 kalau org tu dah rasa dia lebih pandai a.k.a bijak, kita yg kena mengalah? eh..bkn mengalah. bagi muka ke? tak sesuai..bagi hadiah! hehehe

MiSzEniGmA said...

apekah motif komen akak ni..?haish!

MiSzEniGmA said...

apekah motif komen akak ni..?haish!