I miss updating my blog..not that I have plenty of stories to share..but I just miss my own blog.
Alhamdulillah, setakat sebelas hari berada dalam bulan Mei, hidup aku berjalan lancar. Well, there were a few "road-blocks" but its normal,kan? Aku amat berharap, sebuah pengakhiran yang tenang dalam bab hidup aku untuk bulan ini (amin).
Semalam waktu lunch, aku nampak dua orang pekerja sedang membersihkan rumput, mencantas pokok..terdetik di dalam hati, "mesti diorang ingat best kalau ada kat tempat aku..keje bawah air-cond, selesa..tapi aku rase, aku sanggup gak tukar tempat ngan dorang, at least, tak payah attend meeting, jawab phone calls, kejar dateline...". Manusia melihat sesuatu itu dari perspektif yang berbeza,kan?
Aku sebagai contoh, adakala menginginkan sesuatu yang belum tentu sesuai apatah lagi terbaik buat aku. Sesekali cuba membanding beza kehidupan ini dengan orang lain. "Hai la NurulHuda, bukankah apa yang kamu ada sekarang, ketentuan yang terbaik dari ALLAH swt?..sentiasalah berprasangka baik ke atas setiap sesuatu yang telah termaktub di dalam kitab kehidupan kamu ya NurulHuda.."..ya, always have and always will be..
"Kalau sudah begitu, kenapa masih ada persoalan dan perbandingan? Jalanilah kehidupan ini seadanya NurulHuda..bukankah kita sudah sama setuju?"Ya..ya tahu..anggap sajalah aku melayan perasaan di kala bosan..baru persoalan serupa itu timbul. Bottom line, I am grateful for everything I have and for everything that I do not have..
InsyaAllah, you will have a great life ahead NurulHuda..never give-up,ok!.."baek!!!!".
2 comments:
kadang2 kita tengok orang kaya, kita pon nak kaya, sebab dapat beli apa2 je yang kita nak..
kadang2 orang kaya tengok kita, dorang teringin jadi kita sebab takyah risau kena rompak kena kidnap dan etc..
macam tu la kehidupan.
kalau nak puas dalam hidup, min rasa kita kena berhenti, pandang sekeliling yang kita ada dan hargai apa yang kita ada.
kita akan rasa puas sepuas2nya.
jangan la kita bandingkan diri kita dengan orang yang bernasib lebih baik,
tapi bandingkan dengan orang yang bernasib kurang baik dari kita..
well said my fren :)
Post a Comment