Wednesday, November 16, 2011

DuniA kiTA bErBeza

Oho..no no no..ni bukan lagu rozita izlyn (ya, aku still ingat nama & penyanyi lagu tajuk di atas ok..~~) tapi lagu too phat ft ct. Rasanya lagu ni kisah cinta celebrity la kot..aku bayangkan lagu ni untuk mamat-mamat dari golongan kebanyakan yang nak usha ct tu..yela, suatu ketika dahulu, ct tu lambang wanita idaman lelaki..sekarang ni siapa ye? neelofa, lisa surihani mungkin..haha (aku pun xtau motif aku include nama-nama celebrity kat blog aku ni ha..aduinye pun..). Aku sangat suka lirik lagu ni..no doubt too phat is the best hip hop group in Malaysia y'all -peace-

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Duka di kala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabarlah menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza...

Perjuangan seni kita tidak bepenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Kesabaran menikam Kau tak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Kata apa sahaja...iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi tapi kesudah indah
Harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang.....

HujAn LeBat

Tajuk tiada kaitan langsung dengan isi perut entri kali ini. Time aku update blog ni, hujan tengah lebat..aku yakin, di penghujung entri ni, sure aku tak tahu nak letak title apa..so, untuk save kan masa, aku letak title siap-siap. Padahal, aku tak tau apa yang nak diblogkan pun.

Ok, so..mungkin aku tau..tapi erm..that can wait~~

Thanks to my bff, aku dapat satu blog yang sangat brilliant, sempoi dan lawak! Walaupun ayat dalam entrinya hanya 3 baris, aku boleh gelak sama macam aku gelak tengok Edisi Khas aduinye pun~~

Tiba-tiba aku jealous..cemburu pada bakat dia. Kalau pun penulis tu cantik setaraf dengan lisa surihani sekalipun, aku peduli apa..coz ramai lagi perempuan lawa atas muka bumi ni..aku salah sorang..bwahahaha(selepas beberapa sesi diskusi bersama dongsaeng ku, aku yakin..penulis blog best tu seorang Hawa).

Aku belum tentu dapat buat entri macam dia (kau belum cuba kan?..ya, tapi cam yakin memang xdapat la nak buat cam dia tu~~). Idea dia sangat banyak. Susunan ayat dia simple tapi sarat unsur jenaka. Sesuai la buat bacaan kalau sedang tension, mengantuk..sesuai untuk orang macam aku yang tak boleh nak tengok ulangan Edisi Khas di Youtube kat ofis..(Youtube kena block sebab squidword [camni ke eja nama watak yang anti kat spongebob tu hah?] report kat bos no 2 besar).

Cik blogger, aku suka karya kamu. Aku akan cuba mengikuti tulisan kamu ya :)

p/s: kalau kamu nak jadi Faizal Hussein, aku boleh kenalkan dengan ex-bos aku yang aku gelarkan Kuzi (bf Roy dalam Gila-gila remaja)..sebab ex-bos aku ni rendah & gelap orangnya..sejibik cam Kuzi..hehe

Tuesday, November 15, 2011

HaRi Ke-15

Seawal pagi 15 November 2011 dimulakan dengan perasaan jengkel. Emo dek kerana permintaan semalam. Persoalannya, kenapa mesti aku annoyed hari ini dan bukan semalam? "Kenapa kamu selalu macam ni NurulHuda??".."ntah la, memang aku sengal sket kadang2"~~

As i told you people in my last entry, i haven't update my blog for quite sometime. Kontang idea mungkin. Pernah terfikir nak kuburkan saja alam maya tempat aku meluah rasa ini, tapi aku suka menulis, suka merapu di sini. Mungkin ajal kamu belum sampai wahai blog ku sayang :)

After reading one of friend's blog, dengan tak sengaja..aku dapat ilham. Lancarnya dia meluahkan rasa. Kata-katanya menyedihkan, tapi bahasa yang digunakan sangat indah. Dia tidak berselindung kerana mungkin dia mahu individu itu tahu emosi sebenar yang dialaminya.

Ada waktu dan ketikanya, aku melempiaskan emosi terpendam di sini..tapi tidak sepenuhnya. Aku mahu mengosongkan hati dan fikiran dengan berbuat demikian tapi sebahagian dari diri aku belum mahu berkongsi kisah dengan kalian. Malu mungkin...~~

Sudah lama aku amalkan konsep masalah sendiri, selagi boleh digalas, tak perlu dibahagi-bahagi kepada orang. Sudah itu bahagian aku..mungkin bahagian orang lain lagi besar..so, kenapa mesti dikongsi bersama yang lain? Selagi airmata yang keluar bukannya airmata darah, tak perlulah ajak yang lain menangis sama kot, kan?hahaha~~

Jujur aku cemburu membaca / mendengar luahan orang. Kenapa begitu senang mereka bercerita? Kenapa aku tidak begitu? Tanyalah teman-teman rapat, cerita aku seringkali tergantung..ada pembuka, pertengahan tetapi penutupnya hanya aku yang tahu..bukan mereka tidak layak untuk tahu kesudahan cerita itu tetapi kalau boleh aku hanya mahu berkongsi cerita-cerita gembira sahaja bersama mereka..kalau kesudahan cerita itu sebaliknya, cukuplah aku yang tahu.

Entri di sini bukannya fiksyen. Ianya cerita benar. Cuma tak semua watak aku dedahkan. Siapa orangnya, tak perlulah aku disclose..tak elok buka aib orang (ye, ada entri aku yang sangat emosi..maaflah, aku hanya manusia~). Kisah-kisah aku di sini mungkin biasa saja..tapi ketahuilah, bukan senang untuk berkongsi cerita. Niat hanyalah untuk memberi sedikit ruang kepada hati dan otak..supaya mereka tidak sakit, kerana kalau mereka sakit, aku mungkin tidak boleh berfungsi sepenuhnya.

Kalau ada yang boleh dimanfaatkan, Alhamdulillah..kalau tiada, anggaplah sebagai bacaan senggang di waktu bosan. Mungkin akan ada entri seterusnya selepas entri ini..kerana objektif blog ini ialah untuk aku berkarya kreatif mengikut hati. Kalau ada entri yang konon-konon "misteri", anggaplah ianya special edition buat korang semua ;)

Friday, November 11, 2011

I'm BaCk :)

Annyeong!!!!!!!!!!!!!!! Aku rindu kamu wahai blog!!!!!!!!

Kenapa aku lama tak update blog? Alasannya adalah seperti berikut:-

1) busy la..kerja banyak~~
2) tiada topik hangat lagi sensasi nak dikongsi~~
3) tak berapa rajin..ye dalam bahasa pasarnya kita kata..malas!hahaha

But seriously, i miss updating my blog. I miss telling / sharing my stories with all you beautiful readers..cewah..haha~~ Not only here, I don't really "talk" with my diary as often as i used to..my blog and my diary, they are my companion..and yes, my bestfriends as well..but for those who don't know, i'm not really good at telling my stories face to face..hehehe..sebab tu kadang-kadang aku suka update blog & tulis kat diari.

Or is it maybe aku kembali menjadi aku di usia belasan tahun..di waktu itu, aku amat privasi dan suka menyendiri. Mungkin..dengan perangai dan sikap aku, segalanya mungkin..hahaha..fear not, i will update you with the real story next time, insyaAllah..till then, take care~~