Seawal pagi 15 November 2011 dimulakan dengan perasaan jengkel. Emo dek kerana permintaan semalam. Persoalannya, kenapa mesti aku annoyed hari ini dan bukan semalam? "Kenapa kamu selalu macam ni NurulHuda??".."ntah la, memang aku sengal sket kadang2"~~
As i told you people in my last entry, i haven't update my blog for quite sometime. Kontang idea mungkin. Pernah terfikir nak kuburkan saja alam maya tempat aku meluah rasa ini, tapi aku suka menulis, suka merapu di sini. Mungkin ajal kamu belum sampai wahai blog ku sayang :)
After reading one of friend's blog, dengan tak sengaja..aku dapat ilham. Lancarnya dia meluahkan rasa. Kata-katanya menyedihkan, tapi bahasa yang digunakan sangat indah. Dia tidak berselindung kerana mungkin dia mahu individu itu tahu emosi sebenar yang dialaminya.
Ada waktu dan ketikanya, aku melempiaskan emosi terpendam di sini..tapi tidak sepenuhnya. Aku mahu mengosongkan hati dan fikiran dengan berbuat demikian tapi sebahagian dari diri aku belum mahu berkongsi kisah dengan kalian. Malu mungkin...~~
Sudah lama aku amalkan konsep masalah sendiri, selagi boleh digalas, tak perlu dibahagi-bahagi kepada orang. Sudah itu bahagian aku..mungkin bahagian orang lain lagi besar..so, kenapa mesti dikongsi bersama yang lain? Selagi airmata yang keluar bukannya airmata darah, tak perlulah ajak yang lain menangis sama kot, kan?hahaha~~
Jujur aku cemburu membaca / mendengar luahan orang. Kenapa begitu senang mereka bercerita? Kenapa aku tidak begitu? Tanyalah teman-teman rapat, cerita aku seringkali tergantung..ada pembuka, pertengahan tetapi penutupnya hanya aku yang tahu..bukan mereka tidak layak untuk tahu kesudahan cerita itu tetapi kalau boleh aku hanya mahu berkongsi cerita-cerita gembira sahaja bersama mereka..kalau kesudahan cerita itu sebaliknya, cukuplah aku yang tahu.
Entri di sini bukannya fiksyen. Ianya cerita benar. Cuma tak semua watak aku dedahkan. Siapa orangnya, tak perlulah aku disclose..tak elok buka aib orang (ye, ada entri aku yang sangat emosi..maaflah, aku hanya manusia~). Kisah-kisah aku di sini mungkin biasa saja..tapi ketahuilah, bukan senang untuk berkongsi cerita. Niat hanyalah untuk memberi sedikit ruang kepada hati dan otak..supaya mereka tidak sakit, kerana kalau mereka sakit, aku mungkin tidak boleh berfungsi sepenuhnya.
Kalau ada yang boleh dimanfaatkan, Alhamdulillah..kalau tiada, anggaplah sebagai bacaan senggang di waktu bosan. Mungkin akan ada entri seterusnya selepas entri ini..kerana objektif blog ini ialah untuk aku berkarya kreatif mengikut hati. Kalau ada entri yang konon-konon "misteri", anggaplah ianya special edition buat korang semua ;)
2 comments:
nurul...kan ke rambut sama hitam tapi hati lain2. sebab tu ada yang berani cerita, ada yg simpan. To me, akak cerita je sbb my readers are my fren. Selective readers only. Tp yg tak berapa nk selective tu namanya dia penyebok!- Kak ainil
betul la kak ainil.lagipun bape kerat je la yg tau psl blog sy ni kan..haha
Post a Comment