Saturday, June 27, 2009

SuCcESs

Bagaimana kejayaan seseorang itu diukur? Mesti jawapannya sangat subjektif, kan? Depends on your opinion..i'm here just to ask and share my own point of view.

Ok, kalau student, tentulah kejayaan diukur dengan result yang cemerlang. Straight A's, dean's list, best student. Kejayaan terbesar apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Phd. Ibubapa mana yang tak bangga kalau ada anak yang scorer macam tu kan?

Perempuan dan lelaki berkerjaya, kejayaan dinilai dari segi apa pula? Kenaikan pangkat, salary increment atau ada office sendiri? Aku rasa, semua pilihan di atas. Yelah, siapa yang tak nak naik pangkat, gaji berubah angka plus your own space! Mungkin itulah idaman semua orang bila melangkah ke alam pekerjaan. Honestly, I sure like to have my own office..haha..

Adakah kehidupan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala kemewahan itu merupakan satu kejayaan yang amat besar? Kemampuan memiliki beberapa buah rumah, memandu kereta berlainan jenis serta bercuti ke luar negara di setiap penghujung tahun. Adakah ini menjadi satu garis pengukur kejayaan seseorang individu? Adakah memiliki semua ini barulah boleh dianggap berjaya dalam hidup?

So, if I don't have a Phd, am I a failure? If I'm just the Administrator until the age of 50, am I a failure? If the only house that I have belong to my mother and the only car that I'll be driving is my cute baby kelisa, does that make me a failure? I am certainly not. Like I said, my answers and yours could be differ.

Kejayaan itu sangat subjektif. Terpulang pada pandangan umum. Kalaulah student yang dapat berbelas A baru kita boleh consider berjaya, yang setakat dapat dua or tiga A itu, gagallah ye? So, yang tak dapat A langsung, kita nak kategorikan as what? Kalau selama berkerja, pangkat tak pernah naik, gaji tak pernah bertambah, takkan semudah itu kita nak menilai orang itu gagal dalam hidup? Salah ke kalau orang tu, suka dengan job title dia? Bersyukur dengan gaji bulanan yang memang tak setimpal dengan kos sara hidup. Sounds too good to be true, kan? Who knows, mungkin ada orang macam ini, cuma aku ngan korang tak berpeluang mengenali manusia jenis ini.

Bukan susah nak berjaya. Aku tak cakap pasal kejayaan dari segi pendidikan mahupun ekonomi. Kejayaan sebagai manusia. Actually, hari-hari kita ni jadi manusia yang berjaya. Aku tak nak cakap pasal kejayaan korang, you should know better, kan? Apa yang korang dah achieved seharian dalam hidup..baik di rumah ataupun di pejabat. Mesti banyak. Try la fikir ok!

Aku anggap diri aku berjaya, bila aku lulus s.p.m. Despite what my father said to me, I've proved him wrong! (oh, aku tidak membenci ayah sendiri, tapi dia memang torture mental aku sepanjang aku jadi budak sekolah..). Sekali lagi, bila aku berjaya menghabiskan tujuh semester di uitm. Kejayaan itu sangat best sebab masa semester akhir, aku kerja part-time. Dalam tak sedar, aku berjaya membahagikan waktu untuk study dan cari duit. Mungkin korang tak rasa perkara itu such a big deal but it was to me..Aku berjaya menempuh lapan bulan yang macam puaka on my first real job! Berdepan dengan tanggungjawab yang agak besar (considering that was my first experience!). Mengharungi hari-hari bekerja dengan perasaan yang sangat stress dan membosankan! Ingat senang nak stay kerja situ bila hari-hari aku stress, tension..but somehow, I managed to stay even it was only eight months! Aku berjaya merubah personaliti aku yang amat pemalu to become someone yang lebih friendly. I must say, I am blessed with the new me, untill today..Alhamdulillah! Aku berjaya melupakan lelaki yang buat aku terfikir about my future. It was a tough battle, but I survived. Aku berjaya walaupun aku menangis macam he was the only guy on earth..in the end, I won and that's all that matters.

Well, itu antara contoh kejayaan besar yang dah aku capai. Kejayaan kecil, bila aku berjaya beat the setan untuk bangun subuh..haha..nampak kecil kan, tapi besar pahalanya, insya-ALLAH..Since aku start kerja baru, aku aktif sukan. Just imagine I was the only female in the volleyball team. Kira aku berjaya la kan, be part of something walaupun aku taklah terror..hahaha..Next week will be my six months working at the new place. I'm still under probation and Alhamdulillah, sepanjang tempoh probation, aku belum ambil cuti. Itu pun satu kejayaan juga ok. Aku tak pernah lagi kerja direct macam ni. Kalau aku confirm on time, that will be my biggest achievement this year! Insya-ALLAH, -amin-

Besar atau kecilnya kejayaan seseorang itu, bergantung pada diri individu itu sendiri. Mungkin orang lain fikir, kejayaan kita itu kecil tapi besar ertinya pada diri kita. Mungkin kita rasa, kejayaan kita itu tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kejayaan orang lain..tapi ingatlah juga, bukan semua orang boleh dapat kejayaan macam kita. Don't look down on yourself. People will do the same to you..tak kira sekecil mana pun kejayaan kita, be grateful for it..because each and everyone of us is extraordinary :)

note:yesterday, I did a duet in front of everyone..e.v.e.r.y.o.n.e!! Satu kejayaan yang quite big to me..sangat bangga dengan diri sendiri :)

7 comments:

Kak Zue said...

huiyooo ..berduet?? kalaulah ada org post kat youtube ..success jugak tu nurul..ehehhe. Anyway, asal kita bahagia..success juga walau apa juga tahap kejayaan kita yg kita capai..kita ukur dgn kayu pengukur kita..bukan dgn kayupengukur yg org lain pakai. Err...logik ke apa yg akak cakap ni? ihiks..take care.

smoochyn said...

okay..tabik spring from me to my dearest fren..ahhaha...yup..ignore wut others said about our achievement, as long is we didnt troublesome any1.heheh..

MiSzEniGmA said...

hoyeah2..betul2..we live by our own rules..thanks kak zu.. :)..thanks yan muah2.. :)

Benedict Bernard said...

amboi makcik, sekali tulis fanjang lebaaaaaaaaaaaaaaaaaaar.

Nak komen panjang, tapi kat opis nie... lagi mengulor.. so just pay a visit je lah..

Happy Working ya!

MiSzEniGmA said...

cis..alasan :p

thanks pokcik ben :)

Ainil said...

Jika teringat ttng dikau...jauh dimata dekat dihati...lalalala.. :D

MiSzEniGmA said...

amacam, sodap tak sora sy??hahaha