Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amal, betul tak? Bulan untuk kita menginsafi diri, betul tak? Bulan yang menguji kita sebagai hamba ALLAH swt, betul tak? Ramadhan juga adalah bulan untuk kita mensyukuri segala nikmat & rahmat yang dikurniakan ALLAH swt. Oleh itu, sempena bulan Ramadhan dan juga Syawal yang bakal menjelang, aku dengan jayanya membuat senarai, "Aku Bersyukur Aku Masih Bujang". Senarainya adalah seperti berikut...
1) Tak payah kejut suami bangun sahur
2) Suka hati nak bangun sahur ke tidak
3) Tak payah masak juadah berbuka untuk suami
4) Tak perlu panaskan makanan untuk suami bersahur
5) Tidak perlu tergesa-gesa pulang ke rumah untuk menyediakan juadah berbuka
Ini antara senarai yang aku dapat fikirkan untuk bulan Ramadhan, bulan Syawal pula...
6) Tak perlu bajet duit raya untuk anak penakan/sepupu sepapat/pakcik makcik sebelah suami
7) Tidak perlu runsing memikirkan apa yang hendak dibeli untuk mak + pak mentua
8) Tidak perlu memakai baju raya sedondon
9) Tak perlu beli baju raya anak
10) Tidak perlu berdiskusi / berkompromi nak balik kampung siapa
11) Boleh shopping sakan tanpa perlu meminta izin suami
12) Tiada dosa pada suami yang perlu dimaafkan di pagi raya
Nota: Senarai ini bukanlah bermakna aku tidak mahu kahwin. Sekadar mensyukuri nikmat hidup sebagai orang bujang. Aku hanya perlu memikirkan diri sendiri + mak ayah aku sahaja. InsyaAllah, kalau aku kahwin, senarainya lainlah pula kan.. :)
13 comments:
akak suka yg no 8 tu! kenapa la nk kena pakai sedondon. boring betul.kalau tak sedondon tak ada semangat kefamilyan ke?
hahaha..amik berkat kempen "1 Malaysia.."..
cita rasa masing2 berbeza ..ehehe itu pasal ada yg suka sedondon ataupun walau tak sedondon tapi matching color.
enjoy!
kak zue: btl gak tu..tp bosan ar same kaler..haha
min: sedang enjoy ni..hehehe
eh afdal tau kejut suami berpuasa.. hehe..
pokcik ben: ye2..nti sy kawen sy kejut ye..mekaseh!
amboi2...smpi ke situ skali di pikirnyer...yelah..sume org akan mangalami fasa tu...tinggal lambat or cepat jer...nanti bila u dah rase baru tau..best sebenarnyer...ihikss..
eleh..still dlm mood hanimun la tu.. :p
ai. pokcik ben lain maca je?
ai min, apekah maksod?
maksud min adelah....hehehe baik amin kan je setiap perkataan baik yang kuar dari mulut..huuhu ha balas gak komen yong ni
min: ade lagi serpih2..so, err..hmm..arghhhhhh
Post a Comment