Tuesday, July 22, 2008

Me..A mOTher..??

Idea untuk entry kali ini, aku dapat lewat Jun yang lalu. Pada suatu petang ketika aku baru pulang dari kerja, najwan dan najmi sudah sedia menanti di muka pintu. "Ucu, malam nanti ucu buat roti telur..". Err, was it a request or an order? Aku hanya melihat muka kedua anak itu..finally, "ucu baru balik la..penat pun tak hilang lagi!"..(err..pitch agak tinggi ketika itu..hihi).

While i was preparing the roti telur, i asked myself a question, "macam mana la kalau aku ada anak nanti?". Ya, aku belum pernah melahirkan, suatu hari mungkin (insya-ALLAH). Apakah aku akan memberi jawapan dengan nada yang sama pada anak aku nanti? Akankah aku bersabar dengan segala permintaan si anak, walau sisa kepenatan masih berbaki? Persoalan utama, dapatkah aku menjadi dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan penuh kasih sayang serta keikhlasan?


I can consider myself as lucky for being the youngest. Eventhough i don't have any younger sister or brother, i have the experienced handling kids. When nabil was born, i was so excited to have a baby in the family. I watched him growing up..until today! Proses itu sangat seronok. Dari seorang bayi yang hanya tahu menangis ketika lapar dan haus (err..nabil masih lagi begitu..uhuhu), hinggalah hari pertama persekolahan. Aku dapat lihat nabil membesar di depan mata. Aku banyak belajar cara-cara pengurusan anak kecil. Sehinggakan satu saat, aku tidak lagi kekok menukar pampers anak-anak buah. I want to have my own personal experience..with my own kid :)

Semestinya peranan ibu saudara dan ibu kandung sangatlah berbeza. Ibu saudara boleh melenting kalau anak buah buat perangai. Ibu saudara boleh ignore si anak buah seandainya mood tidak baik pada hari itu. Ibu saudara boleh piat si anak buah kalau dia sangat nakal dan tak dengar kata..(contoh-contoh yang diberikan, adalah berdasarkan pengalaman penulis..ahaha). Tetapi tergamakkah seorang ibu melenting tak tentu pasal dengan si anak, mengabaikan si anak dan meninggalkan bekas cubitan di badan anak? Aku tidak mahu menjadi seperti "ibu saudara" pada anak aku kelak. Mungkin ketika itu, orang lain pula yang pegang watak ibu saudara..tidakkkkkkk...

Alhamdulillah, we are not able to look into our future. Just thinking about it, made me scared to the bone..just imagine if i can actually see my own future! But i do hope someday in my future, i will be a wonderful, loving, caring mother. I pray that i will and i can perform my duty as a mother. Well, that is all in my future, insya-ALLAH..but right now, i'm blessed with my nephews and nieces. At least, i still have time to improve my skills to become a real mother... :)

(* roti telor siap dihidang selepas isyak..perghh..banyaknya aku fikir sambil buat roti telor..huhuhu)



Tuesday, July 15, 2008

-BeTTeR iN tiME-



It's been the longest winter without you

I didn't know where to turn to

See somehow I can't forget you

After all that we've been through

Going coming..thought I heard a knock..who's there no one

Thinking that I deserve it

Now I realise that I really didn't know

If you didn't notice..you mean everything

Quickly I'm learning..to love again

All I know is..I'm going be ok


Thought I couldn't live without you

It's gonna hurt when it heals too

It'll all get better in time

And even though I really love you

I'm gonna smile cause I deserve to

It'll all get better in time



I couldn't turn on the TV

Without something there to remind me

Was it all that easy

To just put aside your feelings

If I'm dreaming.. don't wanna laugh

Hurt my feelings..but that's the path, I believe in

And I know that time will heal it

If you didn't notice boy you meant everything

Quickly I'm learning to love again

All I know is I'm going be ok



Since there's no more you and me

It's time I let you go, so I can be free

And live my life how it should be

No matter how hard it is, I'll be fine without you..yes I will

* i forgive myself for being slightly stupid, and forget you ever existed..*







Wednesday, June 11, 2008

oRi vs BoGuS

It's been awhile since i last updated my blog. I really miss my blog. I have so many things happening right now and i kind of stuck in it! I have so many notes to share but i don't have much time as i used to have. I only can manage my blog, once i reach home..but when i'm home, all i want to do is to have a good rest....Fortunate for you people, tonight i've decided to give you, something to read or think about..hehehe

Sri Hartamas..what is the first word that appeared in your mind, when you heard of it? Me.."jauh laaa.."and the second one.."eee..tempat orang kaya tu!". Apparently, i'm right. It is far from my home and you can see lots of rich people. Well, i don't precisely know how rich they are but, you can tell when you see the car that they are driving! Currently as most of you know, i'm working in that area. Hari-hari aku akan berjalan di tepi koridor sebuah butik handbag berjenama. Selalunya, aku tak pernah ambil tahu berapa harga seunit handbag itu. Tetapi apabila aku terpaksa menunggu teman sepejabat pada hari sabtu, aku pun mengintai ke dalam kedai. Ya, harganya melebihi gaji aku sebulan, sebelum dan selepas ditolak epf & socso!

There's nothing surprise about it,kan? With a price like that, tak semua orang mampu dan sanggup membeli handbag original. Bersyukurlah kerana banyak imitation handbag boleh didapati di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah..hahaha. You still can be fashionable even with a fake designer handbag! Mungkin ada yang fikir, "kalau dah tak mampu nak beli yang ori, tak payah la nak melaram dengan yang tiruan!". Lantaklah kan, duit orang. Suka hati dia la ori ke tak, janji vogue!!! Do you think that designer stuff are meant only for those who made 5 figures a month? Celebrity? Royalty? Bini menteri?? I said no, no, no!! As long as you are willing to sacrifice your appetite, everyone can buy it. Kalau korang pandai & rajin berjimat cermat, kesabaran korang pasti berbaloi. Tapi macam aku, selera makan memang tak pernah putus dan tabungan adalah untuk projek yang lebih besar, sebuah beg tangan Channel yang tiruan sudah cukup untuk dibuat koleksi (tetapi beg itu sudah tiada lagi kerana telah dikebas oleh si tuuuuuuuuuuuuutttttt...). Aku mengaplikasikan pepatah, "ukur baju dibadan sendiri". Kalau susah sangat nak beli handbag Lv yang mencecah harga ribuan ringgit, beli sajalah yang tiruan. Peduli kata orang. Janji hati kita berkenan,kan?

Jangan berasa rendah diri kerana anda mempunyai koleksi handbag tiruan yang disimpan rapi mengikut warna dan jenama. Sungguhpun tiruan, anda beli dengan wang titik peluh anda sendiri. There's nothing wrong to look and feel good even with your fake Coach! Aku tak kisah membeli jenama tiruan, asalkan kualitinya bagus dan harganya mampu aku bayar. Not everyone were born as angelina jolie's daughter or siti nurhaliza's little sister! Beli apa yang termampu. Jangan terlalu ikutkan rentak orang yang berkemampuan berbelanja mewah. Janganlah pula berasa dengki melihat fazura bergaya dengan tas Lv nya keluar masuk court! Semua itu hanyalah untuk kepuasan dunia semata-mata. Bersyukurlah dengan apa yang korang ada ok!!

Working in a rich and famous environment (i'm not quite sure how accurate this statement is..) does make me feel a bit awkward. It is totally new for me. Mungkin tak semua orang yang aku nampak kaya tapi kerana persekitaran dan pergaulan, they just have to adapt and eventually, they live the life of rich and famous! I used to love watching a cooper but now, i don't even bother, unless if the driver is really cute..! I get to see mini cooper everyday..sebab ada satu cooper warna merah park betul-betul depan tangga ofis...err..and the driver is not cute..ahaha. Walaupun aku dapat tengok bag Lv, Channel, Coach hari-hari, tapi tak timbul pula niat aku nak beli satu yang betul-betul ori. Asalkan cantik, harga rm10 pun orang boleh kagum. Ya, itulah prinsip aku..

To me, the most important thing is to have original personality, original family and original friends. Because our inner heart, family & friends could never be imitate by anyone! :)

Thursday, May 22, 2008

BiLa MaLAm..

Yesterday, i went back home a bit late. Sesuatu yang jarang berlaku selama aku bekerja di sini. Natijahnya, aku tersangkut dalam kesesakan. Aku bertambah emosi kerana tiada punca yang menyebabkan kesesakan tapi kereta tak bergerak! Oh bandaraya kl, kenapa jalan serta wargamu begitu?

Listening to the radio while i am driving, is a must! Muzik membuat aku leka dengan keadaan kereta mahupun lori di kiri, kanan, depan dan belakang. Patutlah dalam Islam pun, tidak semua muzik sesuai untuk dijadikan halwa telinga, kerana ianya mampu melalaikan kita. Minggu ini, aku memilih cd "Search the greatest hits", sebagai alternatif sekiranya stesen radio asyik berceloteh ataupun lagu yang diputarkan, bukan taste aku..hehe..Semalam, aku meneliti lagu yang satu ini. Kalau tak salah, lagu ini originally by M. Nasir or Kembara..title of the song is"Malam"

Malam..bila rinduku bertambah dalam
Kau datang lagi dengan kenangan
Betapa dinginnya malam ini
Kasih..bila malam ku bertambah kelam
Seribu kisah melintas mata
Dan malam ini sungguh mengcengkam
Bila malam..tiap kali ku pandang semalam
Resahku sering menjadi dendam
Hatimu ku rasakan dingin
Dan malam adalah masa yang membawa kesan
Pada diriku yang kesepian
Kini ku tenggelam dalam alunan ombak malam...
Dan malam..hingga dikau datang dan bicara
Dan datanglah pada hamba
Mengapa dia pergi membawa hati ini..mengapa??

Adei..time aku dengar lagu ini, belum malam lagi tapi bait-baik lirik, mencucuk terus ke hatiku..uhuhu. Sesungguhnya setiap ciptaan ALLAH swt itu, membawa maksud yang tersendiri. Kala matahari memancarkan sinarnya, umat manusia sibuk dengan urusan duniawi sama ada di pejabat, rumah, sekolah mahupun di pasar-pasar. Waktu malam yang sunyi, memudahkan kita untuk berehat setelah penat dengan urusan seharian. Mungkin kerana itu, aku adakalanya melayan hati dan perasaan sendiri di kala malam. Thinking about my life in the future. Feeling so scared cause i have no idea what awaits me tomorrow and the day after.

Mungkin itulah kelebihan diciptakan malam. Ianya diciptakan ALLAH agar kita dapat memuhasabah diri. Bukankah kita disarankan supaya bangun di sepertiga malam bagi mendirikan sembahyang sunat, bagi mendapatkan kredit tambahan di akhirat kelak? Malam bukanlah hanya untuk kita melayan perasaan semata, tetapi juga adalah saat kita paling hampir dengan ALLAH swt sekiranya kita menunaikan suruhanNYA. This reminder is kindly brought to remind you and myself. Insya-ALLAH, sama-samalah kita berusaha demi kebaikan diri kita sendiri.

Saturday, May 17, 2008

SUraT DaRi KoTa tiNgGi


Once upon a time, i used to wait for the postman to make a pit stop at my house. I was waiting for a yellow envelope with my name on it.."specially dedicate to...". That yellow envelope just brighten my day....


Aku ada seorang sahabat. Lina namanya. Kami berkawan semenjak hari pertama di Uitm. Dia rakan satu bilik dan merangkap classmate aku masa part one. Masuk part two, Lina quit study atas sebab-sebab personal katanya. Tetapi, persahabatan kami tidak terhenti begitu sahaja. Kami mencari alternatif untuk terus berhubung. Dek kerana masih hijau dalam penggunaan internet, dan kami masing-masing tidak mempunyai telefon bimbit, menulis surat adalah jawapan terbaik lagi efektif buat kami ketika itu. Kami berjanji dan setuju untuk terus berhubung melalui abang posto!


In every letter that we sent to each other had a different story in it. With only words, i knew how she was doing in life. Her problems, her sadness, her happiness..everything. I can visualized her image just by reading her letters. Setiap helaian surat Lina, membawa pelbagai perkhabaran. Walaupun kebanyakan darinya sarat dengan cerita masalah Lina, aku tak pernah bosan membaca setiap baris ayat. We shared our problems by writing to each other. We gave our support to each other by writing back. Alhamdulillah, our friendship grew stronger throughout the years just by writing letters!


Surat dari Lina amat aku nantikan..kerana ketika itu aku merasakan hanya dia yang memahami diri aku. Hanya dia yang tahu segala persoalan dan dilema yang aku alami. Kepada Lina sering aku utarakan pertanyaan tentang hati dan perasaan. Kenapa Lina? Kerana aku lebih selesa berbicara tentang hati dan perasaan aku, bila aku tidak perlu membuat eye contact..hehe..Jawapan Lina sentiasa memberi aku harapan baru. But i never applied any of her advices up until today! Someday perhaps...Aku tidak malu mengaku pada Lina, if i had a crush on someone. I once cried while i was writing to Lina cause i found out the guy that i had a crush on, already have a girlfriend...uhuhu..Setiap kali tiba hari ulangtahun, kami akan mengirim kad ucapan. Lina seorang sahabat yang tidak lokek. Kadang-kadang diselitkan sesuatu di dalam kad ucapannya untuk aku. Aku pun serupa tapi hadiah dari aku sekadar yang termampu. It's the thoughts that count, right? Through the rain, seindah biasa, boulevard of a broken dreams, can't let go, keabadian cinta..antara lagu yang pernah kami kongsi bersama di dalam surat. It was a way for us to describe our emotions at that time.


Now, we are still friends eventhough we are no longer writing to each other. Kini, hanya sms pengganti helaian kertas. Surat-surat dan kad-kad kiriman Lina, antara koleksi barangan yang amat aku sayangi. Ada masanya, aku akan membaca surat dari Lina. Teringat zaman aku separuh angau. Terbayang setiap baris kata-kata semangat yang aku ucapkan buat Lina. Terharu bila Lina menyatakan rasa syukurnya memiliki aku sebagai sahabat.


All the new techonolgy could not replace the sentimental value that you get from writing a letter. Lina's letters will always be part of my life, part of my memory. Other form of communication, could never replace the joy that i used to get everytime i received a letter from Lina..we may have stop writing to each other, but we still have plenty to write about our friendship..

Saturday, May 10, 2008

TaG No. 5

Thanks min for your tag! Err..agak sukar juga mencari jawapan untuk soalan anda kali ini. Fear not, i will be honest with my answers..hahaha


5 hadiah impian & reasons to have it in my life...




1) My own house..with a bigger bed & a flat screen plasma tv..ahaha



2) Sebentuk cincin berlian..kerana diriku begitu berharga..hahahaha



3) i pod..music is a good theraphy..lalalala






4) Fossil handbag..salah satu designer h/bag yang diidami..uhuhu





5) Percutian 7hari 6malam..alangkah bahagianya hidup!!



5 impresi idolaku..Hajah Zainab Hj. Othman


1) Penyayang


2) Penyabar


3) Tabah


4) Teman baik


5) Pelengkap hidupku


Perkara paling hebat pernah dilakukan untukku..


Sewaktu ALLAH mengizinkan aku lahir ke dunia..


5 ciptaan paling digemari..


1) Chocolates

2) Music

3) Batman

4) Novel

5) My baby



5 perkara yang aku benci..


1) Orang kaya+ anak beranak yang berlagak..uweks!

2) Couple yang over exposed..get a room!

3) Barang-barang aku tidak berada di tempat asal..sapa punya keja nih!!!

4) Tengok anak melayu yang melepak kat klcc..sakit mata & sakit hati!!

5) Tnb..remind me of my stupidity..arghhh!!!



5 people to continue this tag..


1) Kak Ainil

2) Kak Zu

3) Will Smith

4) Andy Lau

5) Jason Kid

(2 orang pertama sahaja yang available, yang lagi 3 sekadar hiasan..ahahaha)


*the end*

Thursday, May 8, 2008

BeRsaBArLaH

Bila ada rakan-rakan aku yang berdepan dengan masalah, aku selalu suruh diorang, "sabarlah..". Bila ada teman-teman yang sering mengeluh kerana itu ataupun ini, nasihat aku, "sabar ok.."
Bila ada sahabat yang gagal mengawal emosi dan situasi, korang mesti tahu apa jawapan aku.."sabar ye".
It's easier said than done. Bercakap memang senang. Setitik peluh pun tak keluar bila kita suruh orang lain bersabar. Apa yang nak disusahkan. Sabar, sabar dan sabar. Tapi pada aku, sabar itu sendiri, bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Sering diucapkan, "sabar itu separuh daripada iman", tetapi sekiranya seseorang itu mempunyai tahap kesabaran yang tidak seberapa, adakah itu sekaligus mencerminkan tahap keimanannya?

When i'm facing any difficulty in life, be patient is the key. Seems like if you are being patient enough, you will get all the answers or solutions to solve your problems. But how many of us are willing to do that? We started to think that we are being punish by ALLAH swt. Kita mula rasa, apa kesalahan yang kita dah buat, sampai dugaan ALLAH itu sangat berat hingga kita merasakan tak tertanggung dek badan. Rupanya, aku pernah terbaca, dugaan ALLAH itu setimpal dengan tahap ketebalan iman kita. Kerana itu jugalah, kita disarankan agar bersabar dalam menempuh setiap dugaan ujian daripada ALLAH swt.

In any aspect of life, we have been taught never to give up easily. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannnya. Sementara kita mencari cara dan jalan untuk memperbaiki keadaan, bersabarlah. Walaupun korang rasa, untuk bersabar itu satu kepayahan, berdoalah agar korang diberi kekuatan iman untuk bersabar. Believe in your heart, you are not the only one who are being tested by ALLAH swt. Setiap daripada kita, bakal ataupun sedang diuji olehNYA. All i can say, bersabarlah bila waktu itu tiba. Bersabarlah, menanti dugaan itu berlalu..kerana disebalik setiap kesabaran, ada hikmah dan ganjaran ALLAH yang sedia menanti...