Aku mula berangan seawal aku faham apa itu berangan dalam erti kata berangan yang sebenarnya. Kalau tak salah, waktu sekolah rendah lagi aku start berangan. Angan budak-budak, apalah sangat. Pernah berangan hendak ke disco sebab selalu tengok adegan drama melayu waktu itu. Berkata-kata pada diri sendiri, "mesti best kalau pergi..". Bila ditanya teman sedarjah, "apa ciri-ciri lelaki yang awak suka?" (ye, sudah ada yang bertanya seawal usia 12 tahun)..jawapan aku sangat mudah, "hensem, kaya & kereta besar!!" (budak-budak..jawapan pun kebudak-budakkan la). Itu antara angan-angan yang pernah aku idamkan. Hingga ke detik ini, tiada satu pun angan-angan tadi menjadi kenyataan..baik ke disco mahupun lelaki idaman (ciri-ciri lelaki yang disukai lebih realistik dari jawapan 14 tahun yang lalu..haha). Sungguhpun begitu, aku belum lagi berhenti dari berangan. Yang membezakan angan-angan aku dulu dan kini, aku mengharapkan angan-angan hari ini, menjadi kenyataan pada hari esok..kalau tak esok, lusa..pendek kata selagi hayat dikandung badan!
Dalam banyak angan-angan yang pernah aku angankan, ada satu yang memang aku impikan untuk menjadi kenyataan..I started to have this dream, eversince I started working. So, it has been about 4 years now. I have so many things to dream about, but this one is really personal for me, so I have to make it happen..no matter what! It is not a big dream but still, the dream is mine..do feel free to laugh if you feel like it, no heart feeling what so ever..!
Angan terbesar yang aku harap sangat jadi real is..going for a "sweet escape" alone..does it sound pathetic? I don't care if you think it is..kadang-kadang aku pun rasa sedikit pathetic la..ahahaha. Few location has been selected, within Malaysia..can't afford to go oversea..yet..muahahaha..negara sendiri pun banyak tempat best (sekadar menyedapkan hati sendiri yang kepingin membawa diri ke switzerland semata-mata nak tengok bunga tulip & beautiful mountains..ahahaha). Sudah pasti akan terdapat halangan dan mungkin tentangan kerana ini merupakan acara solo yang tak pernah dibuat orang dalam keluarga aku. Kiranya, aku sekadar hendak memecah tradisi..ahahahaha..Ya, ada ciri-ciri rebel di situ! Adik beradik yang lain, dah puas berjalan masa sekolah plus study kat uni dulu. Aku yang paling payah nak kemana-mana. Since dah semakin tua ni, takkanlah parents aku tak izin ye tak?