Bagaimana kejayaan seseorang itu diukur? Mesti jawapannya sangat subjektif, kan?
Depends on your opinion..i'm here just to ask and share my own point of view.Ok, kalau
student, tentulah kejayaan diukur dengan
result yang cemerlang.
Straight A's, dean's list, best student. Kejayaan terbesar apabila melanjutkan pengajian ke peringkat
Phd. Ibubapa mana yang tak bangga kalau ada anak yang
scorer macam tu kan?
Perempuan dan lelaki berkerjaya, kejayaan dinilai dari segi apa pula? Kenaikan pangkat,
salary increment atau ada
office sendiri? Aku rasa, semua pilihan di atas. Yelah, siapa yang tak nak naik pangkat, gaji berubah angka
plus your own space! Mungkin itulah idaman semua orang bila melangkah ke alam pekerjaan.
Honestly, I sure like to have my own office..haha..
Adakah kehidupan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala kemewahan itu merupakan satu kejayaan yang amat besar? Kemampuan memiliki beberapa buah rumah, memandu kereta berlainan jenis serta bercuti ke luar negara di setiap penghujung tahun. Adakah ini menjadi satu garis pengukur kejayaan seseorang individu? Adakah memiliki semua ini barulah boleh dianggap berjaya dalam hidup?
So, if I don't have a Phd, am I a failure? If I'm just the Administrator until the age of 50, am I a failure? If the only house that I have belong to my mother and the only car that I'll be driving is my cute baby kelisa, does that make me a failure? I am certainly not. Like I said, my answers and yours could be differ. Kejayaan itu sangat subjektif. Terpulang pada pandangan umum. Kalaulah
student yang dapat berbelas A baru kita boleh
consider berjaya, yang setakat dapat dua or tiga A itu, gagallah ye?
So, yang tak dapat A langsung, kita nak kategorikan
as what? Kalau selama berkerja, pangkat tak pernah naik, gaji tak pernah bertambah, takkan semudah itu kita nak menilai orang itu gagal dalam hidup? Salah ke kalau orang tu, suka dengan
job title dia? Bersyukur dengan gaji bulanan yang memang tak setimpal dengan kos sara hidup.
Sounds too good to be true, kan?
Who knows, mungkin ada orang macam ini, cuma aku ngan korang tak berpeluang mengenali manusia jenis ini.
Bukan susah nak berjaya. Aku tak cakap pasal kejayaan dari segi pendidikan mahupun ekonomi. Kejayaan sebagai manusia.
Actually, hari-hari kita ni jadi manusia yang berjaya. Aku tak nak cakap pasal kejayaan korang,
you should know better, kan? Apa yang korang dah
achieved seharian dalam hidup..baik di rumah ataupun di pejabat. Mesti banyak.
Try la fikir ok!
Aku anggap diri aku berjaya, bila aku lulus s.p.m.
Despite what my father said to me, I've proved him wrong! (oh, aku tidak membenci ayah sendiri, tapi dia memang
torture mental aku sepanjang aku jadi budak sekolah..). Sekali lagi, bila aku berjaya menghabiskan tujuh semester di uitm. Kejayaan itu sangat
best sebab masa semester akhir, aku kerja
part-time. Dalam tak sedar, aku berjaya membahagikan waktu untuk
study dan cari duit. Mungkin korang tak rasa perkara itu
such a big deal but it was to me..Aku berjaya menempuh lapan bulan yang macam puaka
on my first real job! Berdepan dengan tanggungjawab yang agak besar (
considering that was my first experience!). Mengharungi hari-hari bekerja dengan perasaan yang sangat
stress dan membosankan! Ingat senang nak
stay kerja situ bila hari-hari aku
stress, tension..
but somehow, I managed to stay even it was only eight months! Aku berjaya merubah personaliti aku yang amat pemalu
to become someone yang lebih
friendly. I must say, I am blessed with the new me, untill today..Alhamdulillah! Aku berjaya melupakan lelaki yang buat aku terfikir
about my future.
It was a tough battle, but I survived. Aku berjaya walaupun aku menangis macam
he was the only guy on earth..in the end, I won and that's all that matters.Well, itu antara contoh kejayaan besar yang dah aku capai. Kejayaan kecil, bila aku berjaya
beat the setan untuk bangun subuh..haha..nampak kecil kan, tapi besar pahalanya, insya-ALLAH..
Since aku
start kerja baru, aku aktif sukan.
Just imagine I was the only female in the volleyball team. Kira aku berjaya la kan,
be part of something walaupun aku taklah
terror..hahaha..
Next week will be my six months working at the new place.
I'm still under probation and Alhamdulillah, sepanjang tempoh
probation, aku belum ambil cuti. Itu pun satu kejayaan juga ok. Aku tak pernah lagi kerja
direct macam ni. Kalau aku
confirm on time, that will be my biggest achievement this year! Insya-ALLAH, -amin-
Besar atau kecilnya kejayaan seseorang itu, bergantung pada diri individu itu sendiri. Mungkin orang lain fikir, kejayaan kita itu kecil tapi besar ertinya pada diri kita. Mungkin kita rasa, kejayaan kita itu tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kejayaan orang lain..tapi ingatlah juga, bukan semua orang boleh dapat kejayaan macam kita.
Don't look down on yourself. People will do the same to you..tak kira sekecil mana pun kejayaan kita,
be grateful for it..because each and everyone of us is extraordinary :)
note:yesterday, I did a duet in front of everyone..e.v.e.r.y.o.n.e!! Satu kejayaan yang
quite big to me..sangat bangga dengan diri sendiri :)